welcome

Monday, November 24, 2008

pernikahan sulit [ part 5 ]


Aku masih sedikit kaku bila Ana belum melepaskan rangkulannya. Dia lama diam memeluk aku yang serasanya seperti merelakan. Tipu kalau tidak merelakan. Tanya siapapun, siapa yang mahu melepaskan peluang dipeluk wanita seanggun Ana. Siapa?


Cuma aku tetap tidak selesa. Takut sesuatu yang tidak enak berlaku, aku yang akan dipersalahkan. Tapi aku seperti dikunci. Tak mampu berbuat apa‐apa selain membiarkan Ana tetap menjuraikan air matanya di dada aku. Sebelah tangan aku merangkul pinggang dan sebelah lagi mengusap rambut ikal Ana yang jatuh lepas. Entah apa yang perlu aku rasa. Rasa kasihan pun untuk apa? Aku tidak tahu pucuk pangkalnya kenapa perempuan ini tiba‐tiba jadi begini.


“Syyy.. you tak boleh terus nangis macam ni.. jangan buat I rasa serba salah…” nada aku kedengaran berbisik. Masih mahu memujuk.


Sekejap itu, perlahan‐perlahan Ana melepaskan pelukkannya. Mukanya tunduk ke bawah; tidak memandang aku tapi esakkan masih kedengaran walaupun sudah tidak sehebat tadi.


“Im sorry…” Ana bersuara perlahan

“No.. im ok.. tapi you jangan nangis macam tu.. you buat I terkejut. I tak biasa…”

Ana tak pandang muka aku. Dia alihkan tubuhnya sekejap ke pemandangan luar. Matanya dia lempar jauh. Tangan memeluk tubuh. Aku masih kaku berdiri di tempat yang sama dengan perasaan yang berbeza‐beza. Entah apa yang perlu aku buat sekarang.


“Kenapa dengan Zham?” aku bertanya selepas lihat Ana terus berdiam. Ana tak menjawab segera. Dia seperti memikirkan sesuatu sebelum menemukan jawapan terbaik. Mungkin perlu menjaga nama baik manusia yang dia cintai.


“I tak tahu kenapa, tapi sometimes I rasa bosan dengan perangai dia yang selalu tak faham I…”


“Tak faham macam mana?” aku tanya lagi.


“Dia seperti simpan rahsia dari i…”


“Rahsia apa?”


“Manalah I tahu..”


“Tapi I tengok you dengan dia bagus ja…”


“Apa yang you nampak tak sama dengan apa yang I rasa… I tak cakap Zham jahat tapi I need perhatian dari orang yang I sayang”


“Kenapa you beritahu I pasal benda ni?”


Ana diam. Dia tarik nafas dalam‐dalam. Kemudian dia menoleh. Matanya tepat ke arah aku. aku jadi bimbang tapi membalas pandangan itu dengan kemas. Aku kerutkan dahi.


“Dengan siapa lagi, Han… tapi sorry I kasi tahu dekat you…”


Ana menjawab dengan begitu emosi. Suaranya tersekat‐sekat. Jawapannya misteri. Aku seperti mahu tahu apa rahsia hati perempuan ini yang mahu meluahkan sesuatu tapi aku tak pandai
bertanya. Sekejap itu, Ana kesat air mata dan ada senyuman di bibirnya.


“I buruk kalau menangis kan? Buat malu je..” ada nada ketawa di hujung ayat.


Aku tersenyum menggelengkan kepala sedikit.


“Zham cakap you nak pindah rumah dia?” Ana lari topik jauh. Tapi aku rasa sedikit selesa. Sekurangnya aku bersedia dengan jawapan yang ini dari soal emosi Ana tadi. Sungguh aku jadi
keras.


“Ya. Dah lama dah dia tanyakan I tentang tu. I tak selesa tinggal dengan my untie. Segan dengan anak‐anak dia. So I decide untuk pindah rumah…”


“Ya.. Zham pun tinggal seorang, at least dia tinggal seorang… I tak dapat bayangkan dia tahan tinggal rumah besar macam tu seorang. Tapi I pun tinggal seorang juga kan?” Aku senyum
dengar perkataan Ana.


“You lagi hebat…” aku memuji


“Haha! Yes, of course…” Ana ketawa.


Mata aku terpaku dengan ketawa Ana. Benar bibirnya memukau aku. seluruh pandangan aku lekat pada dia. Rambut panjang mengurai milik Ana terbang‐terbang. Aduh! Memperkosa hati aku.


“You jangan main mata dengan I, Han..” aku tersedar dengan ayat itu seraya mengalihkan pandangan. Jadi malu aku.


“Sorry..” aku cakap perlahan.


Tiba‐tiba suasana kaku. Angin yang jadi penyambung bualan.


“I naik kejap, tukar baju.. nanti kita gerak rumah Zham sama, ok…”


Aku anggukkan kepala memandang Ana yang senyum lagi pada aku. Senyuman yang sedikit lain. Matanya terikat dengan mata aku sekejap tapi aku leraikan secepat mungkin. Tak mahu Ana tahu aku sedang perhatikan dia. Ana berjalan menuju ke tangga atas. Mata aku mengizinkan tubuhnya hilang dari pandangan mata aku. Aku tarik nafas dalam‐dalam lantas melabuhkan punggung di atas sofa yang jadi tempat duduk aku awal tadi.


Mata aku mengelamun jauh memikirkan apa yang telah terjadi baru sekejap tadi. Seperti sesuatu yang aneh. Aku begitu terkejut tapi tak tahu apa benar aku telah mengalaminya. Bayangkan aku berada di sebuah rumah mewah bersama seorang gadih cantik kepunyaan sahabat sendiri yang kemudiannya memeluk tubuh aku dengan masa yang lama. Aduh!Sungguh aku begitu asing dengan perangai gadis kota seperti dia.


Aku pejam mata dan tarik nafas dalam‐dalam lagi. terkadang senyum sendiri. Bunyi loceng rumah mengejutkan aku dari lamunan. Mata aku bulat besar. Darah gemuruh tiba-tiba muncul. Tambah kaget bila bunyi itu ditekan berulang‐ulang.


“Han, bukakan pintu!” aku dengar suara Ana menjerit dari atas. Aku antara mahu dan tidak untuk berdiri. Dengan rasa berdebar aku langkah menuju ke pintu utama yang tertutup rapat. Entah siapa yang mahu ‘menerjah’ kami di waktu petang begini. Aku pejam mata saat sampai ke depan pintu. Loceng masih dibunyikan buatkan aku jadi seram.


Aku pegang tombol pintu, memulas dan membukanya Setubuh sasa terpacak depan aku. aku antara hendak senyum dan tidak tapi sangat terkejut.


“Zham!” nadaku separuh kuat

“Han?” E’zham kerutkan kening.

Bibir aku terketar memandang tepat muka E’zham yang sedang didepan mata.

“Siapa Han?” Ana muncul di belakang aku dengan baju singlet nipis. Aku jadi lagi terkejut. Kenapa perempuan ni pakai macam ni di waktu‐waktu begini?!

Muka E’zham berubah habis. Aku jadi gigil. Entah apa yang harus aku jawab pada E’zham. Apalagi melihat Ana dengan berpakaian begitu bersama aku. Aku pandang wajah Ana kemudian patah pada E’zham yang sekejap itu memandang Ana dan selepas itu memandang aku semula.


“Zham.. aku.. aku..”

“Han! You buat apa dengan Ana?”

Aku telan air liur.

0 comments:

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~