welcome

Tuesday, November 25, 2008

pernikahan sulit [ part 6 ]


"Dah lama ke you kat sini?" E'zham bertanya memandang aku dengan muka serius Justify Full
"We baru je sampai.." Ana menjawap soalan itu bagi pihak aku serasanya. Mata aku sekejap-sekejap
memandang Ana kemudian teralih pada E'zham.

"I tunggu you kat rumah.." nada suara E'zham sedikit mendatar pada Ana.

"I thoght memang nak terus ke rumah u but than i terserempak dengan Han. I ajak singgah balik
kejap dari kolej tadi. Rimas tak tukar baju dari pagi tadi.." Ana membuat muka. Manja memandang E'zham. Kemudian Ana mendekati E'zham seraya merangkul lengannya.

“Sorry lah sayang..." Ana memujuk lagi.


“Tak sangka pula Han ada sekali…” E’zham memandang aku yang teragak‐agak mahu
menjawab. Entah jawapan apa yang paling sesuai untuk diberikan pada E’zham. Tapi aku kaget sungguh bila sekejap itu E’zham tersenyum memandang aku. Hati aku yang tadinya berdebar jadi sedikit tenang.

“Erm.. you tunggu sekejap, I siap..” Ana sambung lagi ayatnya.


“Its ok. You stay rumah ja. Biar I pergi dengan Han. I nak kene tunjukkan bilik yang dia nak
sewakan tu…” E’zham member idea. Aku jadi lagi berdebar. Tapi masih terpacak melihat dua manusia di hadapan aku.

“Ala.. I nak ikut…” Ana bergaya manja. Sekejap itu E’zham mendekati Ana kemudian
mendekatkan bibirnya pada telinga Ana. Berbisik sesuatu. Aku palingkan muka memandang ke arah lain. Entah apa isinya aku tak pasti.

“Ok.. I stay here..” tiba‐tiba Ana memutuskan.


“Hurm?” aku bertanya kurang mengerti.


“I stay here. You pergi dengan E’zham ja la ok. Besides I memang letih sangat hari ni..”


Aku tak menjawab. Tersenyum dan kemudian memandang E’zham.

“Shall we?” E’zham bertanya.


“Yes..” aku menjawab sebelum menyambung; “

Sekejap I pergi ambil hand phone…”


Mata aku berpaksi pada pokok‐pokok besar dan kecil berlari‐lari ke belakang. Selesa bersandar di kereta mewah dipandu E’zham. Seperti biasa, aku memang tak banyak bercakap kalau berdua dengan lelaki ini. Lebih selesa kalau dia yang memulakan perbualan.

"I dah dua bulan kenal dengan you..." E'zham tiba‐tiba bersuara.


"And?" aku tanya.


"And you still the same..."


"Mean what?" Aku tanya bingung.


"Yeah, still the same. Pendiam, tak suka bercakap...”


Aku gelak sedikit.


“You nak I banyak cakap ke?”


“Yes..”


“I hanya banyak cakap dengan orang yang mahu bercakap dengan I..”


“I am the person” E’zham mengerling sekejap kepada aku.


“Kenapa you tak datang tadi?” aku mula bertanya.


“Semalam I balik rumah my parent nak ambil barang. Than we had dinner dekat Hilton. I
semalam tak larat nak balik so stay sana je. Thought pagi boleh terus ke kolej. Sekali terlajak sampai pukul 1 petang tadi. Haha!” E’zham gelak sedikit keras. Aku terikut sama tapi perlahan. Sekadar menyambung.

“I cari you pagi tadi sebab you cakap semalam nak bawa I pergi tengok rumah you..”

“Yeah.. I tahu tu. Sebab tu I terus ke college tadi. Sara said you ikut Ana…”


“Sorry..” aku bernada perlahan.

“Why?”


“Ikut your Ana balik..”


“Aik? Lain macam je bunyi?”


Aku sedikit kaget. Takut‐takut kalau dia syak sesuatu pada aku. Habislah!


“No… its ok. I dah biasa tengok Ana bawa lelaki balik. I mean kawan kolej..”


“Ouh.. tapi I tengok you macam marah dekat I je just now..”

“I tak marah lah.. I cemburu..”


“Dengan Ana?”

“Tak.. dengan you…” aku telan air liur. Jantung aku jadi berdebar tiba‐tiba. Aku pandang wajah
E’zham yang kebetulan memandang aku dengan senyuman di bibir. Aku agak gamam tapi aku mengangkat dua kening aku. Antara sedar dan tidak, E’zham sudah membelokkan keretanya memasukki kawasan kediaman elit di Subang. Kali ini aku terpana lagi melihat suasana yang agak tenang dengan deretan rumah yang mewah. Mata aku tak tentu arah.

“You tinggal kat area sini?”


E’zham tak jawab tapi anggukkan kepala. Entah jalan mana yang di bawa, aku pun tidak
mengerti. Pertama kali melalui pastinya rasa agak janggal. Seketika itu dia memberhentikan keretanya di sebuah rumah yang terletak di bahagian paling hujung.

“Ok.. kita dah sampai” aku dengar suara E’zham tapi mata aku memandang ke luar.
Aku tanggalkan safety belt aku sebelum keluar dari pintu kereta. Aku tak cakap banyak, terus membontoti E’zham masuk ke dalam rumah yang tersergam besar. Pertama kali aku jejakkan kaki, hanya satu persoalan yang aku tanya pada diri aku;

Agak‐agaknya, berapa duit sewa yang aku perlu bayar untuk tinggal di rumah sebagus ini?
Mampukah aku yang hanya mengharapkan duit keluarga? Ikat perutlah aku berbulan‐bulan.

“Kenapa?” tanya E’zham tiba‐tiba. Aku senyum dan geleng kepala. Mungkin dia sedar muka aku
sedang resah. Menjejakkan kaki ke dalam rumah ini merupakan suatu yang indah. Apa tidaknya, buka sahaja pintu, ketengangn sudah terasa bila rona dinding berwarna putih krim memenuhi seluruh ruang. Perabot yang tidak sarat tapi tersusun. Aroma segar aku hirup sedalamnya.

“Cool..” sepatah ucapan aku keluar dari bibir. E’zham senyum sedikit.

“Mari I tunjukkan bilik you…”

Aku menuruti dia menuju ke tingkat atas. Aku perhatikan kepingan gambar E’zham yang
terlekat di sepanjang dinding tangga. Kacak semuanya.

“I tak tahu you model?” aku bertanya.


“Alah.. lama… dulu I memang aktif join modelling.. since I was 17 tapi sekarang dah slow sikit…”


aku tak menjawab penerangan E’zham. Tiba di tingkat 2, mata aku tertampar lagi dengan
keadaannya. Langsir labuh warna merah darah tergantung di hujung ruang. Di tepi sudut terletak sebatang pokok tinggi. Hijau dan tenang. Ada set kerusi rotan sederharhana di susun di beberapa bahagian. Dan ada hamparan tikar getah mengkuang bercorak kontemporari.

“I macam tak percaya je you tinggal seorang…”


“Why?”


“Rumah macam orang dah kahwin..” E’zham tergelak mendengar ayat aku.


“Siapalah yang nak kahwin dengan I…” Dia berseloroh. Aku ketawa sekejap tapi mata masih
menghadap ruang tamu. Aku nampak E’zham membuka pintu sebuah bilik.

“Ini bilik you...”


Aku menoleh melihat ke arah pintu yang ditujukan pada aku. Aku masuk menuju ke dalamnya.
Sederhana tapi kemas. Lengkap biliknya. Aku melihat sekeliling seraya labuhkan punggung di hujung katil dan berkata.

“Bagus…”


“Deal?” tanya E’zham.


Aku memandang E’zham yang menjungkitkan dua keningnya berkali‐kali. Aku bangun
melangkah ke hujung jendela. Aku tarik sedikit hujung kain, menyelak memandang ke luar.

“How?” E’zham tanya lagi sambil berjalan pelan‐pelan.


“I tak rasa I mampu nak bayar sewa bilik sebagus ni..”


“Siapa cakap you kena bayar?”


Aku palingkan muka memandang E’zham yang sudah berada di belakang aku. Aku cuba untuk
fahamkan apa isi makna ayat yang dia katakan kejap tadi. Cuma aku perlu penjelasan.

“I hanya perlukan teman untuk tinggal di rumah dengan i… dan ia tak memerlukan bayaran…
hanya temankan i…”

Meremang roma aku dengar patah kata E’zham. Walaupun tersirat tapi aku faham benar
makna tersurat itu. Bibir aku bergetar. Mata aku terikat dengan mata E’zham. Apa benar lelaki ini sedang melakukan ini pada aku?

“So.. bila you nak stay dengan I, Han…?”


E’zham tanya buat kali ketiga dan aku masih kaku untuk kesekian kalinya.
Aku terpana… Gila lelaki ini!

0 comments:

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~