welcome

Friday, October 31, 2008

Penantian Terhalang



Jauh di sudut hatiku untuk tidak menyayangi... Hati ini, jiwa ini sentiasa resah tapi kenapa Degupan jantung, dadaku teramat sakit kurasai Bagai ada sembilu yang menikam dan menusuk dadaku! Bengkak! bernanah dan berdarah Yang mengalir keluar dari tubuhku.


kadangkala!!


Kalau kubayangkan diri ini Ibarat pepohon yang rendang Tiba - tiba tiada baja, tiada air untukku! Tentu ia akan layu...kering... Satu demi Satu daun berguguran! Dahan kering...rapuh bertaburan


Bayangkan di kala itu... Angin sentiasa mengundangku...lantas apa yang tinggal Jadilah aku pepohon kering yang tidak bermaya Yang tiada punya apa - apa lagi

Di Waktu itu juga angin pasti jemu untuk menyapaku lagi
Kekuatanku hampir pupus, kerana kekurangan demi kekurangan
Untuk terus kulalui, hambar
Angin Tersenyum berpindah ke arah lain


Begitu jua jika ibaratkan aku kamar usang
Indah impian hanya tinggal bayangan
Senya mewarnakan kamar hatiku
Sinar menyuluh di lubang gersang
Sepi halaman tanpa kicauan, hanya kabus menemani
Malam bulan tidak bersinar lagi
Siangnya mentari bagaikan senja
Siang tidak bercahaya, bagaikan kehilangan


Ibaratkan pemergian insan menemu Illahi
Awan gelap menyelubungi bumi
Suram murung tidak bercahaya
Entahkan bila mentari hendak bersinar kembali
Penantian terhalang penuh misteri..........................

Thursday, October 30, 2008

6 kebimbangan seks pada lelaki

wow!!! topik kali nie mcm panas jek, mentang-mentang ari nie khamis mlm jumaat. kalau kita perhatikan tajuk topik ari nie, kita tau tak, berbanding wanita, lelaki juga dianggap lebih kerap memikirkan tentang seks. selain berfantasi lelaki juga mempunyai beberapa kerisauan tentang masalah seks yg sering menyita fikiran.




1. Apakah onani menyebabkan mandul??
jika dirujuk dari pertanyaan yg sering diajukan kepada pakar, masalah mandul bukan mendominasi remaja lelaki dewasa yg masih melakukan aktiviti seks yg satu nie. persoalan utama yg selalu menganggu benak lelaki adalah, adakah onani boleh membuatkan seseorang mandul. mitos-mitos ttg onani memang selalu berkisar di dlm masyarakat. namum kesahihannya secara perubatan belum boleh dibuktikan.
sehingga kini, belum terbukti onani boleh membuatkan seseorang mandul, buta atau membuatkan zakar bengkok. jika tidak dilakukan terlalu kerap, onani tidak akan byk memberi efek pd seseorang. namun jika frekuensinya terlalu kerap, kemungkinan akan membuatkan kulit sekitar zakar melecet.





2. Apakah dia lebih berpengalaman dari aku??
keyakinan diri seorang lelaki di ranjang boleh terbantut seketika jika melihat pasangannya lebih berkeyakinan. apatah lagi jika pasangannya mengakui telah membuat study yg mendalam ttg hubungan di ranjang. jgn mudah mengelabah, apa yg perlu diingatkan ialah cara penilaian wanita dan lelaki berbeza. wanita tidak mementingkan apakah pasangannya lebih berpengalaman atau tidak. keintiman dan interaksi fizikal serta emosional lebih menjadi penilaian wanita. lagipun, jika pasangan lebih berpengalaman, tidak ada salahnya jika sesekali kita belajar dari si dia..:))



3. Bagaimana mencari alat sensitifnya??
lelaki yg baru pertama kali melakukan hubungan seks, sering kali menjadi kurang percaya kepada diri sendiri krn masalah ini. seks adalah satu hal penting sbg kunci kebahagiaan perkahwinan. jadi, tidak ada salahnya jika
kita saling terbuka utk membicarakan topik ini. jika benar-benar msh tak tahu, tanyakan saja pd pasangan. keterbukaan komunikasi membantu pasangan saling mengerti kerisauan dan keperluan masing-masing.



4. Pasangan belum sedia melakukan hubungan seks
hubungan seks adalah interaksi kasih sayang antara dua pihak. jika interaksi hanya berasal dari satu pihak saja, maka hubungan tersebut akan pincang. kenikmatan pasti kurang. hubungan seks krn keterpaksaan pasti mempengaruhi hubungan emosional pasangan. kita dan pasangan akan merasa menyesal dan tidak selesa. kita seharusnya menghormati pasangan kita dan keputusannya.



5. Bagaimana mengetahui ketika dia orgasme??
sejujurnya persoalan ini sulit dijawab kecuali oleh pasangan kita sendiri. beberapa tanda seperti degupan jantung dan ritma nafas yg semakin cepat boleh dijadikan tanda. tp kdg-kdg perkara itu tidak sepenuhnya memberi jaminan. kita tidak akan boleh membezakan apakah dia benar-benar orgasme
atau hanya pura-pura orgasme supaya kita tidak terlalu gopoh ketika hubungan seks.



6. Apakah ukuran zakar benar-benar berpengaruh??
bagi wanita, ukuran zakar bkn menjadi faktor utama. zakar b
esar tanpa otak yg cerdas tentu tidak ada ertinya di mata wanita!! tidak perlu kecoh-kecoh mengukur dan membanndingkan ukuran zakar kita. kalau kita mempunyai sifat dan fikiran yg cerdas dan sensitif, dijamin ramai wanita yg pasti jatuh hati. dr sibuk melakukan usaha utk membesarkan zakar, lebih baik belajar bagaimana cara memanjakan, memahami dan melayan wanita dgn lebih istimewa....

Thursday, October 30, 2008

sebuah kehidupan


Kita Dilahirkan antara cinta dan kebencian
Tangan Bergerak, bibir bergetar
Kalbu terdiam, malu untuk menggapai cinta
Dan nafsu bergejolak ingin merebut cinta
Pergolakan kepentingan yang saling menikam

Kita dewasa...
Antara kecil dan besar
Antara bermain dan berfikir untuk keluarga
Antara idealisme dan tuntutan realiti
Masa depan yang terhimpit
Antara kekayaan, populariti dan kekuasaan
Masa silam yang kian dilupakan
Manuju harapan yang tersimpul kebanggaan
Kesejahteraan sepanjang masa
Begitulah taman hati yang dicita

Kelahiran kita adalah pencarian cinta
Memerah tenaga dari sekarang
Mengumpulkan pundi - pundi semangat
Pagi berlanjut petang dan malam
Berfikir untuk siang
Tunaikan amanah, tugas dan harapan
Dalam ketakutan untuk gagal
Kerinduan untuk membahagiakan diri
dan orang tercinta....

Wednesday, October 29, 2008

mengembalikan keghairahan

mcm-mcm cara dilakukan utk meningkatkan keghairahan. tetapi kita perlu berhati-hati memilih cara yg terbaik dan tidak memberi kesan lebih buruk. beberapa panduan yg boleh dikongsi bersama..:-



1. Terapi
terapi merupakan langkah terbaik sekiranya kita mengalami masalah emosi yg mana boleh memberi kesan terhadap keinginan seksual. contohnya, terapi seks dapat mengajar kita utk berkomunikasi dgn pasangan. berbuallah tentang topik yg boleh meningkatkan keinginan semula seks. kerap berlaku, apabila masalah emosi berjaya diselesaikan, libido kembali normal.




2. Senaman
senaman dikatakan berkesan utk meningkatkan keghairahan (senaman aerobik memicu seks yg hebat). sesetengah org percaya senaman boleh mengurangkan endorphin dalam otak yg mana memberi kesan terhadap keinginan seksual. senaman juga mampu meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan, meningkatkan bentuk badan dan keyakinan diri.




3. Tidur
tidur yang cukup amat penting untuk mengekalkan kesihatan libido kita.

4. Makanan Tambahan Herba
pengambilan makanan tambahan herba dikatakan mampu membantu meningkatkan keinginan seksual. makanan herba mampu mendorong peningkatan androgen dalam badan dan mengembalikan pemicuan seksual kita secara semulajadi. kajian org-org bijak pandai menunjukkan, pengambilan herba dapat meningkatkan libido, tenaga dan mengelakkan dari menghidap impoten.

Tuesday, October 28, 2008

metroseksual vs uberseksual

mcm mane?? adakah kita memiliki ciri-ciri lelaki Uberseksual atau korang masih keliru perbezaan antara lelaki Metroseksual dengan trend lelaki terbaru nie??

Metroseksual :


1. penuh semangat terutama dalam penjagaan diri, kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

2. sentiasa memikirkan tentang penjagaan diri, masalah jerawat, masalah rambut gugur dan DLL.

3. melayan dan menghormati wanita sama rata.

4. obses terhadap diri sendiri. sentiasa mahu org di sekeliling melihat penampilannya yg hebat drai sudut gaya dan imej.

5. mendapat tip menjaga penampilan dan bergaya melalui program
Queer Eye for The Straight Guy, majalah GQ, Details DLL.

6. Metroseksual lebih pakar membezakan penyegar dan pe
ncuci wajah atau fesyen dari perkara lain.

7. Mestroseksual hanya obses pada diri mereka, apa yg mereka pakai dan apa yg mereka kehendaki.

8. Metroseksual sering beremosi dan bertindak tanpa usul
periksa.

9. Metroseksual banyak melaburkan duit untuk penjagaan kulit.


Uberseksual :


1. bersemangat jugak tapi lebih kpd Tujuan dan Prinsip.

2. Uberseksual akan meluangkan lebih masanya utk berfikir sesuatu yg berfaedah seperti bagaimana mahu kembangkan bisnesnya, mantapkan kariernya dan sebagainya.

3. melayan dan menghormati wanita sama rata, ta
pi menganggap lelaki lain dan wanita sbg kawan baiknya.

4. Uberseksual lebih sensual dan tidak terlalu obses pada diri sendiri. mereka tidak perlu org lain beritahu dirinya seksi.

5. mendapat idea utk imej mereka daripada merantau & melalui seni serta budaya.

6. tahu perbezaan antara baik dan buruk, dan akan membuat keputusan yg betul mengenai apa yg difikirkan oleh org-org di sekelili
ngnya.

7. Uberseksual ghairah mengenai perniagaan, politik dan hal ehwal dunia.

8. Uberseksual mempunyai naluri dan maskuliniti yg kuat.

9. Uberseksual akan melaburkan wang utk strategi perniagaan.




kalu kite nak jadi seorang Urbeseksual, apa yg perlu kita perbaiki, antaranya :

1. penuhkan ilmu di dada dgn pelbagai pengetahuan terutama yg dapat mengembangkan lagi karier kita. apabila kita master dalam bidang kita, semua masalah dan impian pasti akan tercapai dgn sedikit tambahan usaha. yg penting, mantapkan kerjaya kita.

2. jgn berpura-pura atau berlagak cool sedangkan
karekter kita adalah sebaliknya. jika kita "mat kelam kabut", "mat pemalu". kita perlu lakukan sesuatu. belajar mengawal emosi kita dgn lebih baik. rasanya, ramai yg tak suka pada org yg hipokrit, kan??

3. kalau kita seorang kerani, mat despatch, eksekutif, pembantu kedai atau apa saja tak layak jadi si Urbeseksual?? jgn merendah diri.
kita boleh jadi Urbeksual di kalangan rakan atau kelompok kita sendiri. belajar dari bawah. mantapkan kerjaya dan tingkatkan diri sedikit demi sedikit. jgn berhenti hanya setakat kerani saja bro..cube tingkatkankan lagi diri dgn melanjutkan pelajaran, ambil sijil setakat termampu. Yakin Boleh!!!...:)

4. jadilah seorang yg lelaki bersopan, bertanggungjawab, hormat pada siapa saja dan peka terhadap keadaan sekeliling.

5. yakin dgn diri sendiri. lelaki yg yakin pada dirinya, automatik akan terserlah sifat macho dan maskulinnyaa. Percayalah....!!!!




Tuesday, October 28, 2008

telah ku rasa semuanya...



telah ku rasa KEHILANGAN yang tersayang .... MADU dalam bercinta ....HEMPEDU dalam berkasih ....SYURGA DUNIA tika bersama telah ku rasa SEGALANYA ...

bila seorang LELAKI menitiskan air mata kerana LELAKI itu dikatakan cinta yang luhur
bila seorang LELAKI menitiskan airmata kerana LELAKI itu lah pencinta yang benar tulus yang mengenali apa itu cinta sebenar

bila seorang LELAKI di kecewakan oleh seorang LELAKI hanya kerna LELAKI lain ... sememangnya dia bukan milik mu dan sememangnya dia tak layak bersama mu

JANGAN di kata ... LELAKI itu "LEMBIK" hanya kerna menitiskan airmata untuk yang tersayang

Kerna aku pernah merasa di kecewa dan di tinggalkan kerna aku pernah merasa bagaimana hati terhiris kerna aku pernah merasa segalanya ....

Friday, October 24, 2008

Jadilah Sahabat Yang Disukai Ramai



"Berkasih biar satu, berkawan biar seribu". peribahasa nie menjelaskan kepada kita supaya carilah kawan seramai mungkin. dalam berkawan arau menjalin hubungan sosial, bukan hanya semata-mata berkawan, tetapi kita juga dituntut supaya menjalin hubungan yang baik selain harus bersikap profesional. tak guna punya ramai kawan jika tiada yg benar-benar rapat dgn korang. mungkin ini terjadi kerana sikap kita sendiri. kalau betul, sudah tiba masanya untuk kita berubah sikap, dan pastikan kita menjadi seorang teman yang favourite di kalangan sahabat lain.


1. Bersikap Peramah
Sentiasalah bersikap peramah dalam apa jua keadaan. hanya dgn sapaan "Assalammualaikum" atau "hai!!", apatah bertanya khabar, sudah cukup menunjukkan kita seorang yg peramah. jangan segan sila untuk mengucapkan "terima kasih" atau "maaf". sbb ia akan boleh meninggalkan ke
san yg positif dalam hubungan persahabatan.Justify Full

2. Bermurah Hati
Jadilah seorang yg bermurah hati. dgn sikap ini, kawan-kawan akan sentiasa mengenangkan kita. sbg contoh, sikap pemurah boleh ditunjukkan dgn pemberian hadiah kecil utk kawan-kawan. tidak perlu besar atau mahal, sekadar yg termampu, itupun dah cukup memadai.

3. Jangan Terlalu Ego

Sejauh mana sikap ego kita boleh memberikan kebaikan kepada hubungan persahabatan yg terjalin?. kalau kita bersikap ego dlm byk hal, pasti kita akan disisihkan kawan-kawan. jadi, dalam masa-masa tertentu, buang jauh-jauh sikap ego dalam diri. sekiranya kawan-kawan meminta pertolongan, hulurkan bantuan.

4. Wujudkan kepercayaan

siapa yg mahu dicop dirinya sebagai seorang yg tidak boleh dipercayai??. dalam berkawan, kepercayaan adalah teras kekukuhan hubungan persahabatan. jadi, kita perlu memberi kepercayaan dan menghargai kepercayaan kawan-kawan atau org lain. paling penting adalah ketika berjanji. jangan sesekali memingkirinya...



5. Menghargai Hak Peribadi
Org kata, dalam berkawan ada batasnya. kita mungin telah lama berkawan dan sudah tentu begitu akrab. walau bagaimanapun kita perlu tahu, keakraban itu tidak semestinya kita gunakan untuk tidak menghormati atau menghargai hak peribadi kawan-kawan kita. dlm sesetengah perkara, ada segelintir kawan-kawan yg tidak akan bercerita mengenai peribadi derang. jadi jgnlah pulak kita gatal-gatal nak busy body, nak juga tahu!!!


6. Wujudkan Kemesraan
Berapa tahun telah kita habiskan masa bersama kawan-kawan? mungkin kita tidak sedar tempohnya. tak kisah berapa lama masa kita habiskan utk bersama derang, pastikan setiap masa wujudkan kemesraan..



Friday, October 24, 2008

Selagi Kita Bergelar Lelaki




selagi kita bergelar LELAKI
hati terlalu inginkan kesempurnaan

walau di bibir mengatakan rupa paras bukan ukuran
darjat dan kedudukkan bukan penghalang...
tapi selagi kita bergelar LELAKI
selagi belum habis kita jelajah setiap lelaki
selagi itu erti KEPUASAN tiada dalam kamus hidup


mencari yang setia ... bukan mudah
menjadi yang setia ... terlalu susah
entah apa yang harus di cari lagi
entah apa yang ingin di terokai lagi
entah bila akan kita berhenti

selagi kita bergelar LELAKI


Thursday, October 23, 2008

pentingnya melihat ke dalam diri sendiri


Yang Pertama : Harus Terima Diri Sendiri
Justify Full
adalah sesuatu yg agak mustahil jika korang mahu semua orang menerima diri korang. jika korang sudah terlupa, kata pepatah melayu yg menyatakan rambut sama hitam hati lain-lain. memang pada asasnya semua manusia dijadikan sama oleh Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

bagaimanapun, setiap manusia mempunyai perangai, minat, sikap, sifat dan pembawaan diri yang ketara berbeza. oleh itu, jika korang mahu diterima oleh org lain, maka korang harus cuba menerima diri sendiri dahulu. menerima diri sendiri ertinya suatu kemampuan utk melihat segala kelebihan dan kekurangan diri tanpa prasangka (without prejudice).

biar org lain prejudis dgn korang, tetapi korang sebagai tuan punya diri tidak boleh melakukan perkara yg sedemikian. kebaikan atau keburukan seorang manusia tidak diukur sama sekali dari sudut jasmani wahima suara.

Yang Kedua : Jangan Ukur Diri Dari Luar

aku tahu korang pasti selalu atau penah berkata, "tapi org lain selalu tengok apa yg ada di luar, kalau kita lelaki baikpun, tak ada sapa yang boleh nampak dalam hati kita!". jika korang berkata begitu, korang di pihak yg benar dan aku amat setuju dgn korang. namun, cuba kita lihat perkara ini dari sudut yg berbeza, dari mata seorang lelaki yang sedar tentang nilai peribadi dan personaliti manusia.

maafkan aku jika bertanya, berapa banyak manusia yg cantik, kacak, macho, seksi, pendek kata "sempurna" secara fizikal, yg anda kenal?? bagaimana pula penerimaan mereka kpd manusia yg biasa dan sederhana seperti korang?? adakah mereka dapat menerima korang seadanya??.

aku tidaklah bermaksud manusia yg kelihatan sempurna secara fizikal, mereka itu semua org yg busuk hati, jahat atau cetek. tetapi sayangnya, jarang kita lihat manusia sebegitu yg benar mesra, baik hati atau mudah didekati.

Pesanan Ikhlas..:
kawan ketawa mmg mudah dicari, di kaki lima dan di tepi longkang besar. kawan yg suka ketawakan kawannya, lebih ramai dan ibarat bakteria dan virus yg sebilangan besarnya kepada manusia.

dan mulai saat ini, kita mulakan dua azam dalam hidup kita. yang pertama : harus berjanji untuk tidak lagi ketawakan org lain yg tidak serupa dgn kita. jika tiada apa yg hendak dikatakan, lebih baik kita diamkan diri sahaja. yang kedua : sama-sama kita belajar melihat ke dalam diri sendiri. agar bila sampai waktunya, kita dinilai dan diadili oleh Tuhan, kita tidak akan gagal biarpun di dunia kita, manusia yg dilhat lebih sempurna dari "sempurna"....!!!!

Thursday, October 23, 2008

Andai...



ANDAI ada wajah yang ingin ku pandang penuh dengan kejujuran & kebenaran senyuman yang mampu membuat perubahan untuk aku melakukan segalanya

ANDAI ada sentuhan yang ingin aku ingin rasakan
penuh dengan kasihsayang dan kehangatan tanpa mengira ... dalam gembira atau duka untuk aku tidak melepaskan

ANDAI ada bisikan yang ingin ku dengar
penuh dengan kata cinta yang mampu membangkitkan berahi ku untuk aku penuhi tuntutan batinmu pasti aku tunaikan

ANDAI ada termaktub dalam perjalanan ku
aku hanya ingin menjadi sebahagian dari kisah hidupmu.... hanya dengan kau yang aku sentiasa bawa bersama hati ku

Biarkan aku menjadi sebahagian dari hidupmu
selama mungkin .... selama mungkin walau hati ini terluka ...

aku tetap ingin menjadi sebahagian diari hidup mu

Wednesday, October 22, 2008

Cipta Nasib Sendiri...


Kejayaan tidak seharusnya bersandar pada NASIB. Fikiran kita tidak seharusnya mengaitkan "kejayaan" dengan "nasib" kerana ianya akan mengurangkan motivasi untuk diri kite sendiri. Anggapan kejayaan adalah nasib, menjadikan usaha kita untuk berjaya hampir terbengkalai. Oleh kerana itu, kita akan sentiasa menunggu "nasib" untuk menyebelahi kita. Kita akan sering menunggu lucky break untuk terjadi kepada kita. Dan kita akan sering menunggu pintu peluang dibukakan untuk kita. Konsep pemikiran menunggu nasib bukanlah cara yang terbaik untuk mencapai kejayaan kerana "nasib" tidak datang kepada seseorang tanpa usaha yang setimpal.

Apa yang perlu kita buat ialah"ciptakan" nasib kita sendiri - buka sendiri pintu peluang kerana kitalah yang akan menentukan nasib kita sendiri. Sekiranya inginkan kejayaan dan kekayaan, maka kita perlu membentuk diri seperti sebuah kereta mewah. Dalami ilmu dalam bidang kita ceburi. Curahkan usaha bertahun-tahun untuk mendapatkan pengalaman. Dan usaha sekeras mungkin untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Jangan sesekali putus asa kerana kejayaan sering terjadi di sebalik kegagalan.

kemudian, apabila kita berjaya di menara gading, ketika itu, kita akan dapati segelintir mereka di sekeliling kita akan berkata. "ahhh...nasib je dia berjaya..nasib badan!!!"...


p/s : untuk sahabat2 yang sedang amik exam
gudluck untuk anda semua!! buat yang terbaik..
untuk Juma, Raja Azim, apiz doakan dari jauh

Wednesday, October 22, 2008

Harus Ku Lupa Dan Ku Lepaskan..



Semalam aku belajar sesuatu

Belajar tentang melupakan dan melepaskan

PERIT tapi itulah hakikatnya

Untuk melupakan seseorang yang menghancurkan hati kita

Sedangkan kita terlalu sayang

Untuk melepaskan seseorang yang memperolokkan cinta kita

Sedangkan saban saat hanya dia dalam kotak fikiran ini

Bayangkan kita mencintai seseorang

Kita terlalu sayang pada seseorang

Sanggup lakukan apa sahaja demi CINTA(kononnya wujud dalam dirinya)

Sanggup tempuhi perit derita ketika ingin bersama

Tapi akhir kita jatuh tersungkur

Luka yang tidak nampak mata kasar

Luka yang berdarah tapi tidak mengalir

Luka yang tidak boleh di ubati dengan Panadol

Luka yang kita sendiri tahu betapa sakitnya …

Ingin ku hadiahkan sebuah cermin yang terlalu besar

Cermin diri kita sebelum kita mencerminkan diri orang lain

Kutuk diri kita sebelum kita mengutuk orang lain

Hina maruah kita sebelum kita memperolokkan maruah orang lain

Janganlah pulak engkau takut untuk melihat wajah mu di cermin

Untuk melihat segala keburukkan mu di cermin mu sendiri

Siapa kita untuk mengata, mencaci & mempermainkan hati orang lain

Kerna aku tahu …. Aku siapa …

Dan kerna hanya diri ini tahu … kehebatan CINTA ku ….

Biar orang kata apa jua …

Aku adalah aku .. dan aku bukanlah diri mu…

Kerna aku adalah seadanya …

Tuesday, October 21, 2008

Touching Event






  1. Picture 1 - here his wife is injured and the conditions is very appalling
  2. Picture 2 - here he brings her food and attends to her with love and compassion
  3. Picture 3 - brings her food but shocked by her death and tries to move her
  4. Picture 4 - he realizes that his sweetheart is no more. so, he weeps over the loss of his beloved. he stands besides her and screams saddened of her death
  5. Picture 5 - finally, being aware that she departed him and would not return to him, he stands by her body with anguish and agony

Tuesday, October 21, 2008

Sahabatku


Sejuta syukur kepada Maha Pengasih, atas segala rahmat-Nya. Salam penuh kasih sayang dengan harapan kita lebih dekat kepada-Nya. Bagi diriku di sini usah di bimbangkan, masih dalam keadaan sihat dan masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati dan menghirup nikmat Illahi...

Sahabatku,
Aku minta maaf andainya kedatangan warkah ini bisa menganggu situasimu. Warkah ini di utuskan hanyalah sebagai pengganti diri ini, untuk terus merapat tali silaturahim antara kita...

Mudah-mudahan apa saja yang kita lakukan tidak akan tergelincir dari landasan, tidak terpesong dari jalan yang telah diberi. Memang mudah memberi alasan, bahawa kita insan nan lemah, serba kekurangan dan sentiasa tidak dapat lari dari kesilapan. Bagaimanapun, kita tentu mengerti antara membiarkan diri tergelincir dengan berusaha mengelak diri dari tergelincir.

Jika tidak masakan lahir ungkapan-ungkapan berkias bagi menggambarkan keadaan, bagi menilai situasi sebenar yang berlaku. Jangan bermain dengan api jika takut terbakar. Sifat api itu memang membakar, namun kita inilah yang perlu pandai menggunakan dan mengawal api jika tidak mahu terbakar olehnya.

Namun kita ini memang sukar untuk diramal cara pemikirannya, sukar diduga apa yang ada di dalam kepala serta hatinya. Malahan kita juga kadangkala tidak mengerti diri sendiri, apatah lagi ingin memahami orang lain. Bagaimanapun kita ini saling memerlukan, saling mencukupkan mana-mana yang kurang. Kerana kita bukan hidup sendirian.

Tiada sesuatu yang akan kita perolehi secara percuma. Apa jua, memerlukan usaha atau mungkin kita harus membayarnya. Namun ada hal-hal yang kita ini ingin perolehi tak boleh bayar dengan wang ringgit berjuta – kerana bukan itu nilainya. Mungkin sesuatu itu akan kita perolehi hanya dengan keimanan, ketakwaan, keikhlasan, kejujuran atau segala macam bentuk kejiwaan.

Belayar di lautan kehidupan, biarpun kita tahu ke mana arah yang hendak dituju. Kita telah di arah yang harus dituju. Telah disediakan kemudi, telah diberi pendayung...tinggal cuma melayarkan bahtera kehidupan sahaja. Namun, kita jangan lupa pada badai yang bakal melanda, pada taufan yang menggila. Bagaimana sekalipun gelora yang melanda, selagi kita tetap berpandu pada arah, tetap tidak melepaskan kemudi, pastinya kelak sampai jua pelabuhan nan dicari. Mungkin kita patut renungkan seketika – dugaan dan kesusahan itu suatu nikmat, sedangkan kesenangan itu suatu cabaran dan tanggungjawab berat.

Kasih sayang adalah memberi apa adanya, dengan segala dayanya. Walau bagaimana sekalipun keterbatasannya, sebolehnya seseorang mahu memberikan apa saja yang mampu menyenangkan orang yang dikasihinya. Bukanlah balasan kasih sayang yang diharapkan oleh seorang pencinta sejati, walaupun itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Menjadi anak yang sejati, senyum dan kebahagiaan orang yang dikasihinya itulah yang menjadi matlamatnya.

Kasih sayang adalah menceriakan, seperti bunga-bunga indah di taman yang membawa kesegaran bagi yang memandangnya. Seperti rumput-rumput hijau di padang nan luas, yang kehadirannya menyegar dan menyejukkan perasaan. Seperti taburan pasir di pantai yang memberi kehangatan seiring tiupan angin yang menawarkan kedinginan. Dan seperti keindahan seluruh alam yang menghadirkan kekaguman terhadapnya. Kasih sayang adalah berkorban, bagai lilin yang membakar diri memberi cahaya di tengah kegelapan. Hingga titik terakhirnya, ia masih berusaha memberi cahaya menerangi kegelapan. Bagai mentari, meski terkadang dikeluhkan kerana teriknya, namun sentiasa memancarkan cahaya ke serata alam. Semua kisah besar dunia, berawal dengan kasih sayang. Maha Pencipta menciptakan makhluk bernama manusia ini pun kerana kasih sayang.

kasih sayang juga ibarat hayunan kaki melangkah yang membina lautan kebaikan. kasih sayang adalah tangan-tangan yang menebar hamparan permaidani kasih sayang. Kasih sayang adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Kasih sayang selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Kasih sayang juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Tuesday, October 21, 2008

Andai KU Tahu

Tuesday, October 21, 2008

Tiada Yang Sempurna



Tanpa mu ku rasa... resah dan gelisah
Bagai gila tidak dapat hidup tanpa kasih
Bagai hilang akal bila kau terlalu jauh
Nun di puncak ku letakkan diri mu
Setinggi harapan ku
Tak tercapai tangan kerna terikat di langit
Tak tercecah kaki kerna terpasak di bumi

Semalam aku berdiri tegak di tengah kesibukkan
Aku lihat pelbagai telatah dan tabiat manusia
Tanpa ku sedari ... aku melihat diri ku sendiri dalam diri mereka
Ternyatalah ...
Bahawa kita ini bukanlah sempurna
Tapi kenapa kita sering inginkan kesempurnaan
Dalam mencari kasih sayang ...
Sedangkan kita tahu tiada insan yang sempurna

Mungkin aku tidak sempurna seperti diri mu
Mungkin kerna diri mu terlalu mulia
Atau mungkin kerna diri mu terasa terlalu hebat

Dalam mencari aku temui ...
Tapi pertemuan itu hanya pura pura
Entah untuk apa dan untuk siapa kepuraan itu

Kekadang kau tangisi kesunyian malam hari
Kekadang kau ratapi kebosanan tanpa insan di sisi
Tapi kau memang selalu terlupa ..
Bahawa ada insan cuba mengetuk
Tirai kamar untuk beradu bersama
Dan insan itu terlalu biasa buat mu
Seperti aku ... aku hanya insan yang biasa

Tuesday, October 21, 2008

Sebelum Cahaya

Tuesday, October 21, 2008

Segalanya Kerana Cinta


"Usah Ditawan Gunung Harapan, Usah Direnang Lautan Impian..Sedang Hati Rapuh Bergoyang, Bagai Angin Menyapa Lalang..."


Cinta adalah memberi apa adanya, dengan segala dayanya. Walaubagaimana sekalipun keterbatasannya, sebolehnya seorang pencinta mahu memberikan apa saja yang mampu menyenangkan orang yang dicintainya. Bukanlah balasan cinta yang diharapkan oleh seorang pencinta sejati, walaupun itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Bagi pencinta sejati, senyum dan kebahagiaan orang yang dicintai itulah yang menjadi matlamatnya.

Cinta juga ibarat hayunan kaki melangkah yang membina lautan kebaikan. Cinta adalah tangan - tangan yang menebar hamparan permaidani kasih sayang. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti mengalir ke dataran yang lebih rendah.

CINTA - siapakah yang mampu menafsirkannya, siapakah yang mampu menghuraikannya, walau atas dasar apa sekalipun, walau cinta yang jenis macam mana sekalipun, belum ada sebenar - benar huraian yang mampu digarap.

Mestikah cinta dicari? Kalau begitu dimana kita mahu mencarinya? Patutkah dibiarkan saja cinta itu datang sendiri? Jika begitu, pastikah kita memang ia akan hadir menghampiri?

Segala rasa cinta ada di dalam diri!! Kecuali bagi yang jiwanya telah mati...

Thursday, October 16, 2008

Bila Sepi Itu Kembali



Sepi Itu sepasang daun pintu
Membuka luas ruang fikir
Bersama air bersih membasuh mata kelabu
Mencari buah jujur di pohon kebenaran

Sepi itu mengasah tajam sepasang telinga
Mendengar hikayat si bunga hati
Tiada dusta atau pura - pura
Wangi atau busuk rela dihidu

Sepi itu penggerak langkah pertama
Ke perjalanan diri yang jauh
Menyusuri lorong selamat untuk sampai
Memeriksa bekal mengisi tabung hayat

Sepi itu penyuluh di gelap malam
Bulan penuh bintang bertabur
Jalan berliku nampak lurus jelas
Cahaya iman cerah memancar

Sepi itu kunci membuka gedung ilmu
Mencanai akal mencabar bijaksana
Banyak soalan minta dijawab

Lebar payung langit di mana tiangnya?


Pasang surut air di laut bersilih ganti

Di mana mesin penggilirnya??

Siang malam ombak memukul pantai
Kenapa tidak pernah bercuti??


Sepi itu sekuntum mawar

Mengharum taman hati dua kekasih

Membina jambatan cinta suci

Menyambung rindu dari benua ke benua

Sepi itu sehelai kain sutera

Lembut halus pakaian JIWA....



Wednesday, October 15, 2008

Sejuta Rasa Satu Makna....!!!


Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruang waktu nan terbatas ini...apa lagi yang harus diucapkan selain kalimah kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta. Apa lagi yang patut ada selain syukur nan berpanjangan, atas segala apa yang dilimpahkan atau atas segala apa jua yang ditimpakan kepada kita yang serba kekurangan ini.

Dua hal yang seringkali melingkari kehidupan setiap daripada kita - yakni SUKA dan DUKA atau apa saja yang boleh ditafsirkan sama makna dengannya. setiap daripada kita ini hanya mendambakan warna - warni kehidupan nan ceria bak pelangi melintangi angkasa. Apakah ada kehidupan sebegitu? sudah tentu tiada selagi kita berpijak di bumi nyata..di bumi fana ini.

Meratapi malang menimpa diri bukan mampu melegakan segala rasa yang terbuku. Malah hanya menambah rasa sakit dalaman yang telah sedia ada. Rasa sakit hati yang berpanjangan membuat hati MATI!!!!..bimbangnya hati yang mati sudah tidak mahu terbuka untuk mengingati Maha Pencipta lagi.

Sama ada ketika ini dikurniakan kegembiraan atau ditimpa musibah, kedua - duanya hanya akan berlaku dengan hanya izinNya. Kita perlu yakin bahawa setiap sesuatu itu telah disediakan hikmah oleh Maha Pencipta bukan berlaku tanpa sebab atau suka - suka.

Rasa terhadap Maha Pencipta - rasa syukur yang tidak terhingga
Rasa terhadap diri sendiri - bersyukur dengan kurnianya
Rasa terhadap sesama kita insan - syukur apa adanya


Kita yang serba kekurangan ini bukanlah terlalu kurang. Hanya perlu yakin untuk melakukan apa jua rasa yang baik...insyaAllah...akan bertambah - tambah baiklah kita jadinya. Jadilah hamba yang terbaik biarpun kita ini serba kekurangan....WASSALAM

Monday, October 13, 2008

welcome to my blog....


hye semua...
this is my blog...
and my name is MOHD.HAFIZ ZAINUL ABIDIN...


dan blog ini adalah untuk suka-suka, sekadar menghiburkan hati yang lara, memberi pada yang sudi menerima, merasa pada yang sudi berbahasa....

setiap tujuan ada panduan. setiap awal pasti ada akhirannya. kita harus ada keyakinan, bahawa panduan untuk setiap jalan yang dilalui itu akan menghantar kita ke destinasi yang tepat. dek kerana warna-warna kehidupan yang pelbagai, banyak hal yang adakalanya kita abaikan. kerana terlalu banyak simpang yang harus dipilih, membuat kita tersesat. biarpun terang dengan pancaran cahaya, namun kerana mata tersilau dek pancaran nan terlalu indah, membuat kita sekali lagi rebah!!!!

tatkala kehidupan menghimpit kita, hanya ada ikhtiar dan tawakal. senyuam kelapangan sentiasa akan menyertai ketika kita berada pada jalur keimanan yang maksimum. begitu pula sebaliknya. apa yang kita miliki sebagai bekal hidup dalam jiwa yang lapang??


Usah Di Renang Lautan Impian

Usah Di Daki Gunung Harapan

Andai Hati Rapuh Bergoyang

Bagai Angin Menyapa Lalang


bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~