welcome

Friday, October 24, 2008

Jadilah Sahabat Yang Disukai Ramai



"Berkasih biar satu, berkawan biar seribu". peribahasa nie menjelaskan kepada kita supaya carilah kawan seramai mungkin. dalam berkawan arau menjalin hubungan sosial, bukan hanya semata-mata berkawan, tetapi kita juga dituntut supaya menjalin hubungan yang baik selain harus bersikap profesional. tak guna punya ramai kawan jika tiada yg benar-benar rapat dgn korang. mungkin ini terjadi kerana sikap kita sendiri. kalau betul, sudah tiba masanya untuk kita berubah sikap, dan pastikan kita menjadi seorang teman yang favourite di kalangan sahabat lain.


1. Bersikap Peramah
Sentiasalah bersikap peramah dalam apa jua keadaan. hanya dgn sapaan "Assalammualaikum" atau "hai!!", apatah bertanya khabar, sudah cukup menunjukkan kita seorang yg peramah. jangan segan sila untuk mengucapkan "terima kasih" atau "maaf". sbb ia akan boleh meninggalkan ke
san yg positif dalam hubungan persahabatan.Justify Full

2. Bermurah Hati
Jadilah seorang yg bermurah hati. dgn sikap ini, kawan-kawan akan sentiasa mengenangkan kita. sbg contoh, sikap pemurah boleh ditunjukkan dgn pemberian hadiah kecil utk kawan-kawan. tidak perlu besar atau mahal, sekadar yg termampu, itupun dah cukup memadai.

3. Jangan Terlalu Ego

Sejauh mana sikap ego kita boleh memberikan kebaikan kepada hubungan persahabatan yg terjalin?. kalau kita bersikap ego dlm byk hal, pasti kita akan disisihkan kawan-kawan. jadi, dalam masa-masa tertentu, buang jauh-jauh sikap ego dalam diri. sekiranya kawan-kawan meminta pertolongan, hulurkan bantuan.

4. Wujudkan kepercayaan

siapa yg mahu dicop dirinya sebagai seorang yg tidak boleh dipercayai??. dalam berkawan, kepercayaan adalah teras kekukuhan hubungan persahabatan. jadi, kita perlu memberi kepercayaan dan menghargai kepercayaan kawan-kawan atau org lain. paling penting adalah ketika berjanji. jangan sesekali memingkirinya...



5. Menghargai Hak Peribadi
Org kata, dalam berkawan ada batasnya. kita mungin telah lama berkawan dan sudah tentu begitu akrab. walau bagaimanapun kita perlu tahu, keakraban itu tidak semestinya kita gunakan untuk tidak menghormati atau menghargai hak peribadi kawan-kawan kita. dlm sesetengah perkara, ada segelintir kawan-kawan yg tidak akan bercerita mengenai peribadi derang. jadi jgnlah pulak kita gatal-gatal nak busy body, nak juga tahu!!!


6. Wujudkan Kemesraan
Berapa tahun telah kita habiskan masa bersama kawan-kawan? mungkin kita tidak sedar tempohnya. tak kisah berapa lama masa kita habiskan utk bersama derang, pastikan setiap masa wujudkan kemesraan..



2 comments:

Anonymous said...

busy body.... hrmmm best nye

ZEYN, THE PERPETUAL STRANGER said...

hey there, Hafiz.

guess who? :-)

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~