welcome

Friday, November 14, 2008

sesuatu di antara waktu

Salam persaudaraan! tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. gelap!! dalam keadaan gelap gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya. atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja.


apa yang kita inginkan dalam hidup ini sebenarnya? hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? jawapan mudahnya, semua orang mahu senang. mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikan dapat dipenuhi tanpa bersusah payah.


tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah?




kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan YA!!, atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. bernarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? atau ia hanya sebuah bayangan indah yang telah mengaburi matamu. yang mengelabui hatimu? kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. lalu kau akan berada buat seketika dalam lingkungan dunia tak pasti.


kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. soalan mudah - siapa yang tak ingin kehidupan begitu? rasanya tak ada seorangpun yang mahu menolak kehidupan mewa, kerana kita sekalian hamaba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang.


bagaimanapun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. takdir untuk kita setiap hamba ini tidak serupa. kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang diciptakanNya. Maha Mengetahu tentang segala sebab dan akibatterhadap kita sekalia nhamba ini. hanya kita yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui.


kenapa nasibku begini? malang, sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan arghhhhh!!!!..sebuah keluhan dilepaskan. adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur?? adakah ini keluh kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? segalanya mungkin dan, kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah dilafazkan!!!.


soalnya kenapa?? jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. kita boleh saja melemparkan sejuta satu persoalan. tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. cuma, kita hamba ini saja yang buta! yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda!!.


untuk sekelian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberiNya selama ini??


jangan kau ratapi nasib diri, jangan kau tangisi kehilangan yang dialami - syukur atas apa yang diberi, redha dengan ape anugerah Illahi

0 comments:

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~