Aku tak tahu jalan apa yang sedang dua kaki aku titi sejak beberapa puluh minit yang lalu tapi aku tahu ini jalan yang pernah aku lalu waktu pertama kali E’zham kenalkan aku dengan dunia dia.
Justeru sejak tadi mata aku terlalu sibuk mahu ke sana dan sekejap ke sini lihat manusia yang sedang menghidupkan tengah malam kota.
Aku tak sempat bertanya, tempat apa yang sedang di pimpin si E’zham malam ini. Jalan ke sini, terhenti. Jalan ke sana, terhenti lagi. Terhenti kerana E’zham asyik di sapa orang yang aku tak pernah kenal. Ramai juga manusia yang kenal dia. Aku hanya tahu diam ikut langkah manapun si lelaki ini mahu tuju.
Kiri kanan telinga aku dihadiahkan dengan muzik penuh selera anak metropolitan. Bising tapi bukan membingitkan. Terkadang rasa aneh juga tapi mungkin ini yang perlu aku biasakan sejak sekarang. Aku melilau lagi. Yang lelaki, yang perempuan, yang tulen, yang tidak; bersepah-sepah dipenjuru mana.
Aku tarik lengan E’zham sedikit, waktu dia masih enak berbual dengan dua tiga teman yang menyapa;
“Nak ke mana?” suara aku tinggi tapi masih kedengaran berbisik.
“Club…”
“Ya lah tapi kelab mana?”
“La Queen…”
“Huh?”
“Depan sana…” E’zham terhenti jawab soalan aku. Dia pusing balik mukanya pada kawan-kawan yang sedang ada di depan. Aku pandang atas; Aloha, tulisan yang tergantung cantik di luar bangunan kelab. Tempatnya energetik. Muziknya energi. Boleh di dengar sampai ke luar.
“Tak biasa ke?”
Aku toleh muka, senyum dikit pandang mata dia.
“Sangat tak biasa…” aku jawab. Syed Aizach tersenyum. hujung misai yang ada terlirik ikut bibir nipis jambu.
“Nampak sangat ke?” aku tanya semula.
Syed Aizach mengangguk kepala. Batang rokok yang di tangan kanannya dia sedut sekali sebelum asapnya keluar ikut antara hidung dan mulut. Gaya dia mempesona biarpun hanya sedang menyedut kotoran rokok.
“Nampak takut‐takut…” Syed Aizach sambung.
“Bukan takut tapi seram…” aku gelak.
Syed Aizach gelak sama tapi kecil. Pandangannya ke tempat lain.
“Jom duduk...” aku dipelawa sebelum mata terpandang kerusi panjang yang tersidai di luar kelab; masih kosong.
“Kalau nak tunggu si Zham ni, sampai subuh pun tak habis kawan‐kawan dia…” aku senyum nipis ikut Syed Aizach yang gerak ke kerusi kosong.
Aku dudukkan punggung, memeluk tubuh.
“Zham memang ramai kawan ke?” aku mulakan perbualan di tempat baru. Sekejap aku tertoleh lihat E’zham, sedang asyik. Syed Aizach diam anggukkan kepala tapi rokoknya masih tak lekang.
Aku lihat matanya yang pandangannya terlempar di kejauhan; pada kereta di jalan raya, sebelum aku diam perhatikan apa yang aku sibuk tengok sekejap tadi.
“I tak pernah nampak you…”
“Erm?” aku pusing tengok Syed Aizach, menyuruh dia ulang soalan biarpun aku tak bertanya.
“Dah berapa lama couple dengan Zham…?” mata garang Syed Aizach ngerling pada aku.
“I bukan couple E’zham…”
“Zham cakap…”
“Bila?”
“Tadi…”
“Ah?” aku telan liur. Merapu si E’zham ni nak kasi tahu satu dunia. Tapi aku memang tak pernah dilamar dia. Dilamar?! Tiba‐tiba aku gelak keras.
“Bukan Zham tak pernah bawa keluar tapi I bukan jenis sosial macam dia… macam you…” aku usik Syed Aizach yang melirik bibir nipis.
“Habis duduk rumah ja?”
“Kadang‐kadang keluar…”
“Kadang‐kadang ikut I…” Syed Aizach henti tanya, temankan aku menoleh lihat E’zham yang menyampuk dalam senyuman.
“Panjang berbual…” E’zham berdiri depan aku.
“Lover you merungut, you layan peminat lama sangat…” Syed Aizach usik aku lagi bikin bibir aku terketap. E’zham sengih.
“Jom…”
“Mana?” Syed Aizach tanya.
“La Queen…” E’zham jawab.
Aku tak pernah dengar nama itu sepanjang aku kenal dengan E’zham dan aku tak pernah membayangkan bagaimana rupanya. Cuma yang aku tahu itu kelab…”
“A place for people like us…” E’zham bisik di hujung telinga. Hujung jemari aku dicapai E’zham sebelum ruangnya di isi dia sebaik mungkin. Aku dipimpin naik ikut tangga yang membelok ke atas. Jantung aku ada debaran. Ingin tahu apa yang ada di balik dunia yang tak pernah aku tempuh.
“Jaga I…” aku bisik ke cuping E’zham layaknya seperti si budak kecil yang sedang bingung.
“I ada…” ayat dia buat hati aku sedikit tenang. Gelap tapi tidak gelita. Bising tapi suasana belum benar bermula. Ramai tapi bukan menggila. Pandang sini lelaki, toleh sana lelaki, bawah lelaki, atas lelaki, kiri lelaki, kanan lelaki. Pokoknya
pelusuk manapun yang aku pandang hanya ada tubuh sang pria lelaki berselerakkan; menggerakkan tubuh ikut lagu yang baru‐baru mahu bernafas. Sumpah! Aku tak akan pernah membayangkan akan jejakkan kaki di tempat seperti ini. Kelab malam yang terhimpun di dalamnya manusia yang suka mengisi malamnya dengan suasana bingit.
Aku dipimpin berjalan dalam lampu yang samar‐samar tuju ke bar di tempat belakang. Puas mata aku menjamu awal pembukaan malam minggu dengan suasana serba asing. Di tengah-tengah kelab ada ruang untuk sang pencinta muzik meliburkan tubuh.
Antara sedar dengan tidak, kaki aku ikut sama muzik yang beralun rancak. E’zham pimpin tangan lagi, ajak aku masuk ke celah‐celah manusia yang menyesakkan di ruang paling belakang. Ada sofa panjang terhidang dan ada meja‐meja terteman.
Ah! Riuh lagi bila E’zham ketemu lagi seterunya di kelab ini. Aku jadi makin tak senang lihat E’zham rupanya dikenali hampir ramai orang di sini.
“Duduklah…” E’zham suruh aku waktu dia masih sedang berdiri. Aku duduk, bagai anak yang di suruh; tak banyak bunyi.
“Siapa?” tanya seseorang.
“Anak ikan…” E’zham jawab.
“Anak ikan jerung mana you tangkap, Zham…” sampuk yang lagi satu.
“Jerung putih…” E’zham jawab.
“Susah nak dapat tu…”
Aku jeling lihat jejaka yang ratanya mempesona dengan tubuh bergaya. Aku jadi tambah kekok kalau di usik begitu. Apalagi di depan segerombolan teman‐teman lelaki ini yang aku tak pernah jumpa. Dua mata aku mencari Syed Aizach yang dah tak nampak batang hidung dia.
“Erhan…” aku sambut huluran tangan yang dikasi dari seorang antara mereka. Tapi bukan hanya dia, aku terhulur satu demi satu tangan untuk disalam sampai ada yang memeluk cium pipi.
Arh! Rimas! Rimas aku digomol lelaki yang aku tak kenal tapi aku tersekat.
“Sudah… dah! Dia nak aku je…” E’zham halang dalam senyuman terteman usikkan. Mungkin tahu aku tak selesa dilakukan begitu. Ah! Nasib baik ada E’zham.
Aku duduk semula. Jadi kera. Jadi pemalu. Tak dengar apapun yang dibual si E’zham dengan yang lain. Aku jadi tak tentu. Risau, bingung, seram, berdebar, semuanya campur‐campur jadikan aku tak senang biarpun duduk aku tak berhimpit dengan orang lain.
“Jom…” E’zham hulur tangan. Aku pandang.
“Dance…”
“I tak reti…”
“I ada…”
“You suka malukan I…” aku sempat usik dia.
“I tak malukan you…”
Aku bangun ikut E’zham. Tangan dia yang aku genggam erat‐erat mengheret aku ke ruang tengah yang sudah makin diramaikan orang.
Muzik bergema menghairahkan. Tiba‐tiba naikkan suhu aku. E’zham dah gerakkan tubuh seksi dia didepan mata.
“Fully yours tonight!” dia jerit kuat‐kuat.
Gila si Zham ni. Aku lihat kiri kanan. Semua tak peduli. Semua dah kena rasuk. Aku lihat atas, ada lampu‐lampu berselerak panaskan suasana. Benar memperkosa hati aku untuk tak duduk diam.
Aku ikut rentak dia, rentak mereka yang aku tak tahu mana hulunya. Main redah je. Asal menjadi. Asal bergaya, asal ada untuk temankan si lelaki yang aku suka di depan mata.
“Yeah! Like that!” E’zham jerit. Aku suka tubuh dia terlenggok ikut rentak. Makin lama makin tak tentu arah. Entah kuasa apa yang bikin aku sampai jadi tak ingat apa. Muzik bingit tapi manusia kiri kanan tak sudah‐sudah himpit aku.
Peluh menitik, kepala basah; rambut bersepah. Entah sudah berapa puluh lagu terpasang sejak tadi. Aku terhenti.
“Male room!” aku jerit untuk E’zham sebelum tinggalkan dia yang sedang mabuk asyik di tengah. Aku keluar berlanggar bahu, tangan terlanggar itu ini.
Pelik! Kebebasan yang tak kenal jurang apa pun. Yang mabuk, yang berpelukkan, yang sedang cium itu ini. Semua tak peduli. Syurga apa ini?
Aku keluar dari kelompok yang memeningkan. Hayunkan kaki tuju ke bilik air di tengah sebelah sana. Mata aku tercampak ke sana sini. Membiarkan isinya tertadah dengan perlakuan yang aku tak pernah bayangkan.
Aku masuk ke dalam bilik air. Aduh! Makin memeningkan.
“Han!” aku pandang tegak.
“Ari!”
Dia memeluk aku.

0 comments:
Post a Comment