welcome

Monday, November 24, 2008

pernikahan sulit [ part 5 ]


Aku masih sedikit kaku bila Ana belum melepaskan rangkulannya. Dia lama diam memeluk aku yang serasanya seperti merelakan. Tipu kalau tidak merelakan. Tanya siapapun, siapa yang mahu melepaskan peluang dipeluk wanita seanggun Ana. Siapa?


Cuma aku tetap tidak selesa. Takut sesuatu yang tidak enak berlaku, aku yang akan dipersalahkan. Tapi aku seperti dikunci. Tak mampu berbuat apa‐apa selain membiarkan Ana tetap menjuraikan air matanya di dada aku. Sebelah tangan aku merangkul pinggang dan sebelah lagi mengusap rambut ikal Ana yang jatuh lepas. Entah apa yang perlu aku rasa. Rasa kasihan pun untuk apa? Aku tidak tahu pucuk pangkalnya kenapa perempuan ini tiba‐tiba jadi begini.


“Syyy.. you tak boleh terus nangis macam ni.. jangan buat I rasa serba salah…” nada aku kedengaran berbisik. Masih mahu memujuk.


Sekejap itu, perlahan‐perlahan Ana melepaskan pelukkannya. Mukanya tunduk ke bawah; tidak memandang aku tapi esakkan masih kedengaran walaupun sudah tidak sehebat tadi.


“Im sorry…” Ana bersuara perlahan

“No.. im ok.. tapi you jangan nangis macam tu.. you buat I terkejut. I tak biasa…”

Ana tak pandang muka aku. Dia alihkan tubuhnya sekejap ke pemandangan luar. Matanya dia lempar jauh. Tangan memeluk tubuh. Aku masih kaku berdiri di tempat yang sama dengan perasaan yang berbeza‐beza. Entah apa yang perlu aku buat sekarang.


“Kenapa dengan Zham?” aku bertanya selepas lihat Ana terus berdiam. Ana tak menjawab segera. Dia seperti memikirkan sesuatu sebelum menemukan jawapan terbaik. Mungkin perlu menjaga nama baik manusia yang dia cintai.


“I tak tahu kenapa, tapi sometimes I rasa bosan dengan perangai dia yang selalu tak faham I…”


“Tak faham macam mana?” aku tanya lagi.


“Dia seperti simpan rahsia dari i…”


“Rahsia apa?”


“Manalah I tahu..”


“Tapi I tengok you dengan dia bagus ja…”


“Apa yang you nampak tak sama dengan apa yang I rasa… I tak cakap Zham jahat tapi I need perhatian dari orang yang I sayang”


“Kenapa you beritahu I pasal benda ni?”


Ana diam. Dia tarik nafas dalam‐dalam. Kemudian dia menoleh. Matanya tepat ke arah aku. aku jadi bimbang tapi membalas pandangan itu dengan kemas. Aku kerutkan dahi.


“Dengan siapa lagi, Han… tapi sorry I kasi tahu dekat you…”


Ana menjawab dengan begitu emosi. Suaranya tersekat‐sekat. Jawapannya misteri. Aku seperti mahu tahu apa rahsia hati perempuan ini yang mahu meluahkan sesuatu tapi aku tak pandai
bertanya. Sekejap itu, Ana kesat air mata dan ada senyuman di bibirnya.


“I buruk kalau menangis kan? Buat malu je..” ada nada ketawa di hujung ayat.


Aku tersenyum menggelengkan kepala sedikit.


“Zham cakap you nak pindah rumah dia?” Ana lari topik jauh. Tapi aku rasa sedikit selesa. Sekurangnya aku bersedia dengan jawapan yang ini dari soal emosi Ana tadi. Sungguh aku jadi
keras.


“Ya. Dah lama dah dia tanyakan I tentang tu. I tak selesa tinggal dengan my untie. Segan dengan anak‐anak dia. So I decide untuk pindah rumah…”


“Ya.. Zham pun tinggal seorang, at least dia tinggal seorang… I tak dapat bayangkan dia tahan tinggal rumah besar macam tu seorang. Tapi I pun tinggal seorang juga kan?” Aku senyum
dengar perkataan Ana.


“You lagi hebat…” aku memuji


“Haha! Yes, of course…” Ana ketawa.


Mata aku terpaku dengan ketawa Ana. Benar bibirnya memukau aku. seluruh pandangan aku lekat pada dia. Rambut panjang mengurai milik Ana terbang‐terbang. Aduh! Memperkosa hati aku.


“You jangan main mata dengan I, Han..” aku tersedar dengan ayat itu seraya mengalihkan pandangan. Jadi malu aku.


“Sorry..” aku cakap perlahan.


Tiba‐tiba suasana kaku. Angin yang jadi penyambung bualan.


“I naik kejap, tukar baju.. nanti kita gerak rumah Zham sama, ok…”


Aku anggukkan kepala memandang Ana yang senyum lagi pada aku. Senyuman yang sedikit lain. Matanya terikat dengan mata aku sekejap tapi aku leraikan secepat mungkin. Tak mahu Ana tahu aku sedang perhatikan dia. Ana berjalan menuju ke tangga atas. Mata aku mengizinkan tubuhnya hilang dari pandangan mata aku. Aku tarik nafas dalam‐dalam lantas melabuhkan punggung di atas sofa yang jadi tempat duduk aku awal tadi.


Mata aku mengelamun jauh memikirkan apa yang telah terjadi baru sekejap tadi. Seperti sesuatu yang aneh. Aku begitu terkejut tapi tak tahu apa benar aku telah mengalaminya. Bayangkan aku berada di sebuah rumah mewah bersama seorang gadih cantik kepunyaan sahabat sendiri yang kemudiannya memeluk tubuh aku dengan masa yang lama. Aduh!Sungguh aku begitu asing dengan perangai gadis kota seperti dia.


Aku pejam mata dan tarik nafas dalam‐dalam lagi. terkadang senyum sendiri. Bunyi loceng rumah mengejutkan aku dari lamunan. Mata aku bulat besar. Darah gemuruh tiba-tiba muncul. Tambah kaget bila bunyi itu ditekan berulang‐ulang.


“Han, bukakan pintu!” aku dengar suara Ana menjerit dari atas. Aku antara mahu dan tidak untuk berdiri. Dengan rasa berdebar aku langkah menuju ke pintu utama yang tertutup rapat. Entah siapa yang mahu ‘menerjah’ kami di waktu petang begini. Aku pejam mata saat sampai ke depan pintu. Loceng masih dibunyikan buatkan aku jadi seram.


Aku pegang tombol pintu, memulas dan membukanya Setubuh sasa terpacak depan aku. aku antara hendak senyum dan tidak tapi sangat terkejut.


“Zham!” nadaku separuh kuat

“Han?” E’zham kerutkan kening.

Bibir aku terketar memandang tepat muka E’zham yang sedang didepan mata.

“Siapa Han?” Ana muncul di belakang aku dengan baju singlet nipis. Aku jadi lagi terkejut. Kenapa perempuan ni pakai macam ni di waktu‐waktu begini?!

Muka E’zham berubah habis. Aku jadi gigil. Entah apa yang harus aku jawab pada E’zham. Apalagi melihat Ana dengan berpakaian begitu bersama aku. Aku pandang wajah Ana kemudian patah pada E’zham yang sekejap itu memandang Ana dan selepas itu memandang aku semula.


“Zham.. aku.. aku..”

“Han! You buat apa dengan Ana?”

Aku telan air liur.

Friday, November 21, 2008

pernikahan sulit [ part 4 ]



Mata aku sekejap‐sekejap terlempar ke tepi. Sekejap‐sekejap terlempar ke depan. Sekejap‐ sekejap memandang bawah. Sekejap‐sekejap bermain dengan telefon bimbit walaupun tiada mesej masuk. Pokoknya setiap detik yang aku lalui sepanjang perjalanan ke rumah Ana adalaha tidak selesa. Tidak selesa kerana ini pertama kali menaiki kereta Ana. Tidak selesa berdua dalam kereta bersama temanita E’zham. Apalagi disuruh perempuan itu untuk menemani dia ke rumah. Ikut aku, mahu terus ke rumah E’zham. Mujur aku tidak tahu sangat jalan ke rumahnya. Justeru aku memang terpaksa membontoti Ana ke sana. Apatah lagi aku memang mahu ketemu si E’zham

“Betul kata Zham..”

“Huh?” Aku bingung.

“Betul kata Zham tentang you pada I..”

“Apa dia?” aku makin dibingungkan

“You pendiam..”

Aku pecah ketawa. Sedikit perlahan kemudian. Agak lucu bila si Ana kata begitu. Dia tersenyum panjang. Mungkin lucu bila lihat aku ketawa.

“I memang dilahirkan sebagai seorang yang pendiam”

“Why? I ingat you jenis banyak cakap…”

“Muka I muka banyak cakap ke?”

“No wonder…”

“Sory?”

“No wonder la lelaki handsome macam you memang selalu diam. Jaga status..”

Aku gelak lagi. Kali ni lebih perlahan. Bukan tidak biasa dengan usikkan itu tapi agak lucu bila si Ana yang berkata.

“Siapalah I nak dibandingkan dengan Zham…”

“You more sexy, Han…”

Aku terdiam memandang wajah Ana. Sekejap itu Ana mengerling kea rah aku dengan mata menggoda. Aku tersentak seraya pandang ke arah lain. Jantung aku berdebar‐debar.

“Pandai je you...” kataku berlagak biasa.

Aku lemparkan semula pandangan aku ke luar. Walaupun hati aku masih sedikit gementar dengan renungan tadi. Siapa tak terpesona dengan mata gadis jelita secanti Ana ini. Bodohlah kalau seorang lelaki melepaskan dia. Beruntunglah E’zham sebetulnya.

“Agak‐agak you, kenapa dia tak datang kolej?” Ana pecah kesunyian. Kejutkan aku dari terusan berangan.

“No idea. Pagi tadi I ada kol dia tapi off. I ingat you dengan dia. So I tak kacau…” aku mejawab.

“And I pula fakir da dengan you…”

Aku tak menjawab kali ini. aku biarkah Ana memandu kereta dia melalui jalan yang aku tidak ketahui. Yang pastinya jalan menuju rumah dia. Aku dibawa masuk ke sebuah kawasan elit di ibu kota. Memang tempat elit. Lot‐lot banglo tersergam indah di sepanjang jalan. Ana membawa kereta menaiki bukit. Kurang lima minit kemudian Ana berhenti di depan sebuah rumah mewah. Banglo tiga tingkat. Pagarnya tinggi.

“Ini rumah you?” tanya aku sambil memandang Ana. Ana tak menjawab tapi dia senyum.

“Mari…” Ana mengajak

“Erm.. no thanks.. I tunggu luar je…” Aku menolak

“Come on… masuk la dulu. I tukar baju lama tau…” Ana memujuk

“Prefer stay here…”

“Marilah Han.. nanti you bosan tunggu I” Ana cuba lagi

“Tak apa.. I boleh tunggu…” aku masih cuba menolak. Hati aku tak usah ditanya. Memang sedang berdebar.

Ana diam sekejap. Dia bersandar sekejap. Ada helahan nafas perlahan di hujungnya. Mungkin malas mahu melayan aku yang keras mahu menunggu di sini. Tapi sedetik kemudian Ana bergerak. Mukanya memandang aku.

“Marilah, Han. Tak ada orang kat rumah… I seorang. Kita minum sekejap…”

Aku tertelan air liur. Mata tepat pada Ana yang tepat memandang aku. ke dua keningnya di angkat. Alis mata yang hujungnya tirus bergerak‐gerak. Aku sebetulnya tidak memikirkan apa-apa sehinggalah Ana memandang aku dengan cara yang paling aku tidak tahan. Matanya memandang aku ke atas bawah. Aku tak sedar Ana mahu memandang aku begitu. Tapi aku tak memutuskan untuk piker lama lantas aku anggukkan kepala seraya layangkan senyuman sedikit pada Ana. Aku harap tidak berlaku apa‐apa nanti. Ana sudah keluar. Aku tanggalkan safety belt sebelum membuka pintu kereta. Tapi dalam hati ada debaran.

Mata aku terpacak pada laman luar rumah yang begitu indah. Sebelah sana ada sudut taman. Aku tidak jelas tapi aku dengar bunyi air menghempas jatuh ke batu. Air terjun mini barangkali. Aku dengar‐dengar sahaja sambil mata aku mengerling kepada Ana yang sedang menyusun sesuatu di rak luar. Ana mengeluarkan kunci dari beg tangannya seraya membuka pintu kayu. Besar dan mewah.

“Masuklah Han…” Ana mengajak dengan senyuman. Aku membalas tanpa berkata; ya. Kasut hitam yang menjadi tempat kaki aku beralas, aku buka dan aku letakkan di tepi. Aku langkah masuk ke rumah Ana dengan hati yang pebuh debaran. Debaran kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah sebesar ini. Debaran menjadi lelaki yang menemankan perempuan. Aku begitu asing. Persetankan orang kota mahu cakap apa tapi aku memang tidak biasa berdua dengan mana‐mana wanita. Kaku. Mujur Ana lincah.

Aku terkesima.

Ruang tamu mewah yang mempersona. Latar dinding putih adunan hijau pucuk pisang cair begitu mengasyikkan. Perabut moden kotemporari terhias di ruang utama. Nampak teratur dan penuh gaya.

“Duduk dulu, Han.. I buatkan air sekejap…”

“Na, its ok. Tak perlu susah‐susah. Kita pun sekejap je kan…” aku melihat Ana.

“Duduklah dulu… kan penat dari kampus tadi… awal lagi ni…”

“But…”

“No excuse… you duduk rest dulu. Im sure you pretty tired, right” Ana memotong ayat aku.

Aku senyum anggukkan kepala mengiyakan. Memang letih sejak dari pagi tadi habiskan masa depan komputer dan buku sketch. Aku ambil keputusan untuk duduk‐duduk sekejap di sini. Aku labuhkan punggung di atas kerusi utama set sofa putih yang menjadi ‘tuan’ ruang itu. Selesa sekali. Apalagi kalau memang di waktu letih dinihari begini. Tambah tenang bila angina yang datang dari luar rumah masuk ikut pintu sliding yang dibuka luas. Sepoi‐sepoi sang bahasa. Aku ambil kesempatan menyandar di kerusi. Menutup mata, menarik nafas dalam‐dalam dan sekejap itu menghela lega.

“Ni airnya, minumlah dulu…”

Aku buka mata saat Ana berdiri; berada di hadapan aku dengan tangan menghulurkan segelas air. Aku sedikit terkejut dengan lagak Ana tapi tenang mengambil gelas dari tangan Ana.

“Kan I dah cakap tak payah susah‐susah…” kataku berbudi bahasa

“Alaah! I tahu you haus... apalah sangat…” Ana cakap sambil sekejap itu dia labuhkan punggung di kerusi ‘single’ di hadapan aku. Aku jamah sedikit air oren sejuk di gelas yang tangan kanan aku pegang. Segar!

“Family you mana?” tanyaku berbasa basi

“Eh, you tak tahu ya?” Ana bertanya lagi.

“You tak pernah cerita…” Ana ketawa kecil dengar ayat aku. Aku tak tahu mana lucunya tapi aku ikut ketawa sama.

“My family semua dekat Singapore…”

“You?”

“I seorang stay sini. Study..”

“You Singaporean?”

“Tak.. I memang orang sini. My mum Singaporean. Dulu dia tinggal sini. Tapi since my dad meninggal last couple of years, my mum decide stay sana…” cerita Ana dengan sedikit senyuman di bibir. Matanya sekejap‐sekejap memandang di kejauhan.

“Tak takut tinggal seorang?” Aku tanya lagi.

Seketika itu Ana memandang tepat mata aku. Aku cuba melawan renungan Ana.

“Tak…”

“Kenapa?”

“You kan ada…” Ana mengusik lagi tapi kali ini dia nampak berani. Matanya memandang seluruh tubuh aku.

Gemuruh darahku memandang Ana. Matanya tirus. Bibirnya nipis tapi cukup seksi. Lebih seksi bila dia tidak mengenakan sebarang pewarna bibir. Asli dan mempesona. Seketika itu Ana mengangkat kening.

“Why?” tanya dia

Aku tertawa sedikit. Ada gelengan kecil kemudiannya sebelum aku memandang ke arah lain. Takut si Ana tahu aku sedang memerhatikan dia. Tapi lelaki manapun akan jatuh cinta pada raut wajah pan asia Ana.

“I tak tahu you memang tinggal seorang…”

“Sekarang sudah tahu…” Ana mengusik. Aku anggukkan kepala lagi dengan senyuman.

“Cantik rumah you… good taste…” aku sambung lagi perbualan. Ana ketawa kecil sebelum menyambung;

“I memang suka warna putih dan hijau. Tenang. Tak payah pening‐pening..”

Aku senyum terus dan minum lagi air di tangan. Kemudian aku letakkan atas meja kaca di hadapan aku. Aku tak boleh duduk diam bila lihat Ana masih memandang aku. Jadi tidak selesa bila wanita secantik Ana sedang menjamu matanya pada tubuh aku. Aku bingkas bangun dari dudukkan menuju ke pintu kaca yang terbuka. Di belakangnya ada sebuah taman. Di situ aku nampak air terjun yang bunyinya kudengar di luar tadi. Mengasyikkan alunannya.

“Tenang rumah you…” aku bersuara.

Tak lama itu, Ana sudah berada di sebelah aku. hujung mata aku mengerling melihat Ana.

“Lagi tenang kalau ada yang menemani…” Ana separuh berbisik. Aku tak faham.

“Zham kan ada…” aku perjelaskan.

“Zham jarang datang sini… dia lebih rela perap di rumah dia…” Ana seperti meluahkan.

“You yang tak ajak dia agaknya…” soalanku menguji.

“Entah. Sometimes I tak faham dia. Dia bukan macam yang I harapkan…”

“I tengok ok ja you dengan dia…”

“I tak cakap dia tak bagus.. tapi dia jarang luangkan masa dengan I. Zham terlalu bagus untuk I…”

“You beruntung dapat dia…”

Ana tengok muka aku.

“Lebih beruntung kalau dapat you…”

Aku tengok muka Ana dengan wajah bertanya. Berkerut dahi aku

“Yeah.. at least you ada dengan I sekarang…”

Aku jatuh hati dengan suara Ana yang berbisik. Ana gerakkan badan, depan aku. Matanya menggoda seluruh penghidupan aku waktu ini. Angin yang tiup merdu petang itu terbangterbangkan rambut ikal Ana. Mempesona mata aku.

“I tak biasa…” aku separuh berbisik bila lihat Ana mendekatkan badannya pada aku. Mata bertentang mata.

“I adore you since first time I met you” Ana semakin berani. Ternyata aku sungguh terkejut dengan penjelasan itu. Aku bukan tidak biasa pada mana‐mana gadis yang jatuh hati pada aku tapi aku sangat tidak selesa bila ia datang dari tematina kawan aku. Walaupun dia tidak berbuat apa‐apa tapi aku boleh agak kenakalannya.

“I tak tahu you minat dekat I…” aku tanya menduga

“Sekarang you dah tahu…” Ana usik aku lagi. Aku sedikit ketawa tapi debaran masih memuncak.

“Kalau Zham tahu kita berdua…”

Wajah Ana berubah tiba‐tiba. Dia toleh tempat lain. Aku diamkan. Tapi kemudian Ana nitikkan air mata. Aku jadi tambah kaget.

“Kenapa? I silap cakap ke?”

Ana geleng kepala. Mulutnya tertangkup dengan tangan kanan; tidak memandang aku.

“Then why?” aku tanya lagi.

“I… i…” ayat Ana tak terkeluar. Aku tak sampai hati.

Ana tiba‐tiba merangkul tubuh aku. Aku jadi kaku. Meremang bulu roma tapi aku biarkan sahaja.

“Zham tak sayangkan i…”

Aku jadi tambah pening. Apa perempuan ini mahu kasi tahu aku?

Thursday, November 20, 2008

pernikahan sulit [ part 3 ]





Lotus Exige kepunyaan E’zham meluncur laju membelah kota. Kaget sangat waktu mula‐mula menaiki kereta mewah begini awal perkenalan dulu. Mana tidaknya, Jangankan ini, kereta pun aku tak pernah ada. Apalagi berangan mahu memijakkan kaki ke dalam kenderaan bernilai setengah juta ini. Aku ketawa dalam hati.


Memang mewah bila duduk dan menaiki pacuan empat roda ini. Bila aku pandang tingkap luar, semuanya menoleh dua tiga kali. Memandang cemburu pada kehebatan kereta ini. Kehebatan tuan kereta ini juga barangkali. Aku tersenyum sendiri. Mata aku terlempar ke langit gelap. Bintang berselerak. Awan nampak kelam tapi bulan terang. Dan kemudian aku memandang ke bawah, di kejauhan. Sebetulnya aku memang tidak tahu ke mana agaknya E’zham mahu tuju kali ini. Jalan raya belum lengang.

Kereta‐kereta masih berselerak. Mungkin masih terlalu awal untuk manusia‐manusia kota pulang ke rumah walaupun jam hampir ke pukul 11 malam.


“Kenapa?” E’zham bertanya tiba‐tiba

“Huh?” Aku kaget buat‐buat bertanya

“Diam je… say something”

Aku senyum sedikit. Aku memang bukan terlalu pemalu tetapi masih tetap terlalu kekok kalau mahu memulakan perbualan. Bahkan dengan orang yang aku sudah kenal sepuluh tahun pun, bukan bererti aku harus menjadi pemula apatah lagi pada seorang kenalan yang aku kenal sekitar dua bulan. Masih pendiam.


“I thought you bukan orang yang pendiam. I silap…” E’zham cakap lagi.


“Kenapa Ana tak ikut?” aku bertanya. Cuba‐cuba memulakan perbualan.


“She must go to Singapore…”


“Bila?”


“Esok… sebab tu dia tak nak ikut. Takut tak dapat bangun pagi”


Aku tak bersuara tapi anggukkan kepala memahami. Diam lagi sekejap itu. E’zham menyuruh keretanya menuju ke sebatang jalan. Aku masih tidak tahu ke mana walaupun aku nampak papan tanda ‘Pusat Bandaraya’. Apa entah yang ada di kota tengah‐tengah malam begini.


“You macam tak biasa ja keluar malam..” E’zham tanya lagi. Aku senyum.


“Ya…” aku jawab pendek.


“Kenapa?”


“I memang tak biasa…”

E’zham diam. Mungkin malas mahu bertanyakan soalan itu.


“Habis kenapa you ikut I keluar malam ni?”


“Dah you ajak, I ikut…”


“Haha! Good answer..” dia ketawa. Aku memandang luar lagi.


“You nak bawak pegi mana ni?”


“Ke satu kehidupan yang you tak pernah rasa..”


“Sounds cool..” aku berseloroh


“Yes! Definitely…”


Aku tak dapat menjangkakan tempatnya tapi aku cuba membayangkan keadaannya. Jangan dia bawak aku ke ‘salah tempat’ sudah. Aku ketawa dalam hati tapi hujungnya ada sedikit kerisauan.


“You cakap hari tu mahu cari rumah lain?”


“Yes. I memang sedang mencari tapi I tak biasa keadaan sini. Tak tahu nak cari dekat mana…”


“Tak tanya mak cik you?”


“Tak lah… malas nak susahkan dia…”


“Rumah i?”


Aku pandang muka E’zham dengan dua kening yang berkerut.


“Mean?” aku bertanya.

“Rumah I kosong…”

“Sory?” aku tanya lagi. Kali ini memang tidak jelas.

“I tinggal seorang. I tak tinggal dengan parent…” dia jelaskan sedikit sambil matanya tetap ke jalan hadapan.

“Realy? I ingat you tinggal dengan keluarga you…”

“Ya tapi itu dulu. I dah tinggal seorang since last year. End of last year…”

“Kenapa?”

“I tak ngam dengan abang I… selalu gaduh. So I decide tinggal sendiri..”

Aku angguk‐anggukkan kepala terus. Memahami jalan cerita dia.

“So how?”

“How what?”

“Nak tak stay dengan I? At least ada yang menemankan I di rumah”

Aku pandang tepat muka E’zham. Sejenak dia ketawa.

“No, I mean at least I ada kawan yang boleh I ajak berbual. Kita pun boleh pergi kolej samasama…”

“Berapa I nak kena bayar sewa rumah you?” aku tanya berbasa basi

“Alaaa.. don’t worried about that. I pun bukan berkira…”

“No, tak boleh piker macam tu, I tak nak tinggal percuma”

“Haha! Yeah.. I faham tapi tu boleh dibincang nanti‐nanti. Da point is either you nak atau tidak…”

“Dekat mana rumah you?”

“Putra Heights”

“Subang?”

E’zham pula anggukkan kepala.

“Macam best…” aku tersengih‐sengih

“Of course… its gonna be so cool..” dia menokok tambah.

“Nanti I pikirkan. Nak kena tanya my mum juga…”

“Yes. You bincang la. I just bagi cadangan. Memandangkan masing‐masing mencari..”

“Haha!” aku ketawa

“Ya lah, you mencari rumah dan I mencari housemate..”

“Haha! Betul.. setuju 100 peratus..” aku bicara sinis.

Sekejap itu aku sampai ke sebatang jalan. Aku nampak papan tanda bertulis ‘Jalan P. Ramlee’. Aku agak kaget dengan suasananya tapi masih bersahaja. Pertama kali rasanya sejak aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur ini. Pertama kali melihat suasana manusia 'nakal' yang selalunya aku dengar hanya melalui pengalaman orang lain. Kata mereka orang kota 'nakal‐nakal' belaka. Aku tidak ngerti tentang maksud itu tapi aku mungkin akan mengerti sekejap lagi. Aku memang agak asing untuk di bawa jelajah suasana malam seperti sini tapi mungkin aku akan ketemu sesuatu.


Kemudian E’zham membawa keretanya ke jalan hadapan. Aku nampak pula ‘Bukit Bintang’. Sekarang aku sudah tahu ke mana anak hartawan ini mahu membawa aku. Memang aku sedang berkawan dengan manusia 'nakal' agaknya. Aku tergelak dalam hati.


Kaki aku langkah lambat‐lambat keluar dari bilik kuliah. Agak letih menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik tadi. Menyiapkan modul animasi yang diminta Sir Wong. Apalagi tarikh akhirnya menjelang minggu depan. Aduh! Makin sibuk lah nampaknya. Aku sandang beg silang aku sebaiknya. Fail lukisan aku pegang di tangan kiri. Joe, Nadia, Linda, Amir dengan beberapa lagi budak multimedia sudah mula bising. Nadia paling bising. Gadis 20 tahun ini memang kecoh. Letih melayan.


“Han, nanti aku nak pinjam paper tool kau, aku tak sempat nak salin tadi” Gadafi meminta dengan gayanya.

“Esok aku bagi.. aku nak kene edit sikit..”

“Ok.. kau jangan tak datang esok..”

“Pernah ke aku tak datang kelas…” aku sinis pada dia.

Seketika itu lif terbuka. Mata aku tertampar pada susuk tubuh tinggi lampai yang mempesona. Ana hanya memakai jeans paras lutut dan singlet ketat seperti biasa. Cuma kali ini ikalnya di ikat kemas. Nampak ayu.

“Hey Han..”

Khayalan dipecahkan dengan suara Ana. Aku tak menjawab tapi tersenyum. Mata aku tepat pada senyuman bibir dia. Gadafi, Mikhail dan beberapa lelaki yang lainya memandang Ana yang keluar terus menuju aku.

“Kita orang turun dulu Han, tunggu engkau dekat café bawah…” Nadia cakap. Sekejap itu lif tertutup.

“Zham mana?” aku tanya pada Ana.

“La… I datang ni nak tanya you ada nampak dia tak…”

“I tak tahu. I tak nampak dia dari pagi tadi..”

“I dah call dia tapi tak ada yang menjawab..” Ana jawab begitu.

“Erm.. jom pergi rumah dia…” aku usulkan cadangan.

“Teman I tukar baju dekat rumah I sekejap Han. Lepas tu kita pergi cari Zham..”

Aku terkesima. Aku?

“Please..” Ana separuh merayu.

Aku sedikit gigil tapi kemudian berlagak biasa.

“Ok..”

Wednesday, November 19, 2008

pernikahan sulit [ part 2 ]


Minggu‐minggu pertama berada di kolej begitu memenatkan. Penat mengikuti program-program yang dianjurkan pihak mereka khusus untuk aku dan kami yang bergelar junior.



Kebanyakannya mengisi minda tapi ada juga yang aku klasifikasi kan sebagai membosankan. Paling bosan ialah sewaktu semuanya disuruh duduk di dalam dewan kolej sambil mendengar ucapan demi ucapan orang‐orang besar.



Serasa aku bukan aku sahaja, malah semuanya yang ada di situ pastinya mengalami tekanan yang serupa. Bosan duduk sejam dua sambil telinga disogokkan dengan amanat demi amanat yang disampaikan. Walaupun pada orang‐orang seperti itu; ia merupakan salah satu agenda penting yang mesti di isi.



Mujur seminggu dua ini, aku tidak lagi sendiri seperti hari pertama dulu. Makin selesa duduk-duduk berbual dengan sesiapa sahaja. Menyesuaikan diri sebaik mungkin berhadapan dengan
anak‐anak kota yang sebilangannya mewah. Berjalan ke sana ke mari di sekitar kolej pun sudah beramai‐ramai. Mujur aku orangnya senang didekati dan mudah mendekati. Kalau pemalu,
susah juga.



Paling aku segan bila ada yang sering mengajak aku duduk‐duduk minum di tempat yang bukan tempat aku. San Francisco Cafe, Starbucks, Dome, Gloria Jean’s Café dan banyak lagi nama-nama pelik yang baru aku kenal seminggu dua ini. E’zham yang selalunya.



Aku pelik dengan lelaki ini. Sungguh aku sangat segan bila dia ajak berjalan apalagi terkadang melihat temanitanya si Ana yang selalu berdua. Seperti aku menyibuk di antara mereka. Mujur Ana gadis yang sporting.



Ya, Ana cukup terbuka. Gadis tinggi lampai yang suka benar ketawa dan mengusik orang. Nampaknya tanggapan aku salah. Telahan ku gadis‐gadis berketurunan bangsawan (mewah)
seperti si Ana, orangnya pasti sombong dan memilih kalau berkawan. Nyata nya aku silap. Sampai kadang‐kadang lengan aku dirangkulnya.



Aku makin pelik dengan E’zham. Tak pula dia persoalkan perangai si Ana yang mesra dengan lelaki lain. Petang dua hari lepas aku mengusik Ana;


“Bila you nak kahwin dengan E’z?”



“Pardon? I tak nak kahwin dengan dia la. Nak kahwin dengan you” ujar dia separuh berbisik dan
tersenyum tapi aku telan air liur. Tapi sekejap itu dia ketawa besar. Aku ketawa juga tapi ketawa malu. Haha! Dan kerana itu aku masih sedang mahu belajar berhati‐hati dengan gurauan cara anak kota. Mungkin bunyinya sinis tapi itu realitinya.


Aku tersedawa perlahan. Kekenyangan mungkin. Asam pedas ikan pari yang terhidang oleh ibu
ngah begitu menyelerakan. Sampai tambah dua kali. Ditokok pula dengan sayur asin kegemaran
aku. Woah! Memang asyik! Aku senyum sendiri.


Aku duduk‐duduk sekejap di hujung katil. Fikiran aku melayang‐layang. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Sebentar itu laut fikiran aku terpasak pada assignment interface yang diberi Sir Wong siang tadi.



Aku pasang lagu Havana dari Kenny G; irama segar yang sungguh melentokkan. Serasa seperti
mahu tidur. Aku kemudiannya mencapai beg sandang di tepi meja; mengeluarkan sketch book
dan kotak panjang kecik yang memuatkan pelbagai saiz pensel. Aku menghabiskan beratus ringgit hanya kerana batang‐batang pensel ini. Aku senyum lagi. Aku baru‐baru mahu melakarkan sesuatu atas kertas dan tiba‐tiba



“Ketika pertama kali.. Jiwamu ingin selalu.. dekat dengan jiwaku yang belum.. bisa
menterjemahkan segala…” lagu Mistikus Cinta di telefon bimbitku mengacau rona fikiran. Habis semua idea hilang. Siapa pula yang gatal menghilangkan!
Aku capai dan lihat di skrin;

‘E’zham’



Aku angkat



‐ Hey E'z! Watsup?


‐ Erhan! Haha! Nah. Just buzzing you.


‐ Ohoo…


‐ Am I disturbing? So sorry


‐ No! Of course no. Im duing nothing right now.


‐ Ok. Ingatkan dah tidur.


‐ No lah.. siang lagi. Besides I baru nak mula buat sketch. There’s lot of stuff must do. Pretty tired. Hows there?


‐ Samalah. I lagi banyak benda nak kene buat. Tapi malam ni nak relaks sikit. U selalu tidur pukul berapa?


‐ Depend. Paling lambat pun pukul satu pagi. Kenapa?


‐ Nah! Nothing. Just asked.


Diam sekejap sebelum dia mulakan lagi



‐ Erm.. I thought nak ajak you keluar kejap.


‐ When?


‐ Now la


‐ Go where?


‐ Don’t know yet


‐ U pick me?


‐ Yes.


‐ Ok. Sounds cool.


‐ Yeah! Must be. Haha! Give me 20 minutes.


‐ Ok.


‐ See you later ok.

‐ Ok!



Aku letak telefon atas meja lantas terdiam sekejap; termenung. Memikirkan mungkin ini kali pertama ada manusia yang mengajak aku melibur malam‐malam begini. Tapi mungkin sesuatu yang baru yang perlu aku rasakan. Justeru aku ikut sahaja. Entah ke mana saja anak tokoh karporat itu mahu membawa aku.


Aku pantas bangun membuka almari. Memilih untuk mahu sarungkan apa pada tubuh.

Tuesday, November 18, 2008

pernikahan sulit [ part 1 ]


Sesetengah orang kata, cinta pandang pertama menjadi cinta paling indah dalam hidup. Sesetengah orang kata, cinta pandang pertama hanyalah mainan rupa semata. Sesetengah orang kata cinta pandang pertama boleh kekal sampai bila‐bila. Tapi itu orang kata.


Justify FullAku bukan tidak mempercayai. Mahu mengambilnya juga tidak. Cuma aku membayangkan kalaulah aku dapat merasa seperti apa yang sesetengah orang itu kata. Tapi ternyata nya aku memang bertuah kerana rupanya aku sedang mengalami perasaan itu. Dia dan cinta pandang pertama ku. Ceritanya begini…

Hari itu ada Majlis Orientasi Pelajar Baru. Detik itu lebih kurang jam 9.30 pagi. Aku masuk ke dewan sivik kolej yang buat pertama kalinya aku jejaki semalam. Merasakan suasana serba baru bagi aku sebagai pelajar kolej. Sebetulnya aku memang rasa kurang selesa semenjak aku sampai semalam. Nak kata aku tidak biasa, mungkin tidak. Serasa nya aku sudah biasa dengan perkataan ‘pertama kali’. Cuma mungkin aku keseorangan.

Aku pilih untuk duduk di ruang agak ke belakang dari pentas depan. Mungkin tidak mahu rasa
diperhatikan. Justeru aku selesa di sini. Sebelah kiri aku ada dua tiga orang pelajar India yang sedang berbual itu ini. Aku tak mengerti bahasanya. Sebelah kanan kosong.

Aku tidak berbuat apa‐apa selain memerhatikan perangai yang datangnya dari remaja seusia
ku. Semuanya sedang petah bicara. Bising dan agak kelam kabut suasananya. Mungkin senang ketemu rakan baru. Banyak cerita yang mahu dikongsi kan. Mata ku tertampar dengan tiga empat perempuan cantik; gaya kota. Semalam aku jumpa mereka di meja pendaftaran. Tidak menyapa tapi tersenyum sedikit padaku. Senyum kenalan mungkin. Aku diam membalas. Canggung berhadapan dengan gadis‐gadis kota yang mewah.

“Kosong?”
Aku terkejut sebelum menoleh.

“Huh?” suara ku


“Kerusi ni kosong?” dia kata lagi.


“Ya..” aku menoleh arah lain tapi dapat merasakan yang dia sedang duduk di sebelah ku. Aku
diam terus.

“Study apa?”
Aku menoleh lagi ke arahnya. Mata aku berlari‐lari ke atas bawah bila mahu menjawab soalan itu.

“Designer Arts… you?” entah kuasa apa yang bisa membuat aku bertanyakan semula soalan itu
pada dia.

“Architect..” jawab dia
Aku angguk‐anggukkan kepala. Diam lagi.

“Dari mana?” dia tanya lagi


“Johor..”


“Johor? My cousins there.. You part mana?”


“Johor Bahru.. you? Memang stay sini?”


“Erm, ya..”


Aku senyum saja dengar jawapan yang terakhir dari dia.
Telefon bimbitnya seketika berbunyi. Dia mengangkat tapi aku tak mendengar apa‐apa. Dia seperti berbisik lantas aku sambung kerja aku yang memandang sana sini.

“Ermh.. Semalam I perasan you dekat hall tapi I tak sempat nak tegur. Tak sangka jumpa you
dekat sini…”


“Realy? I semalam rushing. Sebab my mum nak balik Johor. Urgent katanya. So I nak kena pick
up dia ke KL Sentral…” Dia anggukkan kepala. Aku diam.


“So kat sini stay dekat mana?”



“Now stay with my auntie. Tapi sedang mencari rumah. Uncomfortable..”


“Ok… let me help you..”


“Pardon?”


“Find your home…”


Aku terdiam. Tapi kemudian mata ku tertampar pada susuk gadis tinggi lampai yang memang
sedang menuju ke arah sini. Sungguh persona. Rambut perang pekat, ikal mengurai. Hujungnya beralun. Sungguh menawan Aku memerhatikan dia sebelum aku terdiam lagi buat kali ke dua.


“Sayang, teman I pergi café kejap…”
Benar dia menuju ke arah sini tapi menyapa yang di sebelah ku.


Si gadis merangkul hujung tangan si jejaka. Aku diamkan saja. Ada lirikan senyuman di bibir dia
buat aku lantas aku balas sedikit.


“You tunggu I kejap kat luar…”
Si gadis anggukkan kepala sebelum jalan keluar.


“Erm.. could you please stay here for a second. I’ll right back…” kata dia.



“Yes, be my guest…” kata ku berbahasa Inggeris.



Dia tinggalkan sedikit senyuman seraya bangun bersama beg silang nya mahu berjalan. Aku tak
berkata apa. Cuma memandang sahaja dia berlalu. Belum sampai enam tujuh tapak melangkah, dia patah semula kepada aku dengan senyuman yang sungguh sinis.


“You tak kasi tahu nama you lagi… E'zham I'dinazahar here.. whos there?” dia memperkenalkan
diri dengan huluran tangan. Ada senyuman lucu dihujung ayatnya pada aku.


“Khairul Erhan…” aku sambut tangannya.



“Nice to meet you Erhan..”


“Same here..”



Kami lepaskan tangan, aku tersenyum tapi dia mengangkat dua keningnya sebelum
mengenyitkan sebelah matanya. Aku sedikit kaget tentang itu tapi berlagak biasa.


Dia pergi. Kali ini dia benar‐benar keluar.
Mata aku kembali melihat suasana dewan yang masih terisi dengan suara‐suara bising. Entah bila agaknya majlis orientasi akan bermula. Aku merungut sedikit lantas bersandar di kerusi. Sebentar itu aku teringat semula manusia pertama yang menegur ku sekejap tadi.



Aku tidak mengingati apa‐apa dari dia kecuali namanya; E’zham. Itu sahaja.

Friday, November 14, 2008

sesuatu di antara waktu

Salam persaudaraan! tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. gelap!! dalam keadaan gelap gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya. atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja.


apa yang kita inginkan dalam hidup ini sebenarnya? hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? jawapan mudahnya, semua orang mahu senang. mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikan dapat dipenuhi tanpa bersusah payah.


tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah?




kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan YA!!, atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. bernarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? atau ia hanya sebuah bayangan indah yang telah mengaburi matamu. yang mengelabui hatimu? kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. lalu kau akan berada buat seketika dalam lingkungan dunia tak pasti.


kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. soalan mudah - siapa yang tak ingin kehidupan begitu? rasanya tak ada seorangpun yang mahu menolak kehidupan mewa, kerana kita sekalian hamaba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang.


bagaimanapun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. takdir untuk kita setiap hamba ini tidak serupa. kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang diciptakanNya. Maha Mengetahu tentang segala sebab dan akibatterhadap kita sekalia nhamba ini. hanya kita yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui.


kenapa nasibku begini? malang, sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan arghhhhh!!!!..sebuah keluhan dilepaskan. adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur?? adakah ini keluh kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? segalanya mungkin dan, kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah dilafazkan!!!.


soalnya kenapa?? jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. kita boleh saja melemparkan sejuta satu persoalan. tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. cuma, kita hamba ini saja yang buta! yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda!!.


untuk sekelian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberiNya selama ini??


jangan kau ratapi nasib diri, jangan kau tangisi kehilangan yang dialami - syukur atas apa yang diberi, redha dengan ape anugerah Illahi

Monday, November 03, 2008

dalam ceria ada duka


ceria dan duka adalah dua unsur yg membawa kepada kecemerlangan hidup. dua unsur ini ialah dua lagi booster yg diperlukan oleh tubuh kita untuk perform the best. aku rasa aku belum pernah lagi menceritakan kisah mat saleh yg memberikan aku USD200 tak pasal-pasal, sewaktu aku sedang dalam perjalanan dari New York ke Ontario.

keadaan aku mungkin menggamit simpati, maklumlah dgn wajah Nusantara dan tanpa teman, mudah sahaja mencuit perasaan org yg melihat. tetapi bukan semua org memiliki perasaan seperti itu. aku menyimpulkan hanya org yg ceria dan bahagia sahaja.

jadi, apa kaitannya dgn lelaki mat saleh tadi?? tidakkah terlihat betapa rasa ceria dan bahagia telah menyebabkan dia dapat melihat "sebalik pada sebalik" (beyond the beyond). rasa ceria dan bahagianya itu menyebabkan dia juga turut ingin melihat ceria dan bahagia berlegar di sekitarnya.

dia melihat aku bersendiri, bagaikan terbuang. dia ingin menceriakan aku sebagai mana dirinya dan org lain. justeru, menyangka aku ketandusan wang untuk meneruskan perjalanan. rasa ceria dan bahagianya mendorong dia untuk memberikan aku sejumlah wang dgn harapan keceriaan dan kebahagian yang dirasainya dapat menikmati bersama oleh aku.

situasinya adalah berbeza jika dia jenis pemurung, pemarah dan tidak bahagia. dia tentu melihat aku tidak dgn fikiran yg "sebalik-sebaliknya" itu tetapi mungkin dengan perasaan negatif yg berada dlm dirinya. bolehkah org seperti ini menawarkan kebaikannya kpd org lain? jawapannya dah tentu tidak...

sekurang-kurangnya ada tiga perkara buruk akan dilakukan oleh seseorang yg tidak berasa ceria atau bahagia dalam hidupnya :

Pertama :
rasa nikmat untuk berTUHAN akan hilang.

Kedua :
keinginan utk bersaing dgn perubahan yg berlaku di sekitarnya akan hilang.

Ketiga :
Potensi indera keenamnya akan berkurangan.

situasi-situasi begini perlahan-lahan akan mengikis sifat kemanusiaan seseorang itu dan keupayaannya membuat persepsi terhadap sesuatu kejadian atau keadaan akan terus terhakis. aku mentafsirkan kesudian mat saleh ini memberikan wang kpd aku adalah berpunca dari sikap optimistiknya. sikap yang begitu tentunya lahir daripada rasa ceria dan bahagia. mustahil org yg tidak optimistik sanggup mengorbankan sesuatu dari dalam poketnya kepada seseorang yg langsung tiada kaitan dan tidak dikenalinya.

when you say you love yourself, be certain to give one hour of the day to yourself. when you say you love people, be certain to give ten hours of the day to people. "bila kamu kata kamu sayang diri sendiri, pastikan kamu berikan 1 jam setiap hari kepada diri kamu, bila kamu kata kamu cinta pada manusia, berikan 10 jam masa kamu kepada orang lain."

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~