Minggu‐minggu pertama berada di kolej begitu memenatkan. Penat mengikuti program-program yang dianjurkan pihak mereka khusus untuk aku dan kami yang bergelar junior.
Kebanyakannya mengisi minda tapi ada juga yang aku klasifikasi kan sebagai membosankan. Paling bosan ialah sewaktu semuanya disuruh duduk di dalam dewan kolej sambil mendengar ucapan demi ucapan orang‐orang besar.
Serasa aku bukan aku sahaja, malah semuanya yang ada di situ pastinya mengalami tekanan yang serupa. Bosan duduk sejam dua sambil telinga disogokkan dengan amanat demi amanat yang disampaikan. Walaupun pada orang‐orang seperti itu; ia merupakan salah satu agenda penting yang mesti di isi.
Mujur seminggu dua ini, aku tidak lagi sendiri seperti hari pertama dulu. Makin selesa duduk-duduk berbual dengan sesiapa sahaja. Menyesuaikan diri sebaik mungkin berhadapan dengan
anak‐anak kota yang sebilangannya mewah. Berjalan ke sana ke mari di sekitar kolej pun sudah beramai‐ramai. Mujur aku orangnya senang didekati dan mudah mendekati. Kalau pemalu,
susah juga.
Paling aku segan bila ada yang sering mengajak aku duduk‐duduk minum di tempat yang bukan tempat aku. San Francisco Cafe, Starbucks, Dome, Gloria Jean’s Café dan banyak lagi nama-nama pelik yang baru aku kenal seminggu dua ini. E’zham yang selalunya.
Aku pelik dengan lelaki ini. Sungguh aku sangat segan bila dia ajak berjalan apalagi terkadang melihat temanitanya si Ana yang selalu berdua. Seperti aku menyibuk di antara mereka. Mujur Ana gadis yang sporting.
Ya, Ana cukup terbuka. Gadis tinggi lampai yang suka benar ketawa dan mengusik orang. Nampaknya tanggapan aku salah. Telahan ku gadis‐gadis berketurunan bangsawan (mewah)
seperti si Ana, orangnya pasti sombong dan memilih kalau berkawan. Nyata nya aku silap. Sampai kadang‐kadang lengan aku dirangkulnya.
Aku makin pelik dengan E’zham. Tak pula dia persoalkan perangai si Ana yang mesra dengan lelaki lain. Petang dua hari lepas aku mengusik Ana;
“Bila you nak kahwin dengan E’z?”
“Pardon? I tak nak kahwin dengan dia la. Nak kahwin dengan you” ujar dia separuh berbisik dan tersenyum tapi aku telan air liur. Tapi sekejap itu dia ketawa besar. Aku ketawa juga tapi ketawa malu. Haha! Dan kerana itu aku masih sedang mahu belajar berhati‐hati dengan gurauan cara anak kota. Mungkin bunyinya sinis tapi itu realitinya.
Aku tersedawa perlahan. Kekenyangan mungkin. Asam pedas ikan pari yang terhidang oleh ibu ngah begitu menyelerakan. Sampai tambah dua kali. Ditokok pula dengan sayur asin kegemaran
aku. Woah! Memang asyik! Aku senyum sendiri.
Aku duduk‐duduk sekejap di hujung katil. Fikiran aku melayang‐layang. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Sebentar itu laut fikiran aku terpasak pada assignment interface yang diberi Sir Wong siang tadi.
Aku pasang lagu Havana dari Kenny G; irama segar yang sungguh melentokkan. Serasa seperti mahu tidur. Aku kemudiannya mencapai beg sandang di tepi meja; mengeluarkan sketch book
dan kotak panjang kecik yang memuatkan pelbagai saiz pensel. Aku menghabiskan beratus ringgit hanya kerana batang‐batang pensel ini. Aku senyum lagi. Aku baru‐baru mahu melakarkan sesuatu atas kertas dan tiba‐tiba
“Ketika pertama kali.. Jiwamu ingin selalu.. dekat dengan jiwaku yang belum.. bisa menterjemahkan segala…” lagu Mistikus Cinta di telefon bimbitku mengacau rona fikiran. Habis semua idea hilang. Siapa pula yang gatal menghilangkan!
Aku capai dan lihat di skrin;
‘E’zham’
Aku angkat
‐ Hey E'z! Watsup?
‐ Erhan! Haha! Nah. Just buzzing you.
‐ Ohoo…
‐ Am I disturbing? So sorry
‐ No! Of course no. Im duing nothing right now.
‐ Ok. Ingatkan dah tidur.
‐ No lah.. siang lagi. Besides I baru nak mula buat sketch. There’s lot of stuff must do. Pretty tired. Hows there?
‐ Samalah. I lagi banyak benda nak kene buat. Tapi malam ni nak relaks sikit. U selalu tidur pukul berapa?
‐ Depend. Paling lambat pun pukul satu pagi. Kenapa?
‐ Nah! Nothing. Just asked.
Diam sekejap sebelum dia mulakan lagi
‐ Erm.. I thought nak ajak you keluar kejap.
‐ When?
‐ Now la
‐ Go where?
‐ Don’t know yet
‐ U pick me?
‐ Yes.
‐ Ok. Sounds cool.
‐ Yeah! Must be. Haha! Give me 20 minutes.
‐ Ok.
‐ See you later ok.
‐ Ok!
Aku letak telefon atas meja lantas terdiam sekejap; termenung. Memikirkan mungkin ini kali pertama ada manusia yang mengajak aku melibur malam‐malam begini. Tapi mungkin sesuatu yang baru yang perlu aku rasakan. Justeru aku ikut sahaja. Entah ke mana saja anak tokoh karporat itu mahu membawa aku.
Aku pantas bangun membuka almari. Memilih untuk mahu sarungkan apa pada tubuh.

1 comments:
That so sweet n nice lah novel nie Papa!!! n pick up the pix pun mmg menarik n tetarik tu He3..
Post a Comment