Embun pagi mencengkam. Sejuk hawa dingin gigilkan badan aku. Lantas hujung selimut tebal yang menutup separuh tubuh, aku tarik ke pangkal dada. Tapi aku tetap tak tenang.
“Nak I tutup air cond?” E’zham bisikkan suara ke hujung telinga.
“Tak apa, I suka sejuk…” aku jawab.
“Nak I hug you more?” dia tanya lagi.
Sebetulnya aku mahu jawab tapi aku tak tahu ayat apa yang sesuai. Justeru dengan rasa sedikit berani, aku ambil sebelah tangan E’zham yang sudah memeluk tubuh; aku eratkan lagi dakapan dia. Biar lebih selesa.
Aku dengar dia ketawa kecil. Aku dengar dia tersenyum biarpun mata aku tak nampak tapi aku merasakannya. Dan aku dengar dia senang sekali. Aku benar rasa teruja ada dalam pelukan dia. Menggelojak rasa jiwa. Seluruh tubuh jadi terjaga.
“Pandai you peluk I...” aku berbasa basi. Mulakan perbualan pagi.
“Apa sahaja untuk orang yang I sayang…” ayat dia bikin hati aku sudahlah luluh tambah cair.
Serasa ais yang diterikkan di bawah mentari. Mencair…
Aku tersenyum. Mata terkebil‐kebil dalam bilik yang hampir gelap sepenuhnya. Lampu yang terada di atas meja sebelah katil; yang E’zham pasang sedari malam tadi, masih membuaikan rasa. Cahayanya malap. Sayu tapi eksotik.
Antara sedar dan tidak, sudah hampir saban malam aku dan dia tidur sekatil, berkongsi bantal, mandi sebilik. Ah! Semuanya jadi berubah sejak belakangan ini. Lebih tepat sejak aku pindah ke sini.
Menyusur hari‐hari pertama dengan E’zham melalui hubungan penuh sulit seperti ini begitu menjanggalkan. Macam‐macam perasaan berbaur jengah hujung hati aku cuma aku entah benar atau tidak, mengerti tentang semua ini.
Aku tak pernah terfikir akan ada dalam hidup lelaki sehebat E’zham. Dia miliki semuanya, dia kaya, langkahnya penuh gaya, dia kacak, dia persona, dia kegilaan ramai wanita dan akhir‐akhir ini dia makin rajin mahu melayan kerenah nakal aku. Terkadang aku rasa keterlaluan tapi ini yang sedang aku dan dia lalui. Dia memberi dan aku menerima apa sahaja yang ada pada dia.
Maksud memberi aku; dalam perangai dia, perlakuan dia, perhatian dia pada aku dan aku menerima semua yang dia lakukan dengan hati yang penuh keterbukaan. Tanpa ada rasa jemu sekelumit pun.
Pun begitu, ini bukan kali pertama E’zham memeluk aku, entahlah kenapa rasa beda kali ini. Beda kerana pelukkannya jadi makin punya isi. Pelukan yang bukan sengaja dibuat.
“Pukul berapa flight you?” aku tanya perlahan.
“12 noon…”
“I tak ikut you hantar ke airport, ok Zham?”
“Kenapa?” dia tanya. Kepalanya yang tersandar di atas kepala aku terangkat sedikit. Terkejut mungkin dengar keputusan aku cuma aku terus diam.
“You pergi Langkawi je kan, bukan jauh sangat…” aku beri alasan.
“Tapi I pergi seminggu. Imagine my every single night without you…”
“Kenapa Ana tak ikut?” aku larikan soalan.
“Ana patutnya ikut tapi last minute dia batalkan sebab Puan Yana minta dia jadi fasilitator untuk intake baru this coming tuesday…”
“I tak tahu Ana handle intake baru…” aku jawab biarpun tak ditanya.
“I tinggalkan you seorang di rumah, you ok kan?”
“You tanya I macamlah I ni budak‐budak lagi…” E’zham senyum dengar jawapan aku.
“Mana tahu you bawa orang lain balik rumah…” aku pula tersenyum.
“Since when you tak percayakan I?” aku menduga terus.
“Bukan tak percaya, it means I ambil berat tentang you…”
“Jangan risau. I jaga rumah ni macam I jaga diri I…”
“Thanks Han…”
Diam sekejap.
“I tak faham you ke Langkawi untuk apa…” aku alihkan topik bual.
“Eh, I ingatkan you dah tahu…”
“Tak…”
“Last year, I won first prized untuk one of summer Guess competition. Jadi pihak sana panggil i semula untuk buat shooting. More to merchandise yang nak dipasarkan di Malaysia…”
“Realy? I tak tahu pun I sedang baring dengan Malaysian next top male model…” aku usik
E’zham yang tetap tak mahu lepaskan pelukan.
“Ah! You pandai nak mengusik I…” hujung jari E’zham memicit perlahan hidung aku. Aku tepis sedikit tapi seraya tergelak perlahan sebelum E’zham kemaskan rangkulan dia.
“You tak nak bawa I sekali ikut shooting?” aku saja tanya; menduga.
“Tak nak… nanti I tak boleh cari makan…” E’zham dengan nada mengusik. Pecah tawa aku dengar ayat itu.
“Itu dah kira perli I…” aku mencebik.
“I tak perli… its true, figure you sharp…” E’zham memuji. Aku gerakkan sedikit muka aku memandang E’zham yang sedang mengongkat kepala. Wajah dia aku renung samar‐samar tapi masih bisa lihat dua anak matanya juga memandang aku.
“No, I tak berangan nak jadi model…”
Dua jari E’zham bermain di bibir kering aku.
“Bibir you kering…” kata dia.
Sekejap aku diam; menelan air liur.
“Basahkan…” aku bisik nada perlahan; menyuruh sebetulnya, kerana aku tahu itu yang dia mahu. E’zham senyum. Sebelah tangan yang menongkat kepalanya; membelai rambut aku yang bersepah. E’zham membetulkan pembaringan, bibirnya sekejap singgah di pipi aku.
Dua tangan aku rangkul kecil tengkuk dia. Kucupan dia berkali‐kali lantas aku kata;
“Geli…” dalam suara terhilai sederhana.
E’zham tak endahkan. Sekejap bibirnya melekat di hujung bibir aku. Membasahkan rona yang tadinya kering. Aku dan E’zham terbuai terus sampai kami terlena sebelum bunyi jam di bimbit dia kejutkan kami bangun; bersiap untuk ke lapangan terbang.
Sudah hampir sejam setengah aku melepak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini. Duduk seorang dari tadi, diam di satu ruang menunggu memang membosankan. E’zham sudah hilang dengan Ana, entah ke mana. Bukan tak mahu ikut hantar E’zham ke hujung pintu masuk tapi, ah! Aku tak mahu rasa janggal kalau di hadapan mereka. Nanti dikata lebih sudu dari kuah. Jadi aku tunggu di sini.
Tunggu Ana sebetulnya. Memang ini kali pertama aku jejakkan kaki ke tempat hebat ini. Kalau bukan dipaksa E’zham untuk hantar dia ke sini, di rumah tadi, memang aku tak akan dapat merasa megahnya KLIA ini.
Justeru aku hanya tahu bermain dengan bimbit aku meskipun bukan ada mesej apalagi panggilan yang masuk. Dari tadi mata aku lilau ke sana ke sini. Lihat pemandangan sibuk yang memeningkan kepala. Tapi bagus juga, lama tak mencuci mata; lihat perempuan‐perempuan ayu yang menarik bagasi sendiri; pramugari namanya. Apalagi lihat abang‐abang pramugara.
Cuma tak meruntun jiwa. Aku senyum dalam hati. Senyum nakal barangkali. Aku selesakan sandaran aku. Memeluk tubuh. Suhu yang agak rendah di sini jadikan aku rasa sedikit dingin. Kemudian pandangan aku terpasak pada lagak seorang budak kecil yang usianya mungkin lingkungan enam atau tujuh tahun; merengek mahukan coklat Famous Amous di situ.
Puas seorang wanita; ya mungkin ibunya, memujuk tapi makin dipujuk makin mengada jadinya.
“Tengok apa?” sapa Ana yang sedang berdiri. Teralih perhatian aku sekejap pada gadis itu.
“Nothing, Zham mana?” aku jawab dan aku tanya semula.
“Dah masuk…” Ana menjawab seraya duduk di sebelah aku.
Aku diam, mata melihat semula si budak kecil yang sedang membelek bungkusan Famous Amous. Sudah diam dia bila ibunya hadiahkan biskut itu. Aku kemudiannya melihat tangan kecil itu suapkan sekeping di mulut. Comel.
“I rindukan masa kecil I…” sentak sedikit aku; memandang Ana yang tiba‐tiba utarakan cerita itu tapi aku senyum sedikit, tenang. Rupanya dia juga sedang melihat perkara yang sama.
“Semua manusia akan rindukan zaman kecil…” aku tambah ayat. Perlahan mata aku mengongsot ke budak‐budak kecil yang lain di situ. Badan aku tersandar semula. Jari aku menggenggam antara satu dengan yang lain. Sesaat hujung mata aku melirik ke kaki Ana yang sudah tersilang tapi kemudian aku tertarik mahu mandang muka Ana.
Duduknya menegak, beg Prada yang jadi temannya hari itu dia sangkutkan di lengan. Dua tangganya dia gengam dan letak di atas lutut kaki kanan yang bersimpuh atas kaki kiri. Bergaya.
“I tak sangka hidup I sudah secepat ini… baru semalam rasanya I paksa mum I beli ballerina, now I dah jadi mak kepada ballerina…” ayat Ana mengusik di hujung. Saja ceriakan perkataan dia agaknya, biar nampak santai.
Aku tersenyum. Masih tersandar dan masih pandang dia.
“You?” Ana tanya aku dengan mata mengerling.
“Tak ada apa‐apa yang boleh I ceritakan. Tak ada yang menarik tentang I. Dunia I kecil. Bukan sehebat you, bukan semeriah budak‐budak lain, mungkin…” aku mulakan ayat.
Aku pandang di kejauhan. Anak mata berlari‐lari. Laut fikiran aku berpeleseran ingatkan apa yang telah aku lalui zaman kecil dulu. Bukanlah buruk tapi bukan juga indah. Bukan aku tak mahu ceritakan tapi bukan ini masanya. Bahkan bukan ini tempat yang sesuai mahu buka cerita lama.
“Semua manusia dihidupkan di dunia dengan cerita sendiri. I tak menolak apa yang ditakdirkan dalam hidup I. Yang I tahu, I perlu enjoy every single moment of it sebab apa yang I ada sekarang, bukan selamanya ada depan mata…” aku cakap sepatah‐sepatah tapi jelas.
Biar Ana kalaupun bukan faham semuanya, biarlah dia tahu sedikit apa maksud aku.
“Contohnya?” Ana tanya. Aku pandang anak mata dia yang perlukan penjelasan. Aku diam kejap. Cari jawapan di muka dia.
“Contohnya, you” aku terhenti. Ana kerutkan kening.
“I bertuah kenali you without any syarat yang selalunya diletakkan oleh perempuan cantik lain. So I need to appreciate every single time yang I ada dengan you sebab I tahu, satu hari nanti you akan tinggalkan I…” aku bukan menggoda dengan ayat cuma aku mahu memberi contoh yang paling mudah untuk difahami dia.
“Ah! Han… such a sweet words tapi you cakap macamlah I yang akan tinggalkan you. Entah-entah you yang tinggalkan I…” Ana palingkan muka pada ayat terakhir dia. Aku senyum dikit.
“Jom balik, I lapar…” aku alihkan topik.
“Yea.. I pun lapar. Kita ke Pavilion ya… I rindu nak makan donat J.Co…”.
Aku anggukkan kepala. Ana berdiri. Hujung tangan dia dihulurkan untuk aku, pinta separuh manja. Antara mahu dan tidak, aku sambut huluran tangan halus Ana. Kami berjalan ikut tangga eskelator tuju ke tempat letak kereta.
Sekejap itu aku terasa poketku bergegar. Aku ambil bimbit, aku baca isinya.
"I rindukan you…"
Aku telan air liur baca mesej pertama dari E’zham selepas dia masuk ke pintu perlepasan.
“Siapa?” Ana tanya.
“Ermh.. kawan…” aku jawab dengan debaran yang penuh di dada sebelum menggenggam telefon itu. Tangan kanan aku sudah dipegang Ana; erat. Entah apa pula yang akan terjadi…

2 comments:
blh thn jugak han tu ye..
dua2 dia sapu..
;>>
hehehe..biaselaa..in real lifepun mcm tue jugakkan..:P
Post a Comment