Awan larat. Matahari malu. Langit biru berair. Angin sepoi sang bahasa. Kedidi nyanyi entah lagu apa. Nyiur rimbun membisik tentang siapa. Air berdesir; jatuh atas batu; menyenangkan. Hujung ketapang lambaikan tangan yang memanjang.
Aku lempar mata dari ke hulu sampai ke hilir laman mewah di belakang rumah serba lengkap ini; itu yang mataku dihadiahkan. Hijaunya pemandangan pagi membuai hati.
Hujung rona hidung aku sedut angin pagi sepuas‐puasnya. Mata aku pejam sesaat; hirup nikmat yang masih aku rasa sampai detik ini. Aku hembus dengan senyuman puas yang tak mampu aku jawab.
Aku bergetar sekejap waktu pinggang aku dihadiahi sentuhan; dua tangan merangkul tubuh aku dari belakang. Sederhana tapi selesa.
“Selamat pagi, sayang…”
Bibir dia kucup sedikit hujung pipi aku.
“Selamat pagi…”
Aku senyum membalas; membiarkan sebelum kepalanya terlentok atas bahu aku. Empat mata aku dan dia memandang pagi yang sempurna. Pelukan dia bergerak‐gerak ikut alun lagu yang termain. Lagu sayu tapi bukan sendu.
“I rindu you, Han…” bisik dia lagi berteman kucupan yang berkali; mesra dan teratur pergerakkannya. Tangan yang merangkul pinggang, menyeluk baju shirt yang aku sarung; mengusap abdomen aku.
Aku biarkan kerana sungguh aku rindukan perlakuan itu.
“You tak rindukan I?” tanya dia.
“Ya.. rindu…” aku jawab perlahan tapi tegar.
Dia lepaskan dakapan sebelum pusingkan tubuhnya menghadap aku. Dan mata kami jadi satu. Mata dia yang tersenyum memperkosa apa yang aku ada. Sebelah tangan kiri dia merayap di lima jari kanan aku; sepuluh kesemuanya tergenggam erat.
Sebelah tangan kanan dia menyapu di pipi kiri aku. Tangan kiri aku yang kemudiannya pegang lengan dia bikin aku jadi sangat rindu biarpun semalaman tubuh kami melekat berdua.
“Kalaulah you tahu betapa seksanya I waktu you tak ada dengan I di Langkawi…” suara dia berteman nafas yang segar, aku senyum mengerti.
“Bangun pagi teringat you, makan ingat muka you, in location ingat muka you, dinner muka you, nak tidur muka you lagi…”
Kali ini aku terketawa tapi perlahan. Ada kerut di kening aku. bukanlah pelik cuma aku belum pernah menyangka si dia akan mengingat aku sampai begitu.
“I tak tahu you sayang I sampai macam tu…” aku pura bertanya.
E’zham mengeluh sebelum dia rangkul tubuh aku lagi. Aku sandarkan kepala di bahu dia.
“Tanyalah I waktu bila I ingat dekat you…” E’zham menyuruh.
“Bila?” aku tanya.
“Everytime I breath, I take you in…”
Aku telan liur. Berdebar jantung aku dengar jawapan lelaki itu. Pelukkannya aku lepaskan. E’zham senyum lihat mata aku yang berlari‐lari. Segan dengan ayat dia, sebetulnya.
“Jom sarapan…” aku mengajak.
“Any surprise for me?” soalan E’zham waktu kami sedang berjalan ke dapur buatkan senyum aku terus lebar.
“Tak adalah… I bukan pandai masak macam you cuma I ada bakar roti tadi…”
“Macam mana nak jadi wife I…”
Pecah tawa aku terteman gelengan kepala.
“Merepek…”
E’zham pimpin tangan tuju ke ruang dapur. Aku betulkan punggung selepas ia aku letakkan atas kerusi. E’zham berdiri tapi tangannya sudah menyapu roti bakar. Aku tuangkan kopi panas dalam dua cawan.
“Kak Yong kirim salam…” aku berbasa basi.
“Kak Yong mana?” E’zham tanya.
“Assist Puan Sharifah…”
“I tak kenal dia…”
“Like you said, satu kampus kenal you…” aku usik.
“For you…”
“Thank you…” aku ambil roti yang dia sapu tadi. Mata aku melilau ke sekitar ruang makan kotemporari yang jarang‐jarang aku singgah akhir ini. Aku hirup sekejap kopi panas menyegarkan rona tekak dan aku suap lagi baki roti yang ada.
“I nak bersiap…” aku tukar topik.
“Ke mana?”
“I ada class pukul 10 nanti…”
“Han… I baru balik semalam…”
“Habis tu?”
“Tak kan hari ni nak pergi kampus juga. Temankan I…”
“You tak ada class?”
“Cuti I ada lagi satu hari…”
“Rilex di rumah lah…”
“Sebab tu I suruh you temankan I…”
“Macam tak biasa stay seorang…” aku mengusik.
E’zham cebik bibir bikin aku tersenyum.
“Im kiddin… tapi I dah janji dengan classmate…”
“Tak kan tak boleh tangguh esok lusa…”
Aku diam, alihkan anak mata. Memikirkan jawapan sebagai alasan tapi roti yang ada dalam mulut terusan dimakan. Tapi kemudian pandang balik raut lelaki itu yang tampak mujuk aku.
“Nak ke mana?” aku soal.
“Mana‐mana. Bond Martini Bar tonight, might be. I miss the deserts there…”
Aku mengingat nama itu. Tempat kegemaran E’zham kalau mahu mengajak Ana makan malam. Mungkin mengajak sesiapa pun kerana dia pernah di jemput ke pelancaran kasut Nike yang baru, di tempat sama tengah bulan lalu. Cuma aku yang belum ada kesempatan ke sana walaupun entah sudah kali ke berapa di ajak E’zham. Mahu juga rasa apa yang indah belaka di sana. Ana.
Kepala otak aku teringat dia. Ana yang aku temui lagi petang semalam waktu dia menghantar E’zham ke depan pintu rumah dari lapangan terbang. Ana patut tercalon untuk Festival Filem Malaysia untuk ketegori Pelakon Wanita Terbaik. Peranan dia yang pegang watak perempuan tukang goda aku, lebih berjaya kalau mahu dibandingkan dengan Diane Lane untuk filem L’Amore Infedele.
Aku jadi kaget sebetulnya waktu temu empat mata dengan perempuan sempurna itu selepas apa yang sudah aku dan Ana lakukan malam sehari sebelumnya.
“Kali ni jangan kasi alasan tak nak pergi…”
Aku senyum.
“Tapi I tak nak escape class…”
E’zham diam sekejap memandang di kejauhan seperti memikir sesuatu tentang perancangan dia; hujung bibirnya menghirup kopi dengan wajah berkerut.
“I hantar you, after class kita hang out?” cadang dia.
“My class till two or three…”
“Petang?”
Aku angguk kepala.
“Petang tak payah pergi lah. Till lunch ja…”
“Sejak bila you mengajar I ponteng kelas?” aku tanya dalam senyuman yang mengerling.
“I pengetua kelab ponteng sedunia…” E’zham gelak. Sekejap dia hirup kopi yang terhidang tapi kemudian dia bangun dari kerusi lalu mencapai tangan aku.
“Come, I have something for you dari Langkawi…” hujung matanya megerling ada usikkan yang aku faham. Apalah lagi kejutan yang dia mahu beri. Aku tak bantah. Makin membiarkan E’zham rangkul tangan aku membawa ke tingkat atas; terus ke bilik dia.

0 comments:
Post a Comment