Sesetengah orang kata, cinta pandang pertama menjadi cinta paling indah dalam hidup. Sesetengah orang kata, cinta pandang pertama hanyalah mainan rupa semata. Sesetengah orang kata cinta pandang pertama boleh kekal sampai bila‐bila. Tapi itu orang kata.
Aku bukan tidak mempercayai. Mahu mengambilnya juga tidak. Cuma aku membayangkan kalaulah aku dapat merasa seperti apa yang sesetengah orang itu kata. Tapi ternyata nya aku memang bertuah kerana rupanya aku sedang mengalami perasaan itu. Dia dan cinta pandang pertama ku. Ceritanya begini…
Hari itu ada Majlis Orientasi Pelajar Baru. Detik itu lebih kurang jam 9.30 pagi. Aku masuk ke dewan sivik kolej yang buat pertama kalinya aku jejaki semalam. Merasakan suasana serba baru bagi aku sebagai pelajar kolej. Sebetulnya aku memang rasa kurang selesa semenjak aku sampai semalam. Nak kata aku tidak biasa, mungkin tidak. Serasa nya aku sudah biasa dengan perkataan ‘pertama kali’. Cuma mungkin aku keseorangan.
Aku pilih untuk duduk di ruang agak ke belakang dari pentas depan. Mungkin tidak mahu rasa diperhatikan. Justeru aku selesa di sini. Sebelah kiri aku ada dua tiga orang pelajar India yang sedang berbual itu ini. Aku tak mengerti bahasanya. Sebelah kanan kosong.
Aku tidak berbuat apa‐apa selain memerhatikan perangai yang datangnya dari remaja seusia ku. Semuanya sedang petah bicara. Bising dan agak kelam kabut suasananya. Mungkin senang ketemu rakan baru. Banyak cerita yang mahu dikongsi kan. Mata ku tertampar dengan tiga empat perempuan cantik; gaya kota. Semalam aku jumpa mereka di meja pendaftaran. Tidak menyapa tapi tersenyum sedikit padaku. Senyum kenalan mungkin. Aku diam membalas. Canggung berhadapan dengan gadis‐gadis kota yang mewah.
“Kosong?” Aku terkejut sebelum menoleh.
“Huh?” suara ku
“Kerusi ni kosong?” dia kata lagi.
“Ya..” aku menoleh arah lain tapi dapat merasakan yang dia sedang duduk di sebelah ku. Aku diam terus.
“Study apa?” Aku menoleh lagi ke arahnya. Mata aku berlari‐lari ke atas bawah bila mahu menjawab soalan itu.
“Designer Arts… you?” entah kuasa apa yang bisa membuat aku bertanyakan semula soalan itu pada dia.
“Architect..” jawab dia Aku angguk‐anggukkan kepala. Diam lagi.
“Dari mana?” dia tanya lagi
“Johor..”
“Johor? My cousins there.. You part mana?”
“Johor Bahru.. you? Memang stay sini?”
“Erm, ya..”
Aku senyum saja dengar jawapan yang terakhir dari dia. Telefon bimbitnya seketika berbunyi. Dia mengangkat tapi aku tak mendengar apa‐apa. Dia seperti berbisik lantas aku sambung kerja aku yang memandang sana sini.
“Ermh.. Semalam I perasan you dekat hall tapi I tak sempat nak tegur. Tak sangka jumpa you dekat sini…”
“Realy? I semalam rushing. Sebab my mum nak balik Johor. Urgent katanya. So I nak kena pick up dia ke KL Sentral…” Dia anggukkan kepala. Aku diam.
“So kat sini stay dekat mana?”
“Now stay with my auntie. Tapi sedang mencari rumah. Uncomfortable..”
“Ok… let me help you..”
“Pardon?”
“Find your home…”
Aku terdiam. Tapi kemudian mata ku tertampar pada susuk gadis tinggi lampai yang memang sedang menuju ke arah sini. Sungguh persona. Rambut perang pekat, ikal mengurai. Hujungnya beralun. Sungguh menawan Aku memerhatikan dia sebelum aku terdiam lagi buat kali ke dua.
“Sayang, teman I pergi café kejap…” Benar dia menuju ke arah sini tapi menyapa yang di sebelah ku.
Si gadis merangkul hujung tangan si jejaka. Aku diamkan saja. Ada lirikan senyuman di bibir dia buat aku lantas aku balas sedikit.
“You tunggu I kejap kat luar…” Si gadis anggukkan kepala sebelum jalan keluar.
“Erm.. could you please stay here for a second. I’ll right back…” kata dia.
“Yes, be my guest…” kata ku berbahasa Inggeris.
Dia tinggalkan sedikit senyuman seraya bangun bersama beg silang nya mahu berjalan. Aku tak berkata apa. Cuma memandang sahaja dia berlalu. Belum sampai enam tujuh tapak melangkah, dia patah semula kepada aku dengan senyuman yang sungguh sinis.
“You tak kasi tahu nama you lagi… E'zham I'dinazahar here.. whos there?” dia memperkenalkan diri dengan huluran tangan. Ada senyuman lucu dihujung ayatnya pada aku.
“Khairul Erhan…” aku sambut tangannya.
“Nice to meet you Erhan..”
“Same here..”
Kami lepaskan tangan, aku tersenyum tapi dia mengangkat dua keningnya sebelum mengenyitkan sebelah matanya. Aku sedikit kaget tentang itu tapi berlagak biasa.
Dia pergi. Kali ini dia benar‐benar keluar. Mata aku kembali melihat suasana dewan yang masih terisi dengan suara‐suara bising. Entah bila agaknya majlis orientasi akan bermula. Aku merungut sedikit lantas bersandar di kerusi. Sebentar itu aku teringat semula manusia pertama yang menegur ku sekejap tadi.
Aku tidak mengingati apa‐apa dari dia kecuali namanya; E’zham. Itu sahaja.

0 comments:
Post a Comment