Mata aku sekejap‐sekejap terlempar ke tepi. Sekejap‐sekejap terlempar ke depan. Sekejap‐ sekejap memandang bawah. Sekejap‐sekejap bermain dengan telefon bimbit walaupun tiada mesej masuk. Pokoknya setiap detik yang aku lalui sepanjang perjalanan ke rumah Ana adalaha tidak selesa. Tidak selesa kerana ini pertama kali menaiki kereta Ana. Tidak selesa berdua dalam kereta bersama temanita E’zham. Apalagi disuruh perempuan itu untuk menemani dia ke rumah. Ikut aku, mahu terus ke rumah E’zham. Mujur aku tidak tahu sangat jalan ke rumahnya. Justeru aku memang terpaksa membontoti Ana ke sana. Apatah lagi aku memang mahu ketemu si E’zham
“Betul kata Zham..”
“Huh?” Aku bingung.
“Betul kata Zham tentang you pada I..”
“Apa dia?” aku makin dibingungkan
“You pendiam..”
Aku pecah ketawa. Sedikit perlahan kemudian. Agak lucu bila si Ana kata begitu. Dia tersenyum panjang. Mungkin lucu bila lihat aku ketawa.
“I memang dilahirkan sebagai seorang yang pendiam”
“Why? I ingat you jenis banyak cakap…”
“Muka I muka banyak cakap ke?”
“No wonder…”
“Sory?”
“No wonder la lelaki handsome macam you memang selalu diam. Jaga status..”
Aku gelak lagi. Kali ni lebih perlahan. Bukan tidak biasa dengan usikkan itu tapi agak lucu bila si Ana yang berkata.
“Siapalah I nak dibandingkan dengan Zham…”
“You more sexy, Han…”
Aku terdiam memandang wajah Ana. Sekejap itu Ana mengerling kea rah aku dengan mata menggoda. Aku tersentak seraya pandang ke arah lain. Jantung aku berdebar‐debar.
“Pandai je you...” kataku berlagak biasa.
Aku lemparkan semula pandangan aku ke luar. Walaupun hati aku masih sedikit gementar dengan renungan tadi. Siapa tak terpesona dengan mata gadis jelita secanti Ana ini. Bodohlah kalau seorang lelaki melepaskan dia. Beruntunglah E’zham sebetulnya.
“Agak‐agak you, kenapa dia tak datang kolej?” Ana pecah kesunyian. Kejutkan aku dari terusan berangan.
“No idea. Pagi tadi I ada kol dia tapi off. I ingat you dengan dia. So I tak kacau…” aku mejawab.
“And I pula fakir da dengan you…”
Aku tak menjawab kali ini. aku biarkah Ana memandu kereta dia melalui jalan yang aku tidak ketahui. Yang pastinya jalan menuju rumah dia. Aku dibawa masuk ke sebuah kawasan elit di ibu kota. Memang tempat elit. Lot‐lot banglo tersergam indah di sepanjang jalan. Ana membawa kereta menaiki bukit. Kurang lima minit kemudian Ana berhenti di depan sebuah rumah mewah. Banglo tiga tingkat. Pagarnya tinggi.
“Ini rumah you?” tanya aku sambil memandang Ana. Ana tak menjawab tapi dia senyum.
“Mari…” Ana mengajak
“Erm.. no thanks.. I tunggu luar je…” Aku menolak
“Come on… masuk la dulu. I tukar baju lama tau…” Ana memujuk
“Prefer stay here…”
“Marilah Han.. nanti you bosan tunggu I” Ana cuba lagi
“Tak apa.. I boleh tunggu…” aku masih cuba menolak. Hati aku tak usah ditanya. Memang sedang berdebar.
Ana diam sekejap. Dia bersandar sekejap. Ada helahan nafas perlahan di hujungnya. Mungkin malas mahu melayan aku yang keras mahu menunggu di sini. Tapi sedetik kemudian Ana bergerak. Mukanya memandang aku.
“Marilah, Han. Tak ada orang kat rumah… I seorang. Kita minum sekejap…”
Aku tertelan air liur. Mata tepat pada Ana yang tepat memandang aku. ke dua keningnya di angkat. Alis mata yang hujungnya tirus bergerak‐gerak. Aku sebetulnya tidak memikirkan apa-apa sehinggalah Ana memandang aku dengan cara yang paling aku tidak tahan. Matanya memandang aku ke atas bawah. Aku tak sedar Ana mahu memandang aku begitu. Tapi aku tak memutuskan untuk piker lama lantas aku anggukkan kepala seraya layangkan senyuman sedikit pada Ana. Aku harap tidak berlaku apa‐apa nanti. Ana sudah keluar. Aku tanggalkan safety belt sebelum membuka pintu kereta. Tapi dalam hati ada debaran.
Mata aku terpacak pada laman luar rumah yang begitu indah. Sebelah sana ada sudut taman. Aku tidak jelas tapi aku dengar bunyi air menghempas jatuh ke batu. Air terjun mini barangkali. Aku dengar‐dengar sahaja sambil mata aku mengerling kepada Ana yang sedang menyusun sesuatu di rak luar. Ana mengeluarkan kunci dari beg tangannya seraya membuka pintu kayu. Besar dan mewah.
“Masuklah Han…” Ana mengajak dengan senyuman. Aku membalas tanpa berkata; ya. Kasut hitam yang menjadi tempat kaki aku beralas, aku buka dan aku letakkan di tepi. Aku langkah masuk ke rumah Ana dengan hati yang pebuh debaran. Debaran kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah sebesar ini. Debaran menjadi lelaki yang menemankan perempuan. Aku begitu asing. Persetankan orang kota mahu cakap apa tapi aku memang tidak biasa berdua dengan mana‐mana wanita. Kaku. Mujur Ana lincah.
Aku terkesima.
Ruang tamu mewah yang mempersona. Latar dinding putih adunan hijau pucuk pisang cair begitu mengasyikkan. Perabut moden kotemporari terhias di ruang utama. Nampak teratur dan penuh gaya.
“Duduk dulu, Han.. I buatkan air sekejap…”
“Na, its ok. Tak perlu susah‐susah. Kita pun sekejap je kan…” aku melihat Ana.
“Duduklah dulu… kan penat dari kampus tadi… awal lagi ni…”
“But…”
“No excuse… you duduk rest dulu. Im sure you pretty tired, right” Ana memotong ayat aku.
Aku senyum anggukkan kepala mengiyakan. Memang letih sejak dari pagi tadi habiskan masa depan komputer dan buku sketch. Aku ambil keputusan untuk duduk‐duduk sekejap di sini. Aku labuhkan punggung di atas kerusi utama set sofa putih yang menjadi ‘tuan’ ruang itu. Selesa sekali. Apalagi kalau memang di waktu letih dinihari begini. Tambah tenang bila angina yang datang dari luar rumah masuk ikut pintu sliding yang dibuka luas. Sepoi‐sepoi sang bahasa. Aku ambil kesempatan menyandar di kerusi. Menutup mata, menarik nafas dalam‐dalam dan sekejap itu menghela lega.
“Ni airnya, minumlah dulu…”
Aku buka mata saat Ana berdiri; berada di hadapan aku dengan tangan menghulurkan segelas air. Aku sedikit terkejut dengan lagak Ana tapi tenang mengambil gelas dari tangan Ana.
“Kan I dah cakap tak payah susah‐susah…” kataku berbudi bahasa
“Alaah! I tahu you haus... apalah sangat…” Ana cakap sambil sekejap itu dia labuhkan punggung di kerusi ‘single’ di hadapan aku. Aku jamah sedikit air oren sejuk di gelas yang tangan kanan aku pegang. Segar!
“Family you mana?” tanyaku berbasa basi
“Eh, you tak tahu ya?” Ana bertanya lagi.
“You tak pernah cerita…” Ana ketawa kecil dengar ayat aku. Aku tak tahu mana lucunya tapi aku ikut ketawa sama.
“My family semua dekat Singapore…”
“You?”
“I seorang stay sini. Study..”
“You Singaporean?”
“Tak.. I memang orang sini. My mum Singaporean. Dulu dia tinggal sini. Tapi since my dad meninggal last couple of years, my mum decide stay sana…” cerita Ana dengan sedikit senyuman di bibir. Matanya sekejap‐sekejap memandang di kejauhan.
“Tak takut tinggal seorang?” Aku tanya lagi.
Seketika itu Ana memandang tepat mata aku. Aku cuba melawan renungan Ana.
“Tak…”
“Kenapa?”
“You kan ada…” Ana mengusik lagi tapi kali ini dia nampak berani. Matanya memandang seluruh tubuh aku.
Gemuruh darahku memandang Ana. Matanya tirus. Bibirnya nipis tapi cukup seksi. Lebih seksi bila dia tidak mengenakan sebarang pewarna bibir. Asli dan mempesona. Seketika itu Ana mengangkat kening.
“Why?” tanya dia
Aku tertawa sedikit. Ada gelengan kecil kemudiannya sebelum aku memandang ke arah lain. Takut si Ana tahu aku sedang memerhatikan dia. Tapi lelaki manapun akan jatuh cinta pada raut wajah pan asia Ana.
“I tak tahu you memang tinggal seorang…”
“Sekarang sudah tahu…” Ana mengusik. Aku anggukkan kepala lagi dengan senyuman.
“Cantik rumah you… good taste…” aku sambung lagi perbualan. Ana ketawa kecil sebelum menyambung;
“I memang suka warna putih dan hijau. Tenang. Tak payah pening‐pening..”
Aku senyum terus dan minum lagi air di tangan. Kemudian aku letakkan atas meja kaca di hadapan aku. Aku tak boleh duduk diam bila lihat Ana masih memandang aku. Jadi tidak selesa bila wanita secantik Ana sedang menjamu matanya pada tubuh aku. Aku bingkas bangun dari dudukkan menuju ke pintu kaca yang terbuka. Di belakangnya ada sebuah taman. Di situ aku nampak air terjun yang bunyinya kudengar di luar tadi. Mengasyikkan alunannya.
“Tenang rumah you…” aku bersuara.
Tak lama itu, Ana sudah berada di sebelah aku. hujung mata aku mengerling melihat Ana.
“Lagi tenang kalau ada yang menemani…” Ana separuh berbisik. Aku tak faham.
“Zham kan ada…” aku perjelaskan.
“Zham jarang datang sini… dia lebih rela perap di rumah dia…” Ana seperti meluahkan.
“You yang tak ajak dia agaknya…” soalanku menguji.
“Entah. Sometimes I tak faham dia. Dia bukan macam yang I harapkan…”
“I tengok ok ja you dengan dia…”
“I tak cakap dia tak bagus.. tapi dia jarang luangkan masa dengan I. Zham terlalu bagus untuk I…”
“You beruntung dapat dia…”
Ana tengok muka aku.
“Lebih beruntung kalau dapat you…”
Aku tengok muka Ana dengan wajah bertanya. Berkerut dahi aku
“Yeah.. at least you ada dengan I sekarang…”
Aku jatuh hati dengan suara Ana yang berbisik. Ana gerakkan badan, depan aku. Matanya menggoda seluruh penghidupan aku waktu ini. Angin yang tiup merdu petang itu terbangterbangkan rambut ikal Ana. Mempesona mata aku.
“I tak biasa…” aku separuh berbisik bila lihat Ana mendekatkan badannya pada aku. Mata bertentang mata.
“I adore you since first time I met you” Ana semakin berani. Ternyata aku sungguh terkejut dengan penjelasan itu. Aku bukan tidak biasa pada mana‐mana gadis yang jatuh hati pada aku tapi aku sangat tidak selesa bila ia datang dari tematina kawan aku. Walaupun dia tidak berbuat apa‐apa tapi aku boleh agak kenakalannya.
“I tak tahu you minat dekat I…” aku tanya menduga
“Sekarang you dah tahu…” Ana usik aku lagi. Aku sedikit ketawa tapi debaran masih memuncak.
“Kalau Zham tahu kita berdua…”
Wajah Ana berubah tiba‐tiba. Dia toleh tempat lain. Aku diamkan. Tapi kemudian Ana nitikkan air mata. Aku jadi tambah kaget.
“Kenapa? I silap cakap ke?”
Ana geleng kepala. Mulutnya tertangkup dengan tangan kanan; tidak memandang aku.
“Then why?” aku tanya lagi.
“I… i…” ayat Ana tak terkeluar. Aku tak sampai hati.
Ana tiba‐tiba merangkul tubuh aku. Aku jadi kaku. Meremang bulu roma tapi aku biarkan sahaja.
“Zham tak sayangkan i…”
Aku jadi tambah pening. Apa perempuan ini mahu kasi tahu aku?
0 comments:
Post a Comment