Aku dengar bunyi kereta di luar pagar rumah dan aku dengar bunyi pagar di buka sebelum enjin kereta terhenti kemudiannya. Ah, mesti E’zham dengan Ana. Siapa lagi mahu datang. Mata aku lekat semula pada televisyen yang aku pasang sejak petang tadi. Pintu di buka.
“Tak tido lagi?” E’zham soal. Tapi kemudian dia tutup pintu.
“Ana mana?” aku tanya soalan lain waktu E’zham meletakkan kasut di satu sudut.
“Ana je? I; you tak ingat?”
Aku senyum kelat.
“Bukan, I thought you kan makan berdua, jadi mesti pulangnya pun berdua…” aku menjawab. Tak mahu disalah ertikan soalan aku tadi.
“I dah hantara Ana balik. Sleepy, she said..”
“Ok…” aku diam.
E’zham rebahkan tubuh di atas kerusi sebelah aku.
“Dinner dekat mana?” aku tanya.
“The Bond, Avenue K. Next to KLCC. Dah lama I tak ke sana…”
Aku diam. Sebetulnya aku tak tahu apa dan di mana tempat itu. Asing bunyinya. Yang aku tahu, KLCC. Itu sahaja.
“Apa tu?”
“Apa?” E’zham tanya tapi tak pandang aku.
“The Bond?”
“Lounge; the most cool lounge I have ever lepaking…”
“Entah.. I tak pernah tengok lounge…”
“You should go. One day nanti kita pergi ok?”
“Makan apa?” aku tanya lagi.
“Lois Chiles Bruschetta plus Bluetini…” E’zham pejam mata.
Aku kerutkan kening. Makin pening dengar nama itu.
“Kenyang?” aku tanya soalan lain.
“Tak..”
“Habis?”
“Sebab you tak ada…”
“Yeah right…” aku cakap sinis.
“You? Dah makan?” E’zham tanya aku.
“Dah.. I masak meggie kejap tadi…”
“What?” E’zham terbangun memandang aku. aku pandang dia dengan rasa hairan.
“Apa dia?”
“Ish! You buat I rasa bersalah. I makan kat luar sedap‐sedap. You makan meggie je dekat rumah I…”
“Its ok. Im ok.. I tak cerewet…”
“Memanglah you tak cerewet tapi you stay dengan I now. I have to take care of you…” E’zham pandang tepat ke mata aku. Aku diam. Semacam terharu bila dengar dia kata begitu. Tapi kemudian aku senyum terangkat kening. Hela nafas sedikit.
“Kita makan luar sekejap ok?”
“No.. its ok.”
“Tak pun, I masakkan sekejap untuk you…”
“No.. You must be tired, Zham…”
“No, no.. you kene makan. Kalau I tahu, I paksa you ikut I dinner sekali tadi…”
Alahai E’zham. Memang manis suara lelaki ni kalau sudah mengayat aku.
“I bukan mengayat you tapi kesian tengok you lapar tak makan heavy…”
“Eh? Ha ha ha!” aku gelak besar.
E’zham bangun dari kerusi.
“I masak sekejap, ok?” E’zham buka butang baju satu‐satu tapi bajunya tak ditanggalkan. Masih tergantung pada tubuh. Cuma nampak susuk tubuh dalam.
“Ala.. tak nak. I dah kenyang…” aku bagi alasan.
“Are you sure?”
“More than sure… I baru ja makan sekejap tadi. Kenyang lagi” aku kuatkan hujah aku.
“Tapi…”
“Forget about your ‘tapi’, now you naik, mandi dan rehat…” suruh aku. E’zham terdiam. Mengalah dengan perangai degil aku. Degil? Mungkin. Aku senyum dalam hati.
“Ok, ok… you ni memang degil lah…”
“Aik? Ha ha ha!”
“Apa pasal ketawa?”
“Tak ada apa..” aku gelengkan kepala. Lucu sangat bila dengar ayat dia dari tadi. Seperti tahu apa yang aku fikirkan. Aku tengok saja E’zham menongkan kaki ke atas. Mata kembali pada cerita di tv yang aku tak tahu apa isinya.
5 minit… 10 minit… 15 minit… 20 minit;
E’zham tak turun‐turun ke bawah dan aku mula bosan duduk‐duduk seorang di hall banglo mewah ini. Aku tak lengah mendaki anak tangga tuju ke atas. Fikir aku memang mahu sahaja terus masuk ke bilik, mahu rehat‐rehatkan badan selepas berhempas pulas dua tiga minggu belakangan ini. Tapi kaki aku terhenti.
Pintu bilik yang terbuka sederhana membuatkan mata aku terpasak pada susuk tubuh menawan E’zham yang hanya menyarung seluar dalam Renoma warna kelabu. Aku tak tahu kenapa tapi sesuatu telah memaksa aku untuk tidak bergerak. Aku dipaku dengan lagak E’zham yang sedang berdiri di hadapan cermin; menyapu sesuatu di muka. Entah bisik apa yang buatkan aku makin mahu melihat dia dari dekat seraya aku dekatkan diri di hujung pintu.
Alis mata aku intai E’zham yang tak sedar sedang diperhati aku. Tangan kanan aku menggenggam seluar.
“Han..”
Celaka! Aku yang tak sedar, dia yang tahu aku sudah ada di sini.
“Masuklah…” suruh dia. Aku telan air liur. Tak kata apa tapi entah kuasa apa yang menolak aku masuk ke dalam bilik itu.
“Sorry tengok you…”
E’zham tak menjawab. Mata dan seluruh pandangan aku memandang dia yang masih di situ; mata dia memandang aku melalui pantulan cermin. Aku larikan anak mata melihat bilik yang pertama kali aku masukki sejak aku duduk seminggu yang sekejap ini. Cantik dan sederhana. Besar dan rapi. Mewah tapi tidak sarat.
“Nice room…” aku puji; masih berdiri.
Aku dengar E’zham menutup sesuatu; seperti sedang menutup bekas pembersih muka. Kemudian dia menoleh memandang aku. Aku telan air liur lagi. Kali ini benar‐benar rasa teruja bercampur gementar. Berdebar segenap jiwa bila E’zham menghadiahkan mata aku dengan tubuh menawan dia. Kulit sawo matang, dada bidang terbuka sederhana, bahagian abdomen yang ada ketak enam; tak ketara tapi cukup mempesona. Aku pandang tak kelip mata. Degil mahu alihkan anak mata tapi aku tak daya.
E’zham pasang sesuatu di hi‐fi. Indahkan halwa telinga. Heningkan rasa.
“Malam ni, kita dengar Violin Solo. Aphex Twin…”
Aku tak kenal siapa itu tapi aku tahu itu pemain muzik yang sedang aku dengar sekarang. Tenang dan naikkan hawa nafsu. E’zham datang dekat. Betul‐betul dekat dengan aku; mengizinkan hidung membau harum wangian yang melekat pada tubuh dia. Pejam mataku. Persona dan mengghairahkan.
“Nice bods…” aku puji selepas membuka mata.
E’zham senyum.
“Suka?”
Aku pula senyum.
“Its special for somebody je…” E’zham cakap lagi. Suara dia separuh berbisik. Nyaman nafasnya, aku bau.
“Siapa?”
“Yang ada depan mata…”
“Yeah right…” aku sinis. Ez’ham ketawa perlahan.
Sepuluh jari E’zham merayap di hujung sepuluh jari aku.
Aku diam; membenarkan.
“Dah lama…?” E’zham membisik di hujung telinga. Segar suara dia, aku tak menjawab. Sebetulnya aku tak tahu dia tujukan tentang apa. Dah lama? Dah lama perhatikan dia di luar tadi atau... apa?
“Dah lama suka I…?”
Aku memang tak mahu menjawab. Entah, tapi aku memang sudah mula suka. E’zham lepaskan lima jari di tangan kanan. Perlahan memeluk pinggang aku, dekatkan pada badan dia. Pipi berlaga. Aku kemam bibir. Sangat gementar jadinya. Kali pertama untuk seumur hidup aku dipeluk dua manusia pada hari yang sama. Bibir E’zham bermain di tengkuk aku. Hela nafas dia cukup berbeza. Bibir itu sekejap‐sekejap saja singgah. Aku terasa dibuai. Laut fikiran aku bergelora. Lagu indah menyenangkan rasa.
Aku biarkan bibir E’zham singgah di pipi sebelum terbawa ke hujung bibir aku. Aku tolak perlahan. Sebelah tangan aku menyentuh dada E’zham. Alasan aku mahu menolak tapi aku hanyut lagi.
“I tak biasa…” aku cakap perlahan.
“Syy… tak sakit… I promise…”
Mahu rebah aku dengar patah kata dia. Terputus‐putus, sayu tapi jelas. Aku belum buka mata tapi aku sudah rasa hujung bibir E’zham menyentuh bibir aku.
“Geli…” aku bisik.
“Heh..” E’zham senyum. Kekok tapi aku masih menginginkan itu dari dia. Dua tangan aku masih menyentuh dada E’zham yang tersalut kulit, bersih. Dua tangan dia sudah merangkul aku. belakang tubuh, aku dapat rasa telapak tangan dia menjalar.
Aku rasa selesa bila dia tunjukkan gaya matangnya biarpun sebetulnya itu kali pertama dalam perjalanan hidup aku. E’zham seperti membiarkan aku melakukan apa sahaja. Membiarkan bibirnya diulit bibir aku. membiarkan tangan aku merayap ke mana pun tubuh dia yang aku mahu. Aku; membiarkan diri diperlakukan sampai ini untuk dia.
E’zham melepaskan bibir dia. Mata aku terbuka, mata dia dibuka.
“Kenapa?” dia.
“Kekok…” aku.
“I sukakan you…”
“Sejak bila?”
“Since first time I saw you at the hall…” dia.
Aku diam. Cuba mengingati detik pertama aku jumpa dia dulu. Ya. E’zham jadi orang pertama yang tegur aku sejak aku jejakkan kaki ke sini. Aku lihat E’zham semula. Yang dua tangannya masih tak lepaskan aku.
“Kenapa?” aku.
“I don’t know… all I know is I mahukan you…” dia.
“Weird…” aku.
“You? I tak tahu you sukakan I…?” dia.
“Now you know…” Aku.
E’zham tersenyum. Hidung dia didekatkan pada hidung aku.
“You ni cutelah…” dia
“What ever…” aku.
“Kenapa baru sekarang?”dia.
“Peluangnya baru dapat sekarang…”
“Pandai you jawab…”
Aku senyum.
“Ana…?” tiba‐tiba aku keluarkan nama Ana. E’zham jadi lain. Pelukkan dia pada aku dilepaskan. E’zham tunduk sedikit, ada keluhan kecil di hujungnya. Aku jadi serba salah. Aku kunci mulut. Sengaja aku mahu tahu apa sebabnya. E’zham alihkan perhatian. Tuju ke sisi sliding door yang tertutup di bilik utama itu. Aku biarkan E’zham ke sana. Pandangan dia dilempar ke luar.
“I sayangkan Ana…”
“But?” aku tanya..
“But its not like I thought. Like you thought. People see us macam loving couple tapi people tak tahu apa yang I terpaksa lalui…” E’zham membuat aku bingung dengan ayat dia.
“I tak faham… I tengok you dengan Ana dah macam suami isteri je..,” aku cuba mengusik. Niat aku mahu lihat E’zham senyum.
Ya dia senyum tapi sekejap itu dia masam lagi. Aku gerakkan kaki dekatkan diri dengan E’zham. Sekejap E’zham mengerling melihat aku; tak senyum.
“I tak tahu apa yang jadi between you dengan Ana. I bukan mahu masuk campur tapi its realy weird. Pelik tengok you dah ada perempuan hebat macam dia tapi you still mahukan.. yeah.. you know what I mean…”
“You?” E’zham tanya aku.
“I what?”
“Nothing..." E'zham terhenti. "One day you akan tahu kenapa. Please, I tak nak open cerita ni…” sayu suara dia. Mata E’zham singgah ke muka aku.
“Sorry..”
E’zham senyum sebelum menyambung;
“I nak hug you…”
Aku depa tangan sedikit; mengizinkan. Tubuh sederhana aku ada dalam pelukan E’zham semula. Rangkulan dia kemas. Tak kuat tapi rapat. Menyenangkan helahan nafas. Kepala E’zham lentok ke bahu aku, manja gayanya. Sebelah tangan aku menyeka rambut tidak pendek, bukan juga panjang milik dia. Kalaupun aku belum tahu apa pokoknya, tapi aku tetap mahu tenangkan apa yang sedang dia rasa.
Aku terasa tubuh aku makin dipeluk erat bila aku lakukan itu.
“I sayang you…”
Bergetar jiwa aku dengar suara E’zham. Aku senyum tak tahu untuk apa tapi aku rasa puas berbaur gembira. Aku tak tahu apa dan kenapa ini mesti terjadi. Tapi aku tahu sesuatu telah berlaku antara aku dan E’zham, E’zham dan Ana, Ana dan aku. Mata aku memandang bulan yang tergantung di langit, atas sana…

1 comments:
fianlly....
Post a Comment