Sebelah tangan aku betulkan earphone yang sengaja aku pasang sejak sejam tadi. Terkadang bosan juga rasanya siapkan kerja‐kerja yang baru bermula semalam. Pelajar seperti aku kalau tak menyibukan diri dengan assignment, bukanlah pelajar namanya.
Justeru ipod nano yang diberi pinjam E’zham tiga hari lepas jadi peneman aku ke mana pun sejak dia tak ada. Ah memang kekampungan sungguh aku bila memasuki dunia E’zham. Ipod, MP3, komputer riba, PDA screen touch; semuanya bikin aku serasa seperti kambing masuk ke bandar.
Nasib baik aku jenis yang cepat tangkap kalau di ajar. Jadi tak lah nampak terlalu bodoh gunakan benda ini. Aku tukar lagu Fertile Ground ke Amy Winehouse. Im No Good memang membuaikan aku. Tak pasti apa genrenya tapi musiknya benar rilex. Buatkan idea bertandang tak putus‐putus di hujung kepala.
Aku bukan tak pernah tahu E’zham miliki citarasa yang hampir serupa dengan aku cuma semenjak dua ini, obvious juga jadinya. Aku sukakan lagu padang pasir, dia pun. Aku dengar lagu Ziana Zain, dia pun. Dia sukakan lagu akustik gitar, blues, jazz; aku pun serupa. Kadang‐kadang dia pasang tekno dan disco house, aku melayan. Seronok tengok dia yang pandai shuffle. Enak juga miliki teman yang senafsu, tak banyak cerewetnya.
Aku lirik senyuman; sedikit dan keseorangan tapi tangan aku masih lincah lakarkan rekaan interface yang merupakan tugasan baru aku. Sekejap aku termenung. Wajah E’zham menampar laut fikiran aku. Aku jadi rindu. Entah sedang apa dia sekarang. Tak fakir panjang, aku capai bimbit aku yang belum terusik sejak tadi di dalam poket beg sandang.
‘Zham, buat apa?’
Aku letak semula. Sekejap aku tersandar di kerusi. Aku izinkan isi kepala aku berputar tentang E’zham. Tentang dua tiga hari ini yang aku lalui tanpa lelaki itu. Pergi dan balik dari kolej dengan teksi. Agak memenatkan dan sedikit celaru barangkali apalagi aku memang tak pernah membiasakan diri untuk pulang sendiri.
Tapi ah! Aku bukan budak kecil lagi. Lepak seorang di dalam rumah sebesar itu buatkan aku terfikir; bagaimana E’zham dahulu tanpa aku di rumah. Tanpa sesiapa yang menemankan dia. Memang benar sunyi E’zham dulu kalau tidak ada aku. Celik mata seorang, makan petang seorang, malam terbaring sendiri di atas sofa juga seorang. Ah E’zham memang dah buat aku angau.
Kemudian tentang kolej, tentang pembelajaran, tentang itu, tentang ini. Satu satu wajah masuk tak segan silu sapa benak akal aku. Linda, Azizi, Ibu Ngah, Ana. Ana? Aku lucu kalau teringat dia waktu dia bawa aku ke Pavilion yang baru aku jejaki beberapa kali, petang selepas kami lepaskan E’zham di lapangan terbang hari tu. Lucu temankan gadis itu membeli belah di sana. Sebetulnya aku lucu lihat gadis mewah seperti dia menghabiskan duit.
Teringat aku waktu dia sedang cuba‐cuba sesuatu di Evita Peroni. Untuk sebuah shark batu delima yang harganya 399.90 ringgit, sepasang cucuk sanggul sudah menjangkau 199.90 ringgit. Cekak baldu ungu yang berharga 299.90 ringgit dan sepasang anting‐anting kecil jenama Taratata; 569.90 ringgit. Di butik itu sahaja dia sudah sedekah lebih satu ribu ringgit.
Aduh! Terbeliak mata aku waktu Ana bayar semuanya dengan kad kredit. Platinum. Itu belum lagi waktu dia singgah ke Goldheart untuk sebentuk cincin emas, Burberry dan akhir sekali ke Juice Couture. Penghujungnya, ada seorang lelaki di salah sebuah butik mewah itu sapa aku dengan usikkan maha pedas;
“Banyak girlfriend abang shopping? Duit abang ke duit dia?”
Aku telan air liur memandang. Aku memang tak senang di usik begitu tapi aku tak jawab. Hanya tahu lirik senyum kelat. Aku tak tahu apa warna muka aku waktu itu tap benar aku agak terkejut dengan ayat berani budak itu.
Mahu dimaki pun, aku bukannya reti, justeru aku diam. Memang itu dunia yang aku baru jumpa biarpun sudah lebih setengah tahun aku dudukkan punggung aku di Kuala Lumpur. Asing kalau di ajak bermesra dengan barang mewah. Apalagi Ana hari itu memaksa aku untuk memilih sepatu mana yang aku suka di Ferragamo. Ah!
Lantas dengan rasa sedikit kurang selesa aku tarik tangan Ana untuk keluar dari butik semewah itu. Bukan menolak tuah cuma aku tak mahu terlalu makan budi. Mungkin bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti, waktu aku benar‐benar sudah bersedia untuk ditaja. Haha! Aku gelak dalam hati.
Bunyi bimbit aku kejutkan lamunan. Aku ambil dan tekan butang tengah.
‘Selamat petang sayang, I dekat Hoya café tengah lepak dengan krew. Hows there?’ E’zham akhirkan mesej dengan pertanyaan.
‘Still in class. Bored. I miss you’ - Kirim.
Aku menongkat dagu. Mata pandang tegak ke depan. Ke dinding putih. Sekejap mengengsot ke papan putih yang tergantung. Sekejap mengerling ke bawah. Pokoknya ke mana sahaja yang boleh tersinggah di depan mata. Biarkan pemikiran aku berombak lagi. Tapi bukan pada Ana.
Mikir ke mana aku nak tuju petang ini. Macam malas mahu terus pulang ke rumah sendirian.
“Rindu siapa?”
Ah! Aku terkejut disergah. Menoleh lihat Fahri terjengul di sebelah.
“Nothings up…” aku jawab sambil sebelah tangan aku menyeka rambut. Macam tahu‐tahu je mamat ni yang aku sedang rindukan E’zham. Earphone yang terlekat di telinga, aku tanggalkan.
“Dari pagi tadi I tengok you tak habis‐habis buat kerja…” Fahri tegur lagi.
“Malas nak siapkan dekat rumah. Habiskan terus dekat sini. You dari mana?” aku tanya Fahri yang sudah duduk. Tangan aku pegang semula pensil Stabilo Micro 288 yang jadi teman istimewa aku sejak pagi tadi.
“I dari library cari bahan untuk design I…”
“You buat apa?”
“Levi’s store…”
Aku diam. Mata tertumpu pada kertas depan. Lakarannya jadi teroleng sedikit. Aku cari pemadam membetulkan semula. Bimbit aku bergetar lagi.
'Cant wait to fill my night with you...'
Ah! E'zham dah mula menggatal. Yang ini aku tak membalas. Nanti dia makin menggada. Jadi aku letak semula dalam poket seluar.
“Boring buat kerja ni…” aku dengar Fahri mengeluh.
“Huh?” tanya aku buat‐buat tak dengar.
“Im thingking to change my course…”
“Huh” aku toleh lihat dia. Kali ini aku tanya kerana sedikit terkejut. Fahri tak lihat aku tapi matanya kuyu. Tangannya memeluk beg sandang warna putih yang selalu dia usung ke sana sini.
“I plan nak tukar B.A Architecture…”
“Kenapa?” kali ini aku pusing betul‐betul pada Fahri.
“Entah… I just not comfortable studying this. Macam tak in dengan kepala I lah…” Fahri luahkan dengan suara perlahan. Membisik. Mungkin tak mahu didengar yang masih terada di belakang.
Sekejap mata aku mengerling pada Linda, Intan, Nadia kemudian pada Vince, Amir, Azizi dan sekejap itu pada Sir Wong yang entah sedang ajarkan apa pada Hanafi. Mungkin Fahri tak mahu mereka tahu.
“Tapikan dah nearly half a year, tak kan baru sekarang you nak tukar. Seems like you bazirkan masa…” aku beri pendapat.
Fahri diam.
“I minat design tapi I tak tahu yang I tak boleh handle this subject…”
“You mean what?” aku tanya, jadi tukang sibuk.
“This is to0 simple lah. I need more than this. Yang betul‐betul boleh mencabar otak I. kalau setakat creat design than learn how to make it dalam pc, baik I study sendiri dekat rumah...”
Tertelan air liur aku. Tersandar pula aku pada kerusi bila dengar jawapan lelaki ini yang pada hemat aku kedengaran agak bongkak tapi mungkin betul juga. Aku lihat Fahir dari segi yang beza. Aku memang tahu dia boleh buat lebih dari apa yang dia ada sekarang. Idea dia sangat hebat. Cara dia berfikir begitu kompleks.
“Kalau you rasa boleh handle more than this, you should go ahead. At least you tak membazirkan lagi dua tahun setengah kalau you terus study multimedia tapi you tak minat…” aku berikan pendapat aku lagi. Macam konfiden aje aku. Haha!
“Yeah, I think so…” Fahri mengeluh sekejap. dua keningnya terangkat.
Aku tak senyum tapi mahu tukar topik.
“Petang ni ke mana?” aku tanya.
“No plan…” dia jawab.
“Im planning to go somewhere nearby…” aku ajukan idea.
“Where?”
“Any cool idea?”
Fahri pandang aku dengan mata kecil, seperti memikirkan sesuatu.
“Curve?” dia kasi jawapan.
“Jauhlah… I tak ada transport nak balik. Zham tak ada…”
“Dia ke mana?”
“Langkawi; shooting…”
“Kenapa tak ikut?”
“Huh?”
“Dia tak takut tinggalkan lover dia seorang?” Fahri bisik sebelah telinga aku.
Berderau jantung dengar ayat dia. Muka aku jadi merah tiba‐tiba. Anak mata berlari‐lari tapi masih melingkar di muka Fahri yang bibirnya ada senyuman mengusik; penuh sinis. Buatkan aku jadi terdiam.
“But don’t worry. Kalau Zham tak ada, I boleh hantarkan. Sampai dalam bilik pun, it will be my pleasure…”
Fahri? Ah sudah!

0 comments:
Post a Comment