welcome

Thursday, November 27, 2008

pernikahan sulit [ part 8 ]


Mata aku antara mahu dan tidak untuk dibuka. Tanpa izin, cahaya masuk tak segan silu menyilaukan hujung pandangan mata. Aku mendengus perlahan. Badan masih tertiarap atas katil. Tak larat mahu aku angkat seinci pun. Sekejap aku angkat kepala aku melihat sebelah aku; kosong. E’zham yang serasanya tidur disini; malam tadi, aku tak nampak bayang dia. Aku mendengus perlahan; lagi. Aku lentangkan tubuh aku. Mata terpacak ke siling rumah. Putih krim warnanya dan seluruh bilik ini juga.

“Baru bangun?”


Aku sedikit terkejut seraya memandang ke suara itu. Kemudian melihat jam di telefon bimbit disebelah; 10.53 pagi.

“Tak kejutkan I pun..” suara aku jadi serak basah. Suara bangun tidur.


“Malas nak kejut you. Tengok you syok je tidur..” E’zham cakap sambil kakinya melangkah pada
hujung katil. Separuh tubuhnya yang ditutup tuala paras bawah pusat hinggah lutut lantas duduk di atas tilam yang cadarnya sudah tak kemas.

“Sweet…” dia senyum menjeling.


“Apa?” aku tanya bingung.


“You tidur; sweet…”


“Haha! Banyaklah you punya sweet.. perli I je..” aku tawa sedikit keras. Ada gelengan kecil di
hujung ayat. E’zham senyum memandang lantai. Aku bangun dudukkan badan aku bersandarkan bingkai katil. Bantal yang menjadi pelukku malam tadi aku jadikan alas di belakang badan. Lebih selesa.

“How’s your night?” E’zham tanya.


“Good.. Cuma letih sikit…”


“Ya lah, letih sampaikan I pun jadi bantal peluk you..”


“Huh?” aku jadi bingung.
E’zham senyum. Mata dan bibirnya sini.

“I peluk you ke?” aku jadi kaget
E’zham tak jawab tapi dia angkat ke dua keningnya.

“Haha! Adui.. Im sorry.. I pun tak sedar. Tu lah, I dah cakap jangan tidur dengan i. I tidur kasar..”
aku bernada gurau. Hampir malu juga jadinya. Tapi bukan sengaja jadi aku.. ketawa besarlah. Malunya.. aku palingkan muka melihat ke arah lain dengan rasa malu sebelum menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang sebelum menjawab; “


Never mind.. don’t too worry. Im ok.. dah biasa
dipeluk…” E’zham jawab selamba.

“Ah! I bukan sengaja. Next time kalau you tidur sini, so I kene buat line la. Haha!” aku bernada
gurau.

“Kalau you nak peluk I every night pun, I on je..” E’zham nakal dalam ayatnya. Bukan tegas tapi
agak serius. Aku gelak sedikit cuba larikan mood. Sinis sebetulnya dengar ayat itu tapi aku tak endah. Kalau dilayan pasti jadi lain.

Aku tolak selimut yang menutup separuh kaki aku sebelum bangun menuju tingkap. Pandangan
mata aku tertampar ke luar rumah. Dari sini aku nampak sebuah kereta sedang memasuki laman rumah. Macam kenal aku pada kereta itu. Tapi kemudian aku perhatikan pemandunya.

“Ana?” kata aku tapi masih memandang ke bawah.


“Dah sampai?” tanya E’zham


“Erm?” aku tanya tanpa ayat.


“Ana ajak I ke Pavilion…”


Aku tak menjawab. Mata kembali pada E’zham yang sudah di sebelah aku; juga perhatikan Ana
yang baru turun dari kereta. Tangannya melambai pada kami. Aku diam tapi E’zham membalas diteman senyuman pagi dia.

“Nak ikut?” E’zham tanya perlahan.


“No.. I nak rehat. Penat. Theres lots of stuff must do here..” aku menjawab cuba menolak.


“Alah.. apalah sangat barang you.. nanti balik I boleh tolong you kemaskan…” E’zham
mempelawa. Aku tak jawab dulu. Sebetulnya ya, aku malas mahu keluar hari ni.

“Lagipun esok I ada presentation, I need to rest anda prepare for tomorrow…” aku cari alasan
lagi.

E’zham angkat kening. Dia mengeluh perlahan. Bibirnya dimuncungkan kemudian dia angkat
bahu. Mengalah lagaknya.

“Ok… orang tak sudi, what else I can say…” E’zham nada merajuk. Aku senyum.


“Macamlah tak biasa hang out kalau tak ada I…”


“Ok, never mind.. malam nanti je u hang out dengan I, ok…”


Aku pandang bingung. E’zham memainkan anak matanya ke seluruh bilik ini. Dia mula lagi…


“You memang nakal…” aku separuh berbisik.


E’zham tak jawab, dia betulkan tuala yang hampir lucut, mungkin, kemudian perlahan‐lahan dia
berjalan menuju ke pintu. Aku diamkan tapi memandang dengan rasa tertarik. Liuk lentuk tubuh, bukan sasa tapi dia mengiurkan. Di hujung pintu, E’zham menoleh ke arah aku, mata kanannya dikenyitkan berteman lirik nakal pada bibir sebelum hilang di luar.

Meremang bulu roma. Aku telan air liur. Terkesima pun ada. Anak mata aku liar ke sana sini.
Entah apa lah yang dia nak buat malam nanti. Err.. seramnya. Aku ketawa. Antara lucu dan menyeramkan!

Aku pandang jam yang jarum pendeknya sudah menghampiri 12 dan aku masih belum
membasahkan diri. Tak fakir panjang, aku selongkar beg besar yang adanya di tepi wordrob, belum tersentuh sejak semalam. Baju‐baju yang bertindih didalamnya aku keluarkan; letakkan kemas di atas katil. Biarkan dulu. Tuala biru laut aku sangkutkan di bahu. Aku perlu mandi! 15 minit seterusnya; aku buka pintu bilik air.

“Ana!” aku hampir jerit bila lihat dia sedang duduk silang panggung di atas kerusi di hujung
bilik. Aku cuba selindungkan resah di muka.

“Sorry.. masuk tak kasi tahu…”


Celaka! Nasib baik aku memang sudah memikirkan untuk menyarung baju mandi dalam bilik air
tadi. Kalau tidak memang percuma tubuh aku di lihat Ana. Aku tak sedar bila masa dia masuk. Ah! Pintu bilik pun aku lupa nak tutup.

“I bosan tunggu bawah seorang…” Ana dengan suara manjanya. Beg tangan dia letakkan di atas
meja.

“E’zham?”


“Dia kalau mandi plus bersiap, boleh tengok Kuch Kuch Hota Hai satu movie habis tau…” Lucu
ayat dia. apalagi lihat lagak Ana yang memang adakalanya kelakar. Aku tertawa perlahan.

Aku duduk di atas katil menghadap Ana yang sedari tadi memang melihat aku. Baju pijamas
yang tersarung pada tubuh, aku betulkan biar selesa. Apalagi di depan gadis rupawan yang mengejutkan aku tengah hari begini.

“Hows your day?” Ana mulakan perbualan.


“Pretty cool. Banyak benda yang I kena buat…”


“Yeah.. Biasalah tu. Baru pindah. Im happy you tinggal dengan Zham.. Like I said, dia tak lah
sunyi sangat…”

“You jarang datang sini ke?” aku tanya berbasa basi.


“Bukanlah jarang datang tapi Zham jarang ajak I datang rumah dia ni…”


“Weird..” aku kerutkan kening.


“Kenapa? You ingat I special dia, so I boleh datang suka‐suka hati? He’s not like that. I selalu
blur. Mula‐mula memang geram juga tapi dah lama, I understud perangai dia. Jangankan I, all his friend pun rasanya kurang dari lima orang pernah jejak rumah dia. tu pun baru sampai pintu masuk luar. That’s why I was wondering how special you are.. haha!” Ana gelak besar di hujung. Aku gelak lagi. Mungkin dia bergurau.

“Betul?”


Ana anggukkan kepala. Dia betulkan simpuh.
Diam sekejap. Angin luar sekejap‐sekejap masuk. Membuai sedikit langsir yang tergantung. Aku kekok. Sekejap sekejap mata aku curi pandang pada Ana. Mata dia asyik pada telefon bimbit pula. Entah apa yang ditaipnya; laju. Rambut perang, tebal dan ikal mewah lepas bahu menarik perhatian aku. Dress labuh terbuka bahagian atas yang Ana pakai hari itu paling menggoda. Bukanlah dia tak pernah sehebat itu tapi tak tertahan juga apalagi sedang berdua.

“Alamak!” Ana.


“Kenapa?!” aku tersentak sedikit.


“Hehe.. tak ada apa.. I tahu you tengok I..” Ana menjeling.

Aku senyum tunduk lantai. Rambut
yang jatuh menutup mata, aku sikat guna jari ke belakang.

“I nak pakai baju…” aku bangun; memberi isyarat untuk Ana keluar.


“Ok..” dia tak bangun tapi masih pada telefon.


Gila!


“Erm.. shall you..” aku tanya lagi.


“Pardon?” Ana memandang aku. Aku memandang pintu. Beri signal yang kedua.


“Ouh.. ok…” Ana bangun. Aku senyum menghela nafas. Tapi dia tak terus keluar; terhenti di
hadapan aku. Suaranya kecil.

“Jangan nakal‐nakal..” hujung jemari dia menyentuh dada aku yang ditutup pijama. Aku tak
bantah apalagi lima jemari halus di tangan yang lagi satu; perlahan‐lahan merayap ke tali yang tersimpul di bahagian tengah pusat. Aku nampak mata Ana tepat pada dada aku. Terasa sedikit geli bila dada aku di usap begitu. Aku telan air liur.

“Zham tak tahu tentang kita kan, Han?” Ana berbisik, matanya menjeling.


“Kita tak buat apa‐apa…” aku balas perlahan.


“Will do something sooner…” ayat Ana berani. Aku tarik nafas lagi. Jantung degup kencang bila
aku terasa hujung tali yang mengikat pijamas aku semakin longgar. Aku tutup mata. Tangan halus Ana Aku pegang. Bukan kuat tapi sedikit tegas. Ana pandang tak mengelip mata.

“You better go…” aku cuba sebaik mungkin untuk mengertikan dia pada ayat itu. Ana diam.
Tangan dia yang aku gengang tergerak minta dilepaskan. Aku buka.

“Im sorry..” Ana tunduk, bukan ke bawah tapi anak mata dia berlari.


“No.. I…”


Aku dan dia bertentang mata. Aku keghairahan memandang bibir merah jambu Ana yang
basah. Aku pejam mata bila dia makin mendekatkan bibir dia pada aku.

"I should go.. sebelum E’zham datang…”


Aku buka mata. Ana capai beg tangan di atas meja lantas jalan cepat‐cepat keluar dari bilik. Aku
terdiam, terpana dan terbata tentang apa yang hampir berlaku baru sekejap tadi. Apa ini mimpi? Aku terduduk. Menyeka rambut.

Ana! Arhh! Hati aku menjerit.

0 comments:

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~