welcome

Tuesday, October 28, 2008

metroseksual vs uberseksual

mcm mane?? adakah kita memiliki ciri-ciri lelaki Uberseksual atau korang masih keliru perbezaan antara lelaki Metroseksual dengan trend lelaki terbaru nie??

Metroseksual :


1. penuh semangat terutama dalam penjagaan diri, kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

2. sentiasa memikirkan tentang penjagaan diri, masalah jerawat, masalah rambut gugur dan DLL.

3. melayan dan menghormati wanita sama rata.

4. obses terhadap diri sendiri. sentiasa mahu org di sekeliling melihat penampilannya yg hebat drai sudut gaya dan imej.

5. mendapat tip menjaga penampilan dan bergaya melalui program
Queer Eye for The Straight Guy, majalah GQ, Details DLL.

6. Metroseksual lebih pakar membezakan penyegar dan pe
ncuci wajah atau fesyen dari perkara lain.

7. Mestroseksual hanya obses pada diri mereka, apa yg mereka pakai dan apa yg mereka kehendaki.

8. Metroseksual sering beremosi dan bertindak tanpa usul
periksa.

9. Metroseksual banyak melaburkan duit untuk penjagaan kulit.


Uberseksual :


1. bersemangat jugak tapi lebih kpd Tujuan dan Prinsip.

2. Uberseksual akan meluangkan lebih masanya utk berfikir sesuatu yg berfaedah seperti bagaimana mahu kembangkan bisnesnya, mantapkan kariernya dan sebagainya.

3. melayan dan menghormati wanita sama rata, ta
pi menganggap lelaki lain dan wanita sbg kawan baiknya.

4. Uberseksual lebih sensual dan tidak terlalu obses pada diri sendiri. mereka tidak perlu org lain beritahu dirinya seksi.

5. mendapat idea utk imej mereka daripada merantau & melalui seni serta budaya.

6. tahu perbezaan antara baik dan buruk, dan akan membuat keputusan yg betul mengenai apa yg difikirkan oleh org-org di sekelili
ngnya.

7. Uberseksual ghairah mengenai perniagaan, politik dan hal ehwal dunia.

8. Uberseksual mempunyai naluri dan maskuliniti yg kuat.

9. Uberseksual akan melaburkan wang utk strategi perniagaan.




kalu kite nak jadi seorang Urbeseksual, apa yg perlu kita perbaiki, antaranya :

1. penuhkan ilmu di dada dgn pelbagai pengetahuan terutama yg dapat mengembangkan lagi karier kita. apabila kita master dalam bidang kita, semua masalah dan impian pasti akan tercapai dgn sedikit tambahan usaha. yg penting, mantapkan kerjaya kita.

2. jgn berpura-pura atau berlagak cool sedangkan
karekter kita adalah sebaliknya. jika kita "mat kelam kabut", "mat pemalu". kita perlu lakukan sesuatu. belajar mengawal emosi kita dgn lebih baik. rasanya, ramai yg tak suka pada org yg hipokrit, kan??

3. kalau kita seorang kerani, mat despatch, eksekutif, pembantu kedai atau apa saja tak layak jadi si Urbeseksual?? jgn merendah diri.
kita boleh jadi Urbeksual di kalangan rakan atau kelompok kita sendiri. belajar dari bawah. mantapkan kerjaya dan tingkatkan diri sedikit demi sedikit. jgn berhenti hanya setakat kerani saja bro..cube tingkatkankan lagi diri dgn melanjutkan pelajaran, ambil sijil setakat termampu. Yakin Boleh!!!...:)

4. jadilah seorang yg lelaki bersopan, bertanggungjawab, hormat pada siapa saja dan peka terhadap keadaan sekeliling.

5. yakin dgn diri sendiri. lelaki yg yakin pada dirinya, automatik akan terserlah sifat macho dan maskulinnyaa. Percayalah....!!!!




2 comments:

jumapx said...

ehmmm....yg mana 1 ek...?
hehehehe...

Syndromania said...

boleh tak saya nak share kan post ni kat blog saya. nanti saya akan berikan kredit pd blog saudara. saya akan nyatakan sumbernya

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~