welcome

Monday, November 03, 2008

dalam ceria ada duka


ceria dan duka adalah dua unsur yg membawa kepada kecemerlangan hidup. dua unsur ini ialah dua lagi booster yg diperlukan oleh tubuh kita untuk perform the best. aku rasa aku belum pernah lagi menceritakan kisah mat saleh yg memberikan aku USD200 tak pasal-pasal, sewaktu aku sedang dalam perjalanan dari New York ke Ontario.

keadaan aku mungkin menggamit simpati, maklumlah dgn wajah Nusantara dan tanpa teman, mudah sahaja mencuit perasaan org yg melihat. tetapi bukan semua org memiliki perasaan seperti itu. aku menyimpulkan hanya org yg ceria dan bahagia sahaja.

jadi, apa kaitannya dgn lelaki mat saleh tadi?? tidakkah terlihat betapa rasa ceria dan bahagia telah menyebabkan dia dapat melihat "sebalik pada sebalik" (beyond the beyond). rasa ceria dan bahagianya itu menyebabkan dia juga turut ingin melihat ceria dan bahagia berlegar di sekitarnya.

dia melihat aku bersendiri, bagaikan terbuang. dia ingin menceriakan aku sebagai mana dirinya dan org lain. justeru, menyangka aku ketandusan wang untuk meneruskan perjalanan. rasa ceria dan bahagianya mendorong dia untuk memberikan aku sejumlah wang dgn harapan keceriaan dan kebahagian yang dirasainya dapat menikmati bersama oleh aku.

situasinya adalah berbeza jika dia jenis pemurung, pemarah dan tidak bahagia. dia tentu melihat aku tidak dgn fikiran yg "sebalik-sebaliknya" itu tetapi mungkin dengan perasaan negatif yg berada dlm dirinya. bolehkah org seperti ini menawarkan kebaikannya kpd org lain? jawapannya dah tentu tidak...

sekurang-kurangnya ada tiga perkara buruk akan dilakukan oleh seseorang yg tidak berasa ceria atau bahagia dalam hidupnya :

Pertama :
rasa nikmat untuk berTUHAN akan hilang.

Kedua :
keinginan utk bersaing dgn perubahan yg berlaku di sekitarnya akan hilang.

Ketiga :
Potensi indera keenamnya akan berkurangan.

situasi-situasi begini perlahan-lahan akan mengikis sifat kemanusiaan seseorang itu dan keupayaannya membuat persepsi terhadap sesuatu kejadian atau keadaan akan terus terhakis. aku mentafsirkan kesudian mat saleh ini memberikan wang kpd aku adalah berpunca dari sikap optimistiknya. sikap yang begitu tentunya lahir daripada rasa ceria dan bahagia. mustahil org yg tidak optimistik sanggup mengorbankan sesuatu dari dalam poketnya kepada seseorang yg langsung tiada kaitan dan tidak dikenalinya.

when you say you love yourself, be certain to give one hour of the day to yourself. when you say you love people, be certain to give ten hours of the day to people. "bila kamu kata kamu sayang diri sendiri, pastikan kamu berikan 1 jam setiap hari kepada diri kamu, bila kamu kata kamu cinta pada manusia, berikan 10 jam masa kamu kepada orang lain."

0 comments:

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~