welcome

Friday, November 28, 2008

pernikahan sulit [ part 9 ]


“I tak suka sangat design you this time. Banyak yang berserabut. Theme you pun kurang jelas. Colour yang you gunakan tak variasi. Next time, make sure you more prepared sebab kerjakerja you before ni semuanya bagus. Anyway, isn’t bad all the way, I like your skill, your style…” komen Sir Wong sekejap tadi agak membebankan aku.

Aku susun semula lakaran lukisan multimedia yang aku buat penat‐penat sejak dua minggu
lepas elok‐elok dalam fail khasnya sebelum aku tutup dan tindihkan atas helaian kertas lain. Tali leher hitam kemas, aku buka sedikit. Lemas dipakai sejak pagi tadi sampai sekarang.

“Janganlah masam sangat…” Nadia sapa aku di sebelah. Aku tak jawab. Muka kecewa masih
membaluti raut aku.

“You are good tapi mungkin this time Sir Wong saja nak kritik you lebih…” aku diamkan lagi.


Telinga aku dengar saja gadis di sebelah ini berkata. Sekejap‐sekejap aku mengerling lihat
tangan dia yang juga sedang susun sesuatu dalam beg dia.

“You know what, I selalu surprised when you buat presentation. You will came out with
something more fresh. That’s what I like you most…” Nadia pancing lagi. Kali ini aku tersenyum memandang dia.

“You kalau bab nak pujuk I, memang bagus…” aku nada sinis tapi tersenyum. Nadia ketawa
kecil.

“Betul, I tak tipu. You tanya Linda, betul tak Linda?!” Nadia tiba‐tiba jerit kepada Linda yang
duduk agak terkebelakang dari kami.

“Ya! Betul! Aku setuju!” ah! Entah dengar entah tidak si Linda, alih‐alih menjawab.


“Stop it…” aku nada bergurau. Kemudian aku tersandar semula di kerusi.


“Hey sexy…” aku tak terkejut tapi senyum lihat Intan. Memang gedik gadis itu kalau menyapa
aku. Sepuluh jari di dua tangannya bermain‐main di tepi komputer riba aku.

“I love your suit.. jarang nampak you pakai smart macam ni…”


“Thank you.. Sir Wong suruh pakai suit so I pakai je… sponsor je..”


“Realy? Alah.. you pakai apa pun will still look nice…” Intan puji lagi. Aku sengih‐sengih.


“Wait‐wait… You all komplot nak kenakan I ke?” aku tanya sinis, sekejap pada Nadia kemudian
pada Intan semula.

“Mula‐mula Sir Wong, lepas tu Nadia, sekarang you…”


“You deserve more, baby…” Intan kenyit mata. Aku gelengkan kepala tak faham dengan
perangai si dia yang seorang ini.

“Ok ladies and boys, that’s all for today, Hafiz, its your turn tomorrow. Make sure you datang…”
semua mata tertumpu ke arah suara Sir Wong yang memenuhi ruang kelas. Masing‐masing mula menyibukkan diri mengemas itu ini padahal aku seorang yang membuat kerja. Ah! Letih! Aku lihat jam di tangan yang sudah ke pukul 2.30 petang. Semua sudah keluar dari bilik.


Aku lihat belakang, ada Intan, Linda dan Vinc yang entah sedang berbual apa. Faris, Rizuan, Hafiz dan Fahri; empat lelaki ini aku tahu sedang asyik sibuk tentang motor Scrambler. Aku bangun menuju ke belakang. Cuba‐cuba menyelit mahu tahu apa isi cerita mereka.


“Cerita tak ajak…” aku sapa. Semua memandang.



“Fahri nak join scrambler freestyle competition end of next week…” Faris menjawab sebelum
aku beri soalan.


“Sounds cool.. dekat mana?”



“Johor…” Fahri jawab.



“Johor?”



“Pasir Gudang…”



“Dekat dengan rumah I…”



“Betul?”



Aku anggukkan kepala, punggung aku menyandar di meja, mata pandang Fahri.


“I nak ajak dia orang ni ikut…”


“Gua tak boleh bro, minggu tu gua ade hal dengan Liana… dia dah ajak gua celebrate birthday
mummy dia dekat Fraser…” Rizuan beri alasan.

“Aku tak tahu lagi tapi rasanya macam tak free. Kalau this week aku ok lah…” Faris mencelah.
Hafiz diam. Dua keningnya terangkat. Senyum panjang.

“I ajak you je lah.. boleh?” Fahri tiba‐tiba tanya.


“I? I tak minat sangat motor‐motor ni tapi boleh juga…” aku bagi jawapan yang bukan
muktamad. Fahri tersenyum. Bimbit aku berbunyi. Aku alihkan tubuh pandang ke arah lain.

‐ Han, I tunggu you dekat bawah. Jangan lambat sangat, sayang…


Aku membulat mata. Terkedu baca kiriman dari E’zham. Berdebar jantung aku. Lama mata aku
terpaku pada ayat itu. Terfikir apa benar itu dari E’zham.

“Ermh.. beb, Im outta here.. E’zham dah tunggu I kat bawah…” aku jawab seraya
ambil barang yang adanya di atas meja. Computer riba yang aku pinjam dari E’zham, talinya aku gantungkan di bahu.

“Take care Han!” aku dengar suara Fahri tapi aku tak menjawab. Hanya tangan kanan aku yang
kosong; terangkat melambai ke arah mereka bertiga sebelum aku tarik pintu untuk keluar. Kaki aku menuju ke lif yang adanya di sebelah hujung.

“Rosak?”


“A’ah…” jawab seorang daripada dua lelaki yang ada di situ.


“Dua‐dua?”


“Ada benda stuck. Lima belas minit lagi…” jawab yang seorang lagi.
Aku tak balas. Dengan rasa malas, aku ambil keputusan untuk turun guna tangga. Tangan aku menolak daun pintu. Belum sempat kaki jejak anak tangga ke dua;

“Cepat je jalan?”Aku pusing.


“Tak balik lagi?” aku soal semula sambil pandang Ana di belakang. Kemudian dia menolak daun
pintu dan tertutup. Ana gelengkan kepala. aku tersenyum. Dia juga cuba tapi aku nampak wajah Ana berubah bila dia tundukkan kepala.

“Just wanna say sorry tentang…”


“Don’t feel sorry for that. I’m ok..” aku potong ayat Ana.


“Ah… thanks Han..”


Ana peluk aku. Aku jadi kaget. Paling kaget bila dia tak beri signal untuk memeluk aku. Tambah
kaget saat Ana tak lepaskan aku.

“Erm.. its ok..” Aku jawab lambat‐lambat. Tergagap‐gagap antara mahu dan tidak untuk
membalas pelukan Ana. Perlahan‐lahan Ana lepaskan pelukan dia tapi masih di hadapan aku. Bibir Ana singgah di pipi. Ana diam. Aku terdiam. Masih cuba untuk senyum tapi sungguh kaku.


“I tak biasa…”


“Tak biasa apa?”


Aku angkat kening. Bibir bergetar.
Sekejap telefon bimbit aku berbunyi, aku angkat. Mata pandang Ana.

‐ You dekat mana?


‐ Tunggu kejap, lif rosak. I kene turun tangga.


‐ Ouh.. Make it fast. I dah bosan tunggu dalam kereta.


‐ Sorry.. lagi 10 minit I sampai.


Tutup.


“Zham tengah tunggu I dekat bawah…” aku lari tajuk.
Ana diam.

“Tak balik sekali?’ aku tanya.


“Tak, I bawa kereta… Just beritahu Zham, don’t forget our dinner tonight…”


“Ouh.. ok…” suara aku perlahan. Mata aku berlari‐lari. Tak tenang. Ana senyum memeluk
tubuh.
Aku menjeling E’zham yang asyik memandu.

“Kenapa?” E’zham tiba‐tiba tanya.


“Tahu‐tahu je I tengok you…”


“Habis tu.. you nak tengok siapa lagi..”


“I tengah tengok meter…” aku berdalih.


“Cakap je you tengok I…”


“Why I kena tengok you?”


“I kan the most eligible bachelor kat college..”


“Huh?” Aku kerutkan kening serapatnya sambil pandang E’zham yang matanya terselindung di
balik kaca mata hitam Emergildo Zegna dia. E’zham senyum sinis tapi manis. Pandangannya masih ke hadapan. Sekejap‐sekejap sahaja dia pandang aku.

“Tadi I jumpa Ana…”


“Ok…”


“Dia suruh I ingatkan you tentang dinner malam ni…”


“Alamak!” E’zham jadi sedikit panik.


“Kenapa?”


“I almost forget. I baru plan nak masak untuk you malam ni…”


“Huh?” aku jadi pening.


“I dah beli barang nak masak malam ni…”


“Since when you pandai nak masak untuk I?” aku tanya lagi.


“Since you duduk dengan I lah…” Aku jadi ketawa tapi tak menjawab. Sedikit gelengan seraya
pandang ke arah lain. Tapi kemudian laut fikiran aku bergelombang tentang apa yang E’zham katakan tadi. Tak puas hati rasanya kalau tak tahu kenapa dia mahu masak untuk makan malam.

“Never mind, you ikut join I sekali dinner dengan Ana, ok?”


Gila? Nak jadi orang ketiga. Aku bisik dalam hati.


“Nah.. its ok.. I letih la Zham… esok? Esok je kita dinner sama...” aku kasi alasan. Memang aku
tak akan benarkan diri aku ikut sekali.

“Erm.. ok.. tak push you. So we dinner esok sama‐sama ok…”
Aku diam pandang ke luar. Tangan E’zham mengambil tangan kanan aku yang letaknya di atas peha. Aku tengok E’zham. Dia diam. Ada senyuman manis di mukanya. Aku telan air liur. Lima jemari kasar dia menyelinap memasukki ruang lima jari aku sebelum dia genggam erat. Aku tak bantah. Seluruh ruang tubuh aku menggigil perlahan. Hati aku berdebar, jiwa aku berkocak. Tubuh aku, tapinya tersandar senang. Tangan kanan E’zham masih di stering kereta. Luncur laju membelah kota...

Thursday, November 27, 2008

pernikahan sulit [ part 8 ]


Mata aku antara mahu dan tidak untuk dibuka. Tanpa izin, cahaya masuk tak segan silu menyilaukan hujung pandangan mata. Aku mendengus perlahan. Badan masih tertiarap atas katil. Tak larat mahu aku angkat seinci pun. Sekejap aku angkat kepala aku melihat sebelah aku; kosong. E’zham yang serasanya tidur disini; malam tadi, aku tak nampak bayang dia. Aku mendengus perlahan; lagi. Aku lentangkan tubuh aku. Mata terpacak ke siling rumah. Putih krim warnanya dan seluruh bilik ini juga.

“Baru bangun?”


Aku sedikit terkejut seraya memandang ke suara itu. Kemudian melihat jam di telefon bimbit disebelah; 10.53 pagi.

“Tak kejutkan I pun..” suara aku jadi serak basah. Suara bangun tidur.


“Malas nak kejut you. Tengok you syok je tidur..” E’zham cakap sambil kakinya melangkah pada
hujung katil. Separuh tubuhnya yang ditutup tuala paras bawah pusat hinggah lutut lantas duduk di atas tilam yang cadarnya sudah tak kemas.

“Sweet…” dia senyum menjeling.


“Apa?” aku tanya bingung.


“You tidur; sweet…”


“Haha! Banyaklah you punya sweet.. perli I je..” aku tawa sedikit keras. Ada gelengan kecil di
hujung ayat. E’zham senyum memandang lantai. Aku bangun dudukkan badan aku bersandarkan bingkai katil. Bantal yang menjadi pelukku malam tadi aku jadikan alas di belakang badan. Lebih selesa.

“How’s your night?” E’zham tanya.


“Good.. Cuma letih sikit…”


“Ya lah, letih sampaikan I pun jadi bantal peluk you..”


“Huh?” aku jadi bingung.
E’zham senyum. Mata dan bibirnya sini.

“I peluk you ke?” aku jadi kaget
E’zham tak jawab tapi dia angkat ke dua keningnya.

“Haha! Adui.. Im sorry.. I pun tak sedar. Tu lah, I dah cakap jangan tidur dengan i. I tidur kasar..”
aku bernada gurau. Hampir malu juga jadinya. Tapi bukan sengaja jadi aku.. ketawa besarlah. Malunya.. aku palingkan muka melihat ke arah lain dengan rasa malu sebelum menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang sebelum menjawab; “


Never mind.. don’t too worry. Im ok.. dah biasa
dipeluk…” E’zham jawab selamba.

“Ah! I bukan sengaja. Next time kalau you tidur sini, so I kene buat line la. Haha!” aku bernada
gurau.

“Kalau you nak peluk I every night pun, I on je..” E’zham nakal dalam ayatnya. Bukan tegas tapi
agak serius. Aku gelak sedikit cuba larikan mood. Sinis sebetulnya dengar ayat itu tapi aku tak endah. Kalau dilayan pasti jadi lain.

Aku tolak selimut yang menutup separuh kaki aku sebelum bangun menuju tingkap. Pandangan
mata aku tertampar ke luar rumah. Dari sini aku nampak sebuah kereta sedang memasuki laman rumah. Macam kenal aku pada kereta itu. Tapi kemudian aku perhatikan pemandunya.

“Ana?” kata aku tapi masih memandang ke bawah.


“Dah sampai?” tanya E’zham


“Erm?” aku tanya tanpa ayat.


“Ana ajak I ke Pavilion…”


Aku tak menjawab. Mata kembali pada E’zham yang sudah di sebelah aku; juga perhatikan Ana
yang baru turun dari kereta. Tangannya melambai pada kami. Aku diam tapi E’zham membalas diteman senyuman pagi dia.

“Nak ikut?” E’zham tanya perlahan.


“No.. I nak rehat. Penat. Theres lots of stuff must do here..” aku menjawab cuba menolak.


“Alah.. apalah sangat barang you.. nanti balik I boleh tolong you kemaskan…” E’zham
mempelawa. Aku tak jawab dulu. Sebetulnya ya, aku malas mahu keluar hari ni.

“Lagipun esok I ada presentation, I need to rest anda prepare for tomorrow…” aku cari alasan
lagi.

E’zham angkat kening. Dia mengeluh perlahan. Bibirnya dimuncungkan kemudian dia angkat
bahu. Mengalah lagaknya.

“Ok… orang tak sudi, what else I can say…” E’zham nada merajuk. Aku senyum.


“Macamlah tak biasa hang out kalau tak ada I…”


“Ok, never mind.. malam nanti je u hang out dengan I, ok…”


Aku pandang bingung. E’zham memainkan anak matanya ke seluruh bilik ini. Dia mula lagi…


“You memang nakal…” aku separuh berbisik.


E’zham tak jawab, dia betulkan tuala yang hampir lucut, mungkin, kemudian perlahan‐lahan dia
berjalan menuju ke pintu. Aku diamkan tapi memandang dengan rasa tertarik. Liuk lentuk tubuh, bukan sasa tapi dia mengiurkan. Di hujung pintu, E’zham menoleh ke arah aku, mata kanannya dikenyitkan berteman lirik nakal pada bibir sebelum hilang di luar.

Meremang bulu roma. Aku telan air liur. Terkesima pun ada. Anak mata aku liar ke sana sini.
Entah apa lah yang dia nak buat malam nanti. Err.. seramnya. Aku ketawa. Antara lucu dan menyeramkan!

Aku pandang jam yang jarum pendeknya sudah menghampiri 12 dan aku masih belum
membasahkan diri. Tak fakir panjang, aku selongkar beg besar yang adanya di tepi wordrob, belum tersentuh sejak semalam. Baju‐baju yang bertindih didalamnya aku keluarkan; letakkan kemas di atas katil. Biarkan dulu. Tuala biru laut aku sangkutkan di bahu. Aku perlu mandi! 15 minit seterusnya; aku buka pintu bilik air.

“Ana!” aku hampir jerit bila lihat dia sedang duduk silang panggung di atas kerusi di hujung
bilik. Aku cuba selindungkan resah di muka.

“Sorry.. masuk tak kasi tahu…”


Celaka! Nasib baik aku memang sudah memikirkan untuk menyarung baju mandi dalam bilik air
tadi. Kalau tidak memang percuma tubuh aku di lihat Ana. Aku tak sedar bila masa dia masuk. Ah! Pintu bilik pun aku lupa nak tutup.

“I bosan tunggu bawah seorang…” Ana dengan suara manjanya. Beg tangan dia letakkan di atas
meja.

“E’zham?”


“Dia kalau mandi plus bersiap, boleh tengok Kuch Kuch Hota Hai satu movie habis tau…” Lucu
ayat dia. apalagi lihat lagak Ana yang memang adakalanya kelakar. Aku tertawa perlahan.

Aku duduk di atas katil menghadap Ana yang sedari tadi memang melihat aku. Baju pijamas
yang tersarung pada tubuh, aku betulkan biar selesa. Apalagi di depan gadis rupawan yang mengejutkan aku tengah hari begini.

“Hows your day?” Ana mulakan perbualan.


“Pretty cool. Banyak benda yang I kena buat…”


“Yeah.. Biasalah tu. Baru pindah. Im happy you tinggal dengan Zham.. Like I said, dia tak lah
sunyi sangat…”

“You jarang datang sini ke?” aku tanya berbasa basi.


“Bukanlah jarang datang tapi Zham jarang ajak I datang rumah dia ni…”


“Weird..” aku kerutkan kening.


“Kenapa? You ingat I special dia, so I boleh datang suka‐suka hati? He’s not like that. I selalu
blur. Mula‐mula memang geram juga tapi dah lama, I understud perangai dia. Jangankan I, all his friend pun rasanya kurang dari lima orang pernah jejak rumah dia. tu pun baru sampai pintu masuk luar. That’s why I was wondering how special you are.. haha!” Ana gelak besar di hujung. Aku gelak lagi. Mungkin dia bergurau.

“Betul?”


Ana anggukkan kepala. Dia betulkan simpuh.
Diam sekejap. Angin luar sekejap‐sekejap masuk. Membuai sedikit langsir yang tergantung. Aku kekok. Sekejap sekejap mata aku curi pandang pada Ana. Mata dia asyik pada telefon bimbit pula. Entah apa yang ditaipnya; laju. Rambut perang, tebal dan ikal mewah lepas bahu menarik perhatian aku. Dress labuh terbuka bahagian atas yang Ana pakai hari itu paling menggoda. Bukanlah dia tak pernah sehebat itu tapi tak tertahan juga apalagi sedang berdua.

“Alamak!” Ana.


“Kenapa?!” aku tersentak sedikit.


“Hehe.. tak ada apa.. I tahu you tengok I..” Ana menjeling.

Aku senyum tunduk lantai. Rambut
yang jatuh menutup mata, aku sikat guna jari ke belakang.

“I nak pakai baju…” aku bangun; memberi isyarat untuk Ana keluar.


“Ok..” dia tak bangun tapi masih pada telefon.


Gila!


“Erm.. shall you..” aku tanya lagi.


“Pardon?” Ana memandang aku. Aku memandang pintu. Beri signal yang kedua.


“Ouh.. ok…” Ana bangun. Aku senyum menghela nafas. Tapi dia tak terus keluar; terhenti di
hadapan aku. Suaranya kecil.

“Jangan nakal‐nakal..” hujung jemari dia menyentuh dada aku yang ditutup pijama. Aku tak
bantah apalagi lima jemari halus di tangan yang lagi satu; perlahan‐lahan merayap ke tali yang tersimpul di bahagian tengah pusat. Aku nampak mata Ana tepat pada dada aku. Terasa sedikit geli bila dada aku di usap begitu. Aku telan air liur.

“Zham tak tahu tentang kita kan, Han?” Ana berbisik, matanya menjeling.


“Kita tak buat apa‐apa…” aku balas perlahan.


“Will do something sooner…” ayat Ana berani. Aku tarik nafas lagi. Jantung degup kencang bila
aku terasa hujung tali yang mengikat pijamas aku semakin longgar. Aku tutup mata. Tangan halus Ana Aku pegang. Bukan kuat tapi sedikit tegas. Ana pandang tak mengelip mata.

“You better go…” aku cuba sebaik mungkin untuk mengertikan dia pada ayat itu. Ana diam.
Tangan dia yang aku gengang tergerak minta dilepaskan. Aku buka.

“Im sorry..” Ana tunduk, bukan ke bawah tapi anak mata dia berlari.


“No.. I…”


Aku dan dia bertentang mata. Aku keghairahan memandang bibir merah jambu Ana yang
basah. Aku pejam mata bila dia makin mendekatkan bibir dia pada aku.

"I should go.. sebelum E’zham datang…”


Aku buka mata. Ana capai beg tangan di atas meja lantas jalan cepat‐cepat keluar dari bilik. Aku
terdiam, terpana dan terbata tentang apa yang hampir berlaku baru sekejap tadi. Apa ini mimpi? Aku terduduk. Menyeka rambut.

Ana! Arhh! Hati aku menjerit.

Wednesday, November 26, 2008

pernikahan sulit [ part 7 ]



Dah jenuh dua tangan aku melipat baju‐baju sebelum aku susun cantik‐cantik dalam beg bagasi sederhana besar ini. Mujur buku‐buku dan yang lain‐lainnya aku sudah selesaikan sedikit‐sedikit sebelum ini. Tinggal beberapa perkara saja yang aku masih perlu perhatikan.


Aku mengeliat sekejap seraya rebahkan tubuh atas tilam empuk. Pejam mataku tapi pemikiran
berombak memikirkan perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Aku benar‐benar berharap kalau‐kalau keputusan aku untuk pindah ke rumah E’zham adalah keputusan yang baik. Sekurangnya aku ada teman di kota besar ini.


Aku jadi berdebar bila teringatkan Ana. Si jelita itu makin rajin melayan aku sekarang. Kadangkadang
naik seram kalau baca mesej nakal yang selalu dihantar dia. Tapi aku layankan saja. Siapa yang tak mahu didekati Ana. Makin aku tambah seram kalau teringatkan si E’zham yang makin nakal kebelakangan ini. Entah apa mimpi dia ni, gila dia makin menjadi‐jadi. Aku jadi selalu kaget kalau berdua dengan dia. Ada sesuatu yang aku tak tahu tentang dua manusia ini. Aku tersenyum sekejap. Lucu kalau aku fikirkan.


Sebentar aku teringatkan ibu. Entah apa yang dia buat sekarang. Rindu aku pada ibu yang aku
tinggalkan sejak 6 bulan lalu di rumah. Seorang dia dengan adik bongsu aku. Aku mengelamun terus. Satu‐satu raut muka singgah. Aku jadi pening. Kenapa ni? Aku gosok mata. Tapi seketika air mata bergenang. Ya aku rindukan rumah; rindukan ibu sebenarnya.


“Rindu siapa?” aku tiba‐tiba disergah dengan soalan. Aku pandang pantas lalu tersenyum
sedikit. Cuba sedut‐sedut air mata masuk ke dalam kelopak. Mana mungkin berjaya. Lantas setitik jatuh di pipi.


“Ibu..” aku jawab pendek. Ibu Ngah tersenyum. Dia faham barangkali. Anaknya yang ke dua
juga berada jauh di Copenhagen.


“Susah kalau jauh dengan orang yang kita sayang…” tiba‐tiba Ibu Ngah bernada klise.



“Dah lama saya tak jumpa ibu. Rindu… jarang saya ingatkan dia akhir‐akhir ni…” Aku cuba
masuk ke ruang ayat dia. Sekali sekala mungkin boleh juga.


“Ya, tahu.. ibu kamu kuat…” Ibu Ngah tenangkan aku. Aku diam tengok Ibu Ngah duduk di
sebelah aku. Tangan tuanya di usap perlahan di atas kepala. Lambat‐lambat. Bagai anak kecil, aku diperlakunya. Aku makin tidak tertahan. Kepalaku tunduk ke lantai. Masih keras melawan sedih.


“Kamu juga kuat…”


Aku tergelak. Tak jadi air mata aku keluar. Ibu Ngah senyum.

“Jadi pindah juga?” tanya dia ubah simpang cerita.
Aku tak jawab tapi menoleh ke arah bagasi besar yang ternganga di belakang. Ya, Ibu Ngah pasti tahu jawapannya.

“Nanti dah pindah sana, kalau ada masa jangan lupa datang sini…” pesan Ibu Ngah. Aku
tersengih‐sengih. Memang aku rasa bertuah ada Ibu Ngah. Rasanya dialah mak saudara yang paling memahami aku.

Lagu Give It To You; Sean Paul mengejutkan aku. Aku capai bimbit di sebelah.
‐ Han, I’m on my way to fetch you. Another 20 mnts I’ll reach there. Heavy raining here…



“E’zham dah dekat sampai…”



“Dia amik kamu malam ni?”



“A’ah.. esok cuti, lusa saya dah ada presentation. Esok boleh rehat sikit kat rumah. Tak
rushing…” aku terangkan. Ibu Ngah diam. Ada senyuman sedikit dihujungnya.


“Nanti dah pindah sana, jangan buat‐buat lupa datang sini balik..” aku tergelak sedikit bila
dengar ayat Ibu Ngah. Macam merajuk bunyinya.


“Tak lah… kalau ada masa, Han singgah datang… terima kasih sebab kasi Han tinggal sini for this
few month…”


Ibu Ngah tak jawab. Dua tiga saat kemudian dia keluar dari bilik. Aku diamkan saja. Aku tarik
nafas dalam‐dalam. Aku kemaskan lagi barang‐barang aku. Semuanya perlu diselesaikan sebelum E’zham sampai beberapa minit lagi.


Hujan yang tadinya sedikit lebat makin menggerimis. Kurang 45 minit perjalanan, Lotus Exige kegemaran E’zham mecemar duli memberhentikan enjinnya di laman luas rumah dia. Mujur aku minta E’zham datang waktu begini; tak terlalu letih sangat kalau bekerja dengan cuaca di waktu malam.


“Kalau tak larat nak angkat semua, You ambil yang basic je dulu, others kita amik esok…”
E’zham berikan idea. Tangan dia sibuk membuka pintu rumah.


“Alah, barang I tak banyak sangat… habiskan hari ni je.. esok I nak rest” aku menjawab. E’zham
senyum sedikit. Dua keningnya terangkat setuju. Aku angkat dua beg besar yang paling perlu. Yang lain aku simpan dulu di kereta.


“Welcome to the heaven..” E’zham mendepa tangan. Aku tersengih‐sengih gelengkan kepala.
E’zham tak temankan aku naik ke atas, aku nampak dia keluar ke kereta tapi tak tahu untuk apa. Beg besar aku letak kemas‐kemas di sebelah wardrobe. Sebentar lagi akan aku kemaskan. Aku tak lengah‐lengah hempaskan tubuh aku ke atas katil. Pejam mataku. Aku tarik nafas dalamdalam. Terhela nafas puas bercampur lega.


“Syoknya…” aku buka mata. E’zham di hujung pintu bilik dengan sebuah beg besar & beg portfolio lukisan aku. Aku senyum sedikit, tangan kiri aku menongkat kepala pandang dia.


“Thanks tolong angkatkan barang…” aku ucap saat E’zham letakkan barang di sebelah dua beg
besar. Kemudian dia labuhkan punggung di hujung kaki aku.

“I should say thanks to you…”


“Why?” aku tanya seraya duduk bersila. Sedikit jauh dari E’zham.


“Wanna stay with me…” Aku nampak E’zham senyum lagi. Manis di hujung. Mata dia berbunga.
Aku angkat kening. E’zham geleng kepala.

"Tak lah bosan I duduk rumah besar seorang.."



"Tu lah.. kahwin dengan Ana cepat‐cepat.." aku bernada gurau.
Kami tergelak besar.
Aku bangun hampirkan tubuh di jendela. Langsir labuh bergerak‐gerak.


“Lega hati I dah pindah dari sana…” aku cakap tenang.



“Kenapa?”



“Tak nak bebankan family my auntie.. shes done lot 2 me..” aku berhenti ambil nafas sebelum
sambung,

“And thanks to you too..”


“Why me?” E’zham tanya


“Beri I tempat tinggal sebagus ni..”


E’zham bangun dari dudukkannya, mendekati dan berdiri di sebelah aku. Aku jelling sekejap.
Nampak matanya tercampak ke luar. Lama aku perhatikan dia tapi kemudian mata dia sangkut ke mata aku. Aku angkat kening. E’zham tajamkan pandangan dia. Aku jadi kaget. Anak mata aku berlari‐lari bila lihat dia betul-betul dekatkan diri dengan aku.


"Kalau you nak lebih pun i boleh bagi.." E'zham keluarkan ayat beraninya. Aku tak senyum tapi
membalas pelukan mata dia; kemas.


"Apa yang lebih you boleh bagi?" aku menduga. E'zham tajamkan pandangan dia. Aduh! Kali ini
aku memang tak mampu lepas. Rebah rasanya memandang mata lelaki kacak ini.


“Jangan pandang I macam tu Zham.. bahaya…” suara aku separuh berbisik. E’zham senyum tapi
kali ini senyuman penuh godaan.

"Apa yang you nak?" E'zham tanya aku semula.

Ketawa aku dengar soalan itu.

"Dah lah..." mata aku singgah jam di atas meja katil; 11.45
malam.

"Its already late. Kesian you, must be tired.. pergi rest lah..." suruh aku. Dua keningnya
terangkat.

"Ok.." E'zham menjawab. Tapi haluannya bukan ke pintu keluar; ke bilik air yang ada di sebelah
wardrobe. Aku jadi hairan. Tapi aku biarkan. Aku dengar bunyi air merembes di sinki, aku biarkan lagi. masih teruskan niat aku mahu kemaskan baju. Lima minit tak sampai, E'zham keluar.

Selamba dia keluar dari bilik air tanpa baju tapi ada bermuda pendek bawah pusat. Tertelan air
liur aku melihat susuk tubuh E'zham. Bukan sasa tapi menarik. Bukan putih tapi bersih. Aku pandang dia tapi tak bertanya apa‐apa.

"Sorry, pinjam bilik air..." aku senyum sedikit, membiarkan. Tapi kemudian E'zham lompat naik
ke atas katil.

"Jom..."



"Apa?"



"Jom tidur.. you kata tadi nak tidur?" E'zham tanya sinis.



"You?" aku kerutkan dahi.



"Why? i tak boleh tidur sini?"



"I?" aku tanya.



"Katil ni kan besar... Jom... jom lah.." suara E'zham manja.

Aku garu pipi yang tidak gatal. Aduh!
Gila lelaki ini. Tak kan aku nak tidur dengan dia.


"Kereta you dah kunci ke?" aku tanya soalan bodoh.



"Dah.."



"Pintu?"



"Dah..."



"Lampu?"



"Dah... semua I dah kunci.. Lampu pun dah tutup... lampu bilik you ni tak tutup‐tutup lagi..
tutup dulu..."


Palp! Lampu terpadam. Cahaya yang datang sedikit dari luar menampakkan aku pada Ezham
yang sedang memeluk bantal. Mujur aku memang sudah mengantuk, justeru dengan rasa sedikit segan aku naik ke atas katil dan baring membelakangkan dia. Saat aku sorongkan bantal di kepala, E'zham bersuara, nadanya perlahan.


"Good night, Han..."


Aku diam.


"Kalau sejuk, peluk I..."


Aku tersenyum dengar ayat dia. Memang gatal budak ni.

Tuesday, November 25, 2008

pernikahan sulit [ part 6 ]


"Dah lama ke you kat sini?" E'zham bertanya memandang aku dengan muka serius Justify Full
"We baru je sampai.." Ana menjawap soalan itu bagi pihak aku serasanya. Mata aku sekejap-sekejap
memandang Ana kemudian teralih pada E'zham.

"I tunggu you kat rumah.." nada suara E'zham sedikit mendatar pada Ana.

"I thoght memang nak terus ke rumah u but than i terserempak dengan Han. I ajak singgah balik
kejap dari kolej tadi. Rimas tak tukar baju dari pagi tadi.." Ana membuat muka. Manja memandang E'zham. Kemudian Ana mendekati E'zham seraya merangkul lengannya.

“Sorry lah sayang..." Ana memujuk lagi.


“Tak sangka pula Han ada sekali…” E’zham memandang aku yang teragak‐agak mahu
menjawab. Entah jawapan apa yang paling sesuai untuk diberikan pada E’zham. Tapi aku kaget sungguh bila sekejap itu E’zham tersenyum memandang aku. Hati aku yang tadinya berdebar jadi sedikit tenang.

“Erm.. you tunggu sekejap, I siap..” Ana sambung lagi ayatnya.


“Its ok. You stay rumah ja. Biar I pergi dengan Han. I nak kene tunjukkan bilik yang dia nak
sewakan tu…” E’zham member idea. Aku jadi lagi berdebar. Tapi masih terpacak melihat dua manusia di hadapan aku.

“Ala.. I nak ikut…” Ana bergaya manja. Sekejap itu E’zham mendekati Ana kemudian
mendekatkan bibirnya pada telinga Ana. Berbisik sesuatu. Aku palingkan muka memandang ke arah lain. Entah apa isinya aku tak pasti.

“Ok.. I stay here..” tiba‐tiba Ana memutuskan.


“Hurm?” aku bertanya kurang mengerti.


“I stay here. You pergi dengan E’zham ja la ok. Besides I memang letih sangat hari ni..”


Aku tak menjawab. Tersenyum dan kemudian memandang E’zham.

“Shall we?” E’zham bertanya.


“Yes..” aku menjawab sebelum menyambung; “

Sekejap I pergi ambil hand phone…”


Mata aku berpaksi pada pokok‐pokok besar dan kecil berlari‐lari ke belakang. Selesa bersandar di kereta mewah dipandu E’zham. Seperti biasa, aku memang tak banyak bercakap kalau berdua dengan lelaki ini. Lebih selesa kalau dia yang memulakan perbualan.

"I dah dua bulan kenal dengan you..." E'zham tiba‐tiba bersuara.


"And?" aku tanya.


"And you still the same..."


"Mean what?" Aku tanya bingung.


"Yeah, still the same. Pendiam, tak suka bercakap...”


Aku gelak sedikit.


“You nak I banyak cakap ke?”


“Yes..”


“I hanya banyak cakap dengan orang yang mahu bercakap dengan I..”


“I am the person” E’zham mengerling sekejap kepada aku.


“Kenapa you tak datang tadi?” aku mula bertanya.


“Semalam I balik rumah my parent nak ambil barang. Than we had dinner dekat Hilton. I
semalam tak larat nak balik so stay sana je. Thought pagi boleh terus ke kolej. Sekali terlajak sampai pukul 1 petang tadi. Haha!” E’zham gelak sedikit keras. Aku terikut sama tapi perlahan. Sekadar menyambung.

“I cari you pagi tadi sebab you cakap semalam nak bawa I pergi tengok rumah you..”

“Yeah.. I tahu tu. Sebab tu I terus ke college tadi. Sara said you ikut Ana…”


“Sorry..” aku bernada perlahan.

“Why?”


“Ikut your Ana balik..”


“Aik? Lain macam je bunyi?”


Aku sedikit kaget. Takut‐takut kalau dia syak sesuatu pada aku. Habislah!


“No… its ok. I dah biasa tengok Ana bawa lelaki balik. I mean kawan kolej..”


“Ouh.. tapi I tengok you macam marah dekat I je just now..”

“I tak marah lah.. I cemburu..”


“Dengan Ana?”

“Tak.. dengan you…” aku telan air liur. Jantung aku jadi berdebar tiba‐tiba. Aku pandang wajah
E’zham yang kebetulan memandang aku dengan senyuman di bibir. Aku agak gamam tapi aku mengangkat dua kening aku. Antara sedar dan tidak, E’zham sudah membelokkan keretanya memasukki kawasan kediaman elit di Subang. Kali ini aku terpana lagi melihat suasana yang agak tenang dengan deretan rumah yang mewah. Mata aku tak tentu arah.

“You tinggal kat area sini?”


E’zham tak jawab tapi anggukkan kepala. Entah jalan mana yang di bawa, aku pun tidak
mengerti. Pertama kali melalui pastinya rasa agak janggal. Seketika itu dia memberhentikan keretanya di sebuah rumah yang terletak di bahagian paling hujung.

“Ok.. kita dah sampai” aku dengar suara E’zham tapi mata aku memandang ke luar.
Aku tanggalkan safety belt aku sebelum keluar dari pintu kereta. Aku tak cakap banyak, terus membontoti E’zham masuk ke dalam rumah yang tersergam besar. Pertama kali aku jejakkan kaki, hanya satu persoalan yang aku tanya pada diri aku;

Agak‐agaknya, berapa duit sewa yang aku perlu bayar untuk tinggal di rumah sebagus ini?
Mampukah aku yang hanya mengharapkan duit keluarga? Ikat perutlah aku berbulan‐bulan.

“Kenapa?” tanya E’zham tiba‐tiba. Aku senyum dan geleng kepala. Mungkin dia sedar muka aku
sedang resah. Menjejakkan kaki ke dalam rumah ini merupakan suatu yang indah. Apa tidaknya, buka sahaja pintu, ketengangn sudah terasa bila rona dinding berwarna putih krim memenuhi seluruh ruang. Perabot yang tidak sarat tapi tersusun. Aroma segar aku hirup sedalamnya.

“Cool..” sepatah ucapan aku keluar dari bibir. E’zham senyum sedikit.

“Mari I tunjukkan bilik you…”

Aku menuruti dia menuju ke tingkat atas. Aku perhatikan kepingan gambar E’zham yang
terlekat di sepanjang dinding tangga. Kacak semuanya.

“I tak tahu you model?” aku bertanya.


“Alah.. lama… dulu I memang aktif join modelling.. since I was 17 tapi sekarang dah slow sikit…”


aku tak menjawab penerangan E’zham. Tiba di tingkat 2, mata aku tertampar lagi dengan
keadaannya. Langsir labuh warna merah darah tergantung di hujung ruang. Di tepi sudut terletak sebatang pokok tinggi. Hijau dan tenang. Ada set kerusi rotan sederharhana di susun di beberapa bahagian. Dan ada hamparan tikar getah mengkuang bercorak kontemporari.

“I macam tak percaya je you tinggal seorang…”


“Why?”


“Rumah macam orang dah kahwin..” E’zham tergelak mendengar ayat aku.


“Siapalah yang nak kahwin dengan I…” Dia berseloroh. Aku ketawa sekejap tapi mata masih
menghadap ruang tamu. Aku nampak E’zham membuka pintu sebuah bilik.

“Ini bilik you...”


Aku menoleh melihat ke arah pintu yang ditujukan pada aku. Aku masuk menuju ke dalamnya.
Sederhana tapi kemas. Lengkap biliknya. Aku melihat sekeliling seraya labuhkan punggung di hujung katil dan berkata.

“Bagus…”


“Deal?” tanya E’zham.


Aku memandang E’zham yang menjungkitkan dua keningnya berkali‐kali. Aku bangun
melangkah ke hujung jendela. Aku tarik sedikit hujung kain, menyelak memandang ke luar.

“How?” E’zham tanya lagi sambil berjalan pelan‐pelan.


“I tak rasa I mampu nak bayar sewa bilik sebagus ni..”


“Siapa cakap you kena bayar?”


Aku palingkan muka memandang E’zham yang sudah berada di belakang aku. Aku cuba untuk
fahamkan apa isi makna ayat yang dia katakan kejap tadi. Cuma aku perlu penjelasan.

“I hanya perlukan teman untuk tinggal di rumah dengan i… dan ia tak memerlukan bayaran…
hanya temankan i…”

Meremang roma aku dengar patah kata E’zham. Walaupun tersirat tapi aku faham benar
makna tersurat itu. Bibir aku bergetar. Mata aku terikat dengan mata E’zham. Apa benar lelaki ini sedang melakukan ini pada aku?

“So.. bila you nak stay dengan I, Han…?”


E’zham tanya buat kali ketiga dan aku masih kaku untuk kesekian kalinya.
Aku terpana… Gila lelaki ini!

Monday, November 24, 2008

pernikahan sulit [ part 5 ]


Aku masih sedikit kaku bila Ana belum melepaskan rangkulannya. Dia lama diam memeluk aku yang serasanya seperti merelakan. Tipu kalau tidak merelakan. Tanya siapapun, siapa yang mahu melepaskan peluang dipeluk wanita seanggun Ana. Siapa?


Cuma aku tetap tidak selesa. Takut sesuatu yang tidak enak berlaku, aku yang akan dipersalahkan. Tapi aku seperti dikunci. Tak mampu berbuat apa‐apa selain membiarkan Ana tetap menjuraikan air matanya di dada aku. Sebelah tangan aku merangkul pinggang dan sebelah lagi mengusap rambut ikal Ana yang jatuh lepas. Entah apa yang perlu aku rasa. Rasa kasihan pun untuk apa? Aku tidak tahu pucuk pangkalnya kenapa perempuan ini tiba‐tiba jadi begini.


“Syyy.. you tak boleh terus nangis macam ni.. jangan buat I rasa serba salah…” nada aku kedengaran berbisik. Masih mahu memujuk.


Sekejap itu, perlahan‐perlahan Ana melepaskan pelukkannya. Mukanya tunduk ke bawah; tidak memandang aku tapi esakkan masih kedengaran walaupun sudah tidak sehebat tadi.


“Im sorry…” Ana bersuara perlahan

“No.. im ok.. tapi you jangan nangis macam tu.. you buat I terkejut. I tak biasa…”

Ana tak pandang muka aku. Dia alihkan tubuhnya sekejap ke pemandangan luar. Matanya dia lempar jauh. Tangan memeluk tubuh. Aku masih kaku berdiri di tempat yang sama dengan perasaan yang berbeza‐beza. Entah apa yang perlu aku buat sekarang.


“Kenapa dengan Zham?” aku bertanya selepas lihat Ana terus berdiam. Ana tak menjawab segera. Dia seperti memikirkan sesuatu sebelum menemukan jawapan terbaik. Mungkin perlu menjaga nama baik manusia yang dia cintai.


“I tak tahu kenapa, tapi sometimes I rasa bosan dengan perangai dia yang selalu tak faham I…”


“Tak faham macam mana?” aku tanya lagi.


“Dia seperti simpan rahsia dari i…”


“Rahsia apa?”


“Manalah I tahu..”


“Tapi I tengok you dengan dia bagus ja…”


“Apa yang you nampak tak sama dengan apa yang I rasa… I tak cakap Zham jahat tapi I need perhatian dari orang yang I sayang”


“Kenapa you beritahu I pasal benda ni?”


Ana diam. Dia tarik nafas dalam‐dalam. Kemudian dia menoleh. Matanya tepat ke arah aku. aku jadi bimbang tapi membalas pandangan itu dengan kemas. Aku kerutkan dahi.


“Dengan siapa lagi, Han… tapi sorry I kasi tahu dekat you…”


Ana menjawab dengan begitu emosi. Suaranya tersekat‐sekat. Jawapannya misteri. Aku seperti mahu tahu apa rahsia hati perempuan ini yang mahu meluahkan sesuatu tapi aku tak pandai
bertanya. Sekejap itu, Ana kesat air mata dan ada senyuman di bibirnya.


“I buruk kalau menangis kan? Buat malu je..” ada nada ketawa di hujung ayat.


Aku tersenyum menggelengkan kepala sedikit.


“Zham cakap you nak pindah rumah dia?” Ana lari topik jauh. Tapi aku rasa sedikit selesa. Sekurangnya aku bersedia dengan jawapan yang ini dari soal emosi Ana tadi. Sungguh aku jadi
keras.


“Ya. Dah lama dah dia tanyakan I tentang tu. I tak selesa tinggal dengan my untie. Segan dengan anak‐anak dia. So I decide untuk pindah rumah…”


“Ya.. Zham pun tinggal seorang, at least dia tinggal seorang… I tak dapat bayangkan dia tahan tinggal rumah besar macam tu seorang. Tapi I pun tinggal seorang juga kan?” Aku senyum
dengar perkataan Ana.


“You lagi hebat…” aku memuji


“Haha! Yes, of course…” Ana ketawa.


Mata aku terpaku dengan ketawa Ana. Benar bibirnya memukau aku. seluruh pandangan aku lekat pada dia. Rambut panjang mengurai milik Ana terbang‐terbang. Aduh! Memperkosa hati aku.


“You jangan main mata dengan I, Han..” aku tersedar dengan ayat itu seraya mengalihkan pandangan. Jadi malu aku.


“Sorry..” aku cakap perlahan.


Tiba‐tiba suasana kaku. Angin yang jadi penyambung bualan.


“I naik kejap, tukar baju.. nanti kita gerak rumah Zham sama, ok…”


Aku anggukkan kepala memandang Ana yang senyum lagi pada aku. Senyuman yang sedikit lain. Matanya terikat dengan mata aku sekejap tapi aku leraikan secepat mungkin. Tak mahu Ana tahu aku sedang perhatikan dia. Ana berjalan menuju ke tangga atas. Mata aku mengizinkan tubuhnya hilang dari pandangan mata aku. Aku tarik nafas dalam‐dalam lantas melabuhkan punggung di atas sofa yang jadi tempat duduk aku awal tadi.


Mata aku mengelamun jauh memikirkan apa yang telah terjadi baru sekejap tadi. Seperti sesuatu yang aneh. Aku begitu terkejut tapi tak tahu apa benar aku telah mengalaminya. Bayangkan aku berada di sebuah rumah mewah bersama seorang gadih cantik kepunyaan sahabat sendiri yang kemudiannya memeluk tubuh aku dengan masa yang lama. Aduh!Sungguh aku begitu asing dengan perangai gadis kota seperti dia.


Aku pejam mata dan tarik nafas dalam‐dalam lagi. terkadang senyum sendiri. Bunyi loceng rumah mengejutkan aku dari lamunan. Mata aku bulat besar. Darah gemuruh tiba-tiba muncul. Tambah kaget bila bunyi itu ditekan berulang‐ulang.


“Han, bukakan pintu!” aku dengar suara Ana menjerit dari atas. Aku antara mahu dan tidak untuk berdiri. Dengan rasa berdebar aku langkah menuju ke pintu utama yang tertutup rapat. Entah siapa yang mahu ‘menerjah’ kami di waktu petang begini. Aku pejam mata saat sampai ke depan pintu. Loceng masih dibunyikan buatkan aku jadi seram.


Aku pegang tombol pintu, memulas dan membukanya Setubuh sasa terpacak depan aku. aku antara hendak senyum dan tidak tapi sangat terkejut.


“Zham!” nadaku separuh kuat

“Han?” E’zham kerutkan kening.

Bibir aku terketar memandang tepat muka E’zham yang sedang didepan mata.

“Siapa Han?” Ana muncul di belakang aku dengan baju singlet nipis. Aku jadi lagi terkejut. Kenapa perempuan ni pakai macam ni di waktu‐waktu begini?!

Muka E’zham berubah habis. Aku jadi gigil. Entah apa yang harus aku jawab pada E’zham. Apalagi melihat Ana dengan berpakaian begitu bersama aku. Aku pandang wajah Ana kemudian patah pada E’zham yang sekejap itu memandang Ana dan selepas itu memandang aku semula.


“Zham.. aku.. aku..”

“Han! You buat apa dengan Ana?”

Aku telan air liur.

Friday, November 21, 2008

pernikahan sulit [ part 4 ]



Mata aku sekejap‐sekejap terlempar ke tepi. Sekejap‐sekejap terlempar ke depan. Sekejap‐ sekejap memandang bawah. Sekejap‐sekejap bermain dengan telefon bimbit walaupun tiada mesej masuk. Pokoknya setiap detik yang aku lalui sepanjang perjalanan ke rumah Ana adalaha tidak selesa. Tidak selesa kerana ini pertama kali menaiki kereta Ana. Tidak selesa berdua dalam kereta bersama temanita E’zham. Apalagi disuruh perempuan itu untuk menemani dia ke rumah. Ikut aku, mahu terus ke rumah E’zham. Mujur aku tidak tahu sangat jalan ke rumahnya. Justeru aku memang terpaksa membontoti Ana ke sana. Apatah lagi aku memang mahu ketemu si E’zham

“Betul kata Zham..”

“Huh?” Aku bingung.

“Betul kata Zham tentang you pada I..”

“Apa dia?” aku makin dibingungkan

“You pendiam..”

Aku pecah ketawa. Sedikit perlahan kemudian. Agak lucu bila si Ana kata begitu. Dia tersenyum panjang. Mungkin lucu bila lihat aku ketawa.

“I memang dilahirkan sebagai seorang yang pendiam”

“Why? I ingat you jenis banyak cakap…”

“Muka I muka banyak cakap ke?”

“No wonder…”

“Sory?”

“No wonder la lelaki handsome macam you memang selalu diam. Jaga status..”

Aku gelak lagi. Kali ni lebih perlahan. Bukan tidak biasa dengan usikkan itu tapi agak lucu bila si Ana yang berkata.

“Siapalah I nak dibandingkan dengan Zham…”

“You more sexy, Han…”

Aku terdiam memandang wajah Ana. Sekejap itu Ana mengerling kea rah aku dengan mata menggoda. Aku tersentak seraya pandang ke arah lain. Jantung aku berdebar‐debar.

“Pandai je you...” kataku berlagak biasa.

Aku lemparkan semula pandangan aku ke luar. Walaupun hati aku masih sedikit gementar dengan renungan tadi. Siapa tak terpesona dengan mata gadis jelita secanti Ana ini. Bodohlah kalau seorang lelaki melepaskan dia. Beruntunglah E’zham sebetulnya.

“Agak‐agak you, kenapa dia tak datang kolej?” Ana pecah kesunyian. Kejutkan aku dari terusan berangan.

“No idea. Pagi tadi I ada kol dia tapi off. I ingat you dengan dia. So I tak kacau…” aku mejawab.

“And I pula fakir da dengan you…”

Aku tak menjawab kali ini. aku biarkah Ana memandu kereta dia melalui jalan yang aku tidak ketahui. Yang pastinya jalan menuju rumah dia. Aku dibawa masuk ke sebuah kawasan elit di ibu kota. Memang tempat elit. Lot‐lot banglo tersergam indah di sepanjang jalan. Ana membawa kereta menaiki bukit. Kurang lima minit kemudian Ana berhenti di depan sebuah rumah mewah. Banglo tiga tingkat. Pagarnya tinggi.

“Ini rumah you?” tanya aku sambil memandang Ana. Ana tak menjawab tapi dia senyum.

“Mari…” Ana mengajak

“Erm.. no thanks.. I tunggu luar je…” Aku menolak

“Come on… masuk la dulu. I tukar baju lama tau…” Ana memujuk

“Prefer stay here…”

“Marilah Han.. nanti you bosan tunggu I” Ana cuba lagi

“Tak apa.. I boleh tunggu…” aku masih cuba menolak. Hati aku tak usah ditanya. Memang sedang berdebar.

Ana diam sekejap. Dia bersandar sekejap. Ada helahan nafas perlahan di hujungnya. Mungkin malas mahu melayan aku yang keras mahu menunggu di sini. Tapi sedetik kemudian Ana bergerak. Mukanya memandang aku.

“Marilah, Han. Tak ada orang kat rumah… I seorang. Kita minum sekejap…”

Aku tertelan air liur. Mata tepat pada Ana yang tepat memandang aku. ke dua keningnya di angkat. Alis mata yang hujungnya tirus bergerak‐gerak. Aku sebetulnya tidak memikirkan apa-apa sehinggalah Ana memandang aku dengan cara yang paling aku tidak tahan. Matanya memandang aku ke atas bawah. Aku tak sedar Ana mahu memandang aku begitu. Tapi aku tak memutuskan untuk piker lama lantas aku anggukkan kepala seraya layangkan senyuman sedikit pada Ana. Aku harap tidak berlaku apa‐apa nanti. Ana sudah keluar. Aku tanggalkan safety belt sebelum membuka pintu kereta. Tapi dalam hati ada debaran.

Mata aku terpacak pada laman luar rumah yang begitu indah. Sebelah sana ada sudut taman. Aku tidak jelas tapi aku dengar bunyi air menghempas jatuh ke batu. Air terjun mini barangkali. Aku dengar‐dengar sahaja sambil mata aku mengerling kepada Ana yang sedang menyusun sesuatu di rak luar. Ana mengeluarkan kunci dari beg tangannya seraya membuka pintu kayu. Besar dan mewah.

“Masuklah Han…” Ana mengajak dengan senyuman. Aku membalas tanpa berkata; ya. Kasut hitam yang menjadi tempat kaki aku beralas, aku buka dan aku letakkan di tepi. Aku langkah masuk ke rumah Ana dengan hati yang pebuh debaran. Debaran kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah sebesar ini. Debaran menjadi lelaki yang menemankan perempuan. Aku begitu asing. Persetankan orang kota mahu cakap apa tapi aku memang tidak biasa berdua dengan mana‐mana wanita. Kaku. Mujur Ana lincah.

Aku terkesima.

Ruang tamu mewah yang mempersona. Latar dinding putih adunan hijau pucuk pisang cair begitu mengasyikkan. Perabut moden kotemporari terhias di ruang utama. Nampak teratur dan penuh gaya.

“Duduk dulu, Han.. I buatkan air sekejap…”

“Na, its ok. Tak perlu susah‐susah. Kita pun sekejap je kan…” aku melihat Ana.

“Duduklah dulu… kan penat dari kampus tadi… awal lagi ni…”

“But…”

“No excuse… you duduk rest dulu. Im sure you pretty tired, right” Ana memotong ayat aku.

Aku senyum anggukkan kepala mengiyakan. Memang letih sejak dari pagi tadi habiskan masa depan komputer dan buku sketch. Aku ambil keputusan untuk duduk‐duduk sekejap di sini. Aku labuhkan punggung di atas kerusi utama set sofa putih yang menjadi ‘tuan’ ruang itu. Selesa sekali. Apalagi kalau memang di waktu letih dinihari begini. Tambah tenang bila angina yang datang dari luar rumah masuk ikut pintu sliding yang dibuka luas. Sepoi‐sepoi sang bahasa. Aku ambil kesempatan menyandar di kerusi. Menutup mata, menarik nafas dalam‐dalam dan sekejap itu menghela lega.

“Ni airnya, minumlah dulu…”

Aku buka mata saat Ana berdiri; berada di hadapan aku dengan tangan menghulurkan segelas air. Aku sedikit terkejut dengan lagak Ana tapi tenang mengambil gelas dari tangan Ana.

“Kan I dah cakap tak payah susah‐susah…” kataku berbudi bahasa

“Alaah! I tahu you haus... apalah sangat…” Ana cakap sambil sekejap itu dia labuhkan punggung di kerusi ‘single’ di hadapan aku. Aku jamah sedikit air oren sejuk di gelas yang tangan kanan aku pegang. Segar!

“Family you mana?” tanyaku berbasa basi

“Eh, you tak tahu ya?” Ana bertanya lagi.

“You tak pernah cerita…” Ana ketawa kecil dengar ayat aku. Aku tak tahu mana lucunya tapi aku ikut ketawa sama.

“My family semua dekat Singapore…”

“You?”

“I seorang stay sini. Study..”

“You Singaporean?”

“Tak.. I memang orang sini. My mum Singaporean. Dulu dia tinggal sini. Tapi since my dad meninggal last couple of years, my mum decide stay sana…” cerita Ana dengan sedikit senyuman di bibir. Matanya sekejap‐sekejap memandang di kejauhan.

“Tak takut tinggal seorang?” Aku tanya lagi.

Seketika itu Ana memandang tepat mata aku. Aku cuba melawan renungan Ana.

“Tak…”

“Kenapa?”

“You kan ada…” Ana mengusik lagi tapi kali ini dia nampak berani. Matanya memandang seluruh tubuh aku.

Gemuruh darahku memandang Ana. Matanya tirus. Bibirnya nipis tapi cukup seksi. Lebih seksi bila dia tidak mengenakan sebarang pewarna bibir. Asli dan mempesona. Seketika itu Ana mengangkat kening.

“Why?” tanya dia

Aku tertawa sedikit. Ada gelengan kecil kemudiannya sebelum aku memandang ke arah lain. Takut si Ana tahu aku sedang memerhatikan dia. Tapi lelaki manapun akan jatuh cinta pada raut wajah pan asia Ana.

“I tak tahu you memang tinggal seorang…”

“Sekarang sudah tahu…” Ana mengusik. Aku anggukkan kepala lagi dengan senyuman.

“Cantik rumah you… good taste…” aku sambung lagi perbualan. Ana ketawa kecil sebelum menyambung;

“I memang suka warna putih dan hijau. Tenang. Tak payah pening‐pening..”

Aku senyum terus dan minum lagi air di tangan. Kemudian aku letakkan atas meja kaca di hadapan aku. Aku tak boleh duduk diam bila lihat Ana masih memandang aku. Jadi tidak selesa bila wanita secantik Ana sedang menjamu matanya pada tubuh aku. Aku bingkas bangun dari dudukkan menuju ke pintu kaca yang terbuka. Di belakangnya ada sebuah taman. Di situ aku nampak air terjun yang bunyinya kudengar di luar tadi. Mengasyikkan alunannya.

“Tenang rumah you…” aku bersuara.

Tak lama itu, Ana sudah berada di sebelah aku. hujung mata aku mengerling melihat Ana.

“Lagi tenang kalau ada yang menemani…” Ana separuh berbisik. Aku tak faham.

“Zham kan ada…” aku perjelaskan.

“Zham jarang datang sini… dia lebih rela perap di rumah dia…” Ana seperti meluahkan.

“You yang tak ajak dia agaknya…” soalanku menguji.

“Entah. Sometimes I tak faham dia. Dia bukan macam yang I harapkan…”

“I tengok ok ja you dengan dia…”

“I tak cakap dia tak bagus.. tapi dia jarang luangkan masa dengan I. Zham terlalu bagus untuk I…”

“You beruntung dapat dia…”

Ana tengok muka aku.

“Lebih beruntung kalau dapat you…”

Aku tengok muka Ana dengan wajah bertanya. Berkerut dahi aku

“Yeah.. at least you ada dengan I sekarang…”

Aku jatuh hati dengan suara Ana yang berbisik. Ana gerakkan badan, depan aku. Matanya menggoda seluruh penghidupan aku waktu ini. Angin yang tiup merdu petang itu terbangterbangkan rambut ikal Ana. Mempesona mata aku.

“I tak biasa…” aku separuh berbisik bila lihat Ana mendekatkan badannya pada aku. Mata bertentang mata.

“I adore you since first time I met you” Ana semakin berani. Ternyata aku sungguh terkejut dengan penjelasan itu. Aku bukan tidak biasa pada mana‐mana gadis yang jatuh hati pada aku tapi aku sangat tidak selesa bila ia datang dari tematina kawan aku. Walaupun dia tidak berbuat apa‐apa tapi aku boleh agak kenakalannya.

“I tak tahu you minat dekat I…” aku tanya menduga

“Sekarang you dah tahu…” Ana usik aku lagi. Aku sedikit ketawa tapi debaran masih memuncak.

“Kalau Zham tahu kita berdua…”

Wajah Ana berubah tiba‐tiba. Dia toleh tempat lain. Aku diamkan. Tapi kemudian Ana nitikkan air mata. Aku jadi tambah kaget.

“Kenapa? I silap cakap ke?”

Ana geleng kepala. Mulutnya tertangkup dengan tangan kanan; tidak memandang aku.

“Then why?” aku tanya lagi.

“I… i…” ayat Ana tak terkeluar. Aku tak sampai hati.

Ana tiba‐tiba merangkul tubuh aku. Aku jadi kaku. Meremang bulu roma tapi aku biarkan sahaja.

“Zham tak sayangkan i…”

Aku jadi tambah pening. Apa perempuan ini mahu kasi tahu aku?

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~