welcome

Sunday, December 14, 2008

pernikahan sulit (part 16)



Sudah lama aku tak jenguk bulan mengambang waktu malam di luar kediaman mewah. Sudah beratus jam aku tunggu untuk habiskan masa di tengah kota yang sangat jarang aku pergi. Bukan tak mahu Cuma aku tak biasa kalau mahu keluar seorang ke sana.


Justeru aku memang tak akan tolak tawaran E’zham yang mahu membawa aku ke Segi Tiga Emas.


“Ke mana?” aku tanya.


“Somewhere…”


“The Bond...?”


“Kita makan malam di sana dulu, after that I bawa you ke club…”


“Ermh…” aku tersandar di kerusi empuk Lotus Exige.


Dulu, waktu mula‐mula kenal dengan lelaki ini, dia memang pernah mengangkut aku kunjung ke laluan yang penuh eksotik. Aku masih ingat betapa sesaknya malam itu. Cuma aku yang menolak bulat‐bulat tawaran E’zham yang mahu mengajak aku melibur. Waktu itu aku kacangan lagi. Mungkin sekarang aku baru betul ada berani mahu ikut jejak langkah yang E’zham mahu tunjukkan.


Detik itu jam 8. 14 malam. Tapi agak pelik kawasan Avenue K ini sangat lengang. Aku tanya kenapa pada E’zham.


“Kalau you nak beli kasut dengan harga satu atau dua ribu ke atas, you boleh datang sini…” sinis bunyinya tapi aku faham. Memang ada dua tiga butik mewah terteman di sebelah sini.



Mungkin kerana itu tempatnya bukan jadi tumpuan. Tempat orang bercitarasa tinggi. Aku tak kenal seorang lelaki yang menyambut E’zham di pintu masuk bar tersohor ini tapi aku sambut huluran tangan dia.


“Erhan, kawan I…” E’zham kenalkan aku dengan lelaki itu, berteman suara berbisik. Aku senyum.



“Syed Aizach…” dia kenalkan diri. Sekejap mata aku terpaut dengan mata dia yang tersenyum tapi cepat‐cepat aku tarik tangan. Orangnya tinggi E’zham. Mukanya melayu tapi matanya ada sedikit lentik. Hidungnya terletak biarpun tidak mancung. Bibirnya nipis jambu menampakkan sebaris gigi bersih kalau tersenyum. Berdagu tajam. Sedikit misai dan kumis membangkitkan aura kelelakian dia. Kulitnya sawo. Tegap tubuh dia apalagi tersarung kot hitam yang kemas.


“So, Martini Bar or Atrium Area?” Syed Aizach tanya E’zham tapi sekejap ngerling aku.


“Atrium, I lapar, nak makan…” E’zham jawab dengan senyum dia yang melebar sebelum menyentuh sedikit pinggang aku tanda mengajak. Aku membontoti E’zham waktu Syed Aizach bawa kami tuju ke suatu tempat yang aku kira sudah ditempah. Telinga aku antara dengar dan tidak pada perbualan dia dengan Syed Aizach waktu kami sedang berjalan kerana aku ternyata lebih tertarik untuk meliarkan mata melihat pemandangan serba eksklusif yang terselerak di setiap penjuru.


Berlatarkan rona putih, hitam dan kelabu, tersimbah pula dengan cahaya lampu yang tersusun eksotik memang menyerlahkan lounge ini. Soul revival dan terkadang kedengaran comedy freestyle yang termain di segenap ruang aras satu ini begitu mempesona. Sesuai dengan nama
Bond yang di angkat. Retro bercampur unsur urban.


“Tak ramai orang hari ni…” aku bisik bertanya untuk E’zham. Saja kerana aku lihat tak ramai penghuni dalam lounge ini. Cuma ada beberapa pengunjung yang sedang duduk‐duduk berbual di beberapa sudut. Lagaknya masing‐masing seperti orang berbisnes besar.


“Boyfriend you bawa awal sangat. Selalunya at nine above baru ramai orang datang. Thursday or friday night memang jarang orang datang waktu begini unless ada any private event…” tapi Syed Aizach jawab. Bulat mata aku dengar usikkan ayat dia di awal jawapan. Tapi aku diam.


“He’s bluffing…” E’zham senyum melirik pada aku.


“Duduk dulu, I panggilkan Nadia…” Syed Aizach kemudian hilang.


Beberapa detik kemudian seorang gadis tinggi lampai; rambutnya terikat kemas. Alis matanya bundar. Lehernya bukan jinjang, kulitnya sawo tapi gebu. Pinggulnya menawan, kakinya panjang bikin langkahnya menarik, datang dengan senyum mekar.


“Good evening, Zham…” ucap dia sebelum meletakkan menu, dua; satu untuk aku dan satu untuk E’zham.


“Evening, Nad…”


“Ana mana?”


“Ana tak ada…”


“So who is this hot hunk?”


“This is Erhan.. Erhan, Nadia…”


“Hello…” aku sapa dengan bibir terukir.


“Hello…” Nadia senyum. Cantik gigi dia.


“Nice figure…” perempuan itu puji wajah aku, mungkin. Aku senyum tersipu tapi bersahaja.


“Ok guys, lets back to work. Nanti Ayed sound I…” dia gelak perlahan. Gelakkan seorang perempuan kota. Perlahan tapi kedengaran selesa.


“I punya macam biasa… one Peachtini for me… Han?”


Aku masih membelek‐belek buku menu yang terhidang depan mata. Sebiji pun aku tak tahu apa isinya. Sekejap aku ngerling lihat lelaki di depan aku yang sudah tersenyum mengusik. Bodoh!


Sah‐sah aku tak tahu apa‐apa, tak kan nak tunggu aku bertanya. Hujung kaki aku tendang sedikit kaki E’zham. Geram!


“Duhh! Haha ok im sorry.. Nad, give Lois Chiles Bruschetta plus Bluetini for him…”


“Perfect…”


Terbuka, ternganga sedikit sebetulnya waktu hidangan sampai, terletak di atas meja, depan mata. Aku bukan tak mesra dengan makanan itu, cuma sangat tak mesra dengan minuman yang ditempah E’zham.


“Air apa ni?” aku tanya membisik tapi mata melekat pada secangkir gelas bertangkai panjang. Airnya sedikit tapi birunya mempesona. Ada krim tersedia di atas berteman buah strawberry.


“Bluetini…”


“Ya I tahu tapi peliknya bau…”


“A mixture of Vodka and Blue Curacao, the bluetini was one of the strongest concoction…” Aku telan liur.


“Tak biasa la Zham…” aku bisik dengan nada berat.


“You must try… at least once for the life time…”


“Tak ada air lain ke?”


“You nak apa?”


“Air masak ada?” aku tersenyum sipu. E’zham yang baru‐baru nak menyuapkan makanan ke mulut, terhenti kemudian tergelak.


“Stop teasing me…”


E’zham lambaikan tangannya memanggil Syed Aizach yang terdiri di bar utama; sedang bersama dua tiga lelaki lain.


“Yes sir?” Syed Aizach datang bertanya dengan senyuman.


“My lover wants plain water… cold please…”


Aku ketap bibir. Mata pandang ke bawah, serasa seperti mahu aku maki si E’zham waktu itu.


“Mar! Plain water, cold…” Syed Aizach menyuruh orang lain ambil untuk dia.


“Tak biasa minum martini ke?” Syed Aizach tanya.


Aku angkat muka senyum sedikit tapi mata aku berlari pada E’zham.


“You pun satu, Zham. Dah tahu tak biasa, nak menyuruh lagi buat apa…” kata Syed Aizach waktu segelas air sejuk datang dipersembah untuk aku.


“Next time beri Lycheetini dulu… kalau dah biasa baru boleh masuk Bluetini. Ingat semua orang macam you ke?” Syed Aizach menyambung.


“Lychee?” aku tanya.


“Well‐known favourite among the ladies. Goes down smooth and easy and leaves a sweet aftertaste that has you begging for more…”


Ah! Pandailah kalau nak memancing. Dua kali lima macam E’zham agaknya lelaki ini. Aku senyum menolak.


“Bon appetite…” Syed Aizach senyum untuk aku sebelum dia langkah tinggalkan kami teruskan makan malam; menyambung kerja dia agaknya. 45 minit yang kemudiannya, selepas aku tangkupkan kedua sudu dan garfu di atas pinggan, E’zham tanya soalan;


“Kenyang?”


“Tak, I nak makan you lepas ni…” aku mengusik.


“Erm.. sounds yummy. You dah pandai nakal sekarang...” tergelak aku dengar ayat E'zham.


“Kenyang tapi I tak biasa makanan macam ni…”


“Kenelah biasakan. Sometimes we need something out of the box…”


Aku senyum, mengiyakan. Memang kadang‐kadang perlu juga.


“After this kita ke club…”


“Mana?” aku tanya.


“Area‐area sini…”


“Habis tak kan nak pergi club pakai macam tu…” aku tujukan untuk E’zham yang sedang menyarung kot kelabu gelap.


“Han sayang, I even pernah half nude ke club…”


Aku senyum lagi. Kali ini mencebik bibir, E’zham memang lebih berani dari itu. Teralih mata aku terpandang Syed Aizach sedang menulis sesuatu di atas bar utama sebelum diberikan pada seorang bartender. Aku suka perhatikan gayanya yang eksekutif. Bergaya biarpun tidak setampan E’zham.


“You dah kenal lama ke dengan kawan you tu?” aku tanya basa basi.


“Siapa?”


Aku muncungkan bibir, E’zham toleh.


“Ayed? Kenapa?”


“Mesra…”


“Cemburu?”


“Ah! Nak cemburu buat apa.. I tanya je. Selamba je you bual‐bual dengan dia…”


“Oh.. haha.. He is executive here. One of my closed friend. I dah jadi regular costemer di sini since its opened a couple of year ago…” aku dengar E’zham terangkan jawapan.


“Patutlah semua kenal… Entah‐entah tukang masak kat belakang pun kenal you...” E'zham maniskan mukanya dengan senyuman. Aku suka, sejuk mata memandang.


“You memang dah pandai mengusik i sekarang... but sooner they will know you…”


Aku pandang dengan muka bertanya.


“Sebab I akan bawa you selalu ke sini…”


“I tak selesa…”


“You kene selesakan… next time I bawa you makan di Carcosa…”


“You jangan keluarkan nama pelik‐pelik dengan I… I tak biasa tempat mewah. Tadi pun you dah buatkan I malu…”


E’zham senyum lebar.


“Sorry. I did not meant it. I cuma mengusik. Kadang‐kadang dapat usik you, fun juga…”


“Pandailah you…”


Aku diam sekejap lihat semula keliling lifestyle lounge ini. suasananya makin bahang bila ramai yang sudah mula penuhkan ruang bar. Ada sekelompok mat saleh sedang libur di sebelah sana.
Dan ada yang lain berselerak sana sini. Ya benar kata Syed Aizach, lounge ini ‘hidup’ selepas jam sembilan; selepas semuanya pulang untuk bersihkan diri sementelah habis waktu bekerja dan keluar semula untuk isikan waktu senggang malam, mungkin.


“Thank you belanja I makan di sini… such a new things. Finally i dapat rasa sendiri makan di sini. Kalau tak asyik dengar you cerita je...”


“Its more than a pleasure… habis tu I nak ajak siapa lagi selain buah hati I ni…”


Bibir aku puas senyum malam ini di usik E’zham. Memang senang hati aku kalau ada dekat dengan dia. Ada saja yang dia bikin untuk ceriakan hari aku. Semuanya jadi serba teratur dan indah. Aku hirup air sejuk yang masih berbaki sebelum mata aku kemudian teralih sekejap melihat Syed Aizach yang masih di situ.


“Dah jatuh cinta ke?” E’zham sindir. Aku tergelak.

“Sorry…”

“Ingat, you tu I punya…”

Aku jadi gelak keras. E’zham terketawa sama. Lucu dengar pernyataan lelaki kacak ini. Tapi ya juga. Muka kelelakian Syed Aizach menarik dua bola mata aku untuk terus melihat gaya dia. Biar dia serasa aku bukanlah di dalam kelompok lelaki kacukan yang selalunya jadi idaman tapi muka garang kemelayuan dia menjadi penarik yang utuh, mampan dan menyelerakan.


Hei, proud to be Malay Hunk!

Stop guys! Jangan fikir aku akan jatuh cinta. Aku hanya kagumi, hanya memuji. Ah?! Lagu Shanty dan Marcell? Miang juga rupanya. Aku tersenyum, sendiri.

1 comments:

tidak dikehendaki said...

so they admit that they r official. or did they?

;">>

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~