welcome

Friday, December 12, 2008

pernikahan sulit [ part 15 ]


Awan larat. Matahari malu. Langit biru berair. Angin sepoi sang bahasa. Kedidi nyanyi entah lagu apa. Nyiur rimbun membisik tentang siapa. Air berdesir; jatuh atas batu; menyenangkan. Hujung ketapang lambaikan tangan yang memanjang.


Aku lempar mata dari ke hulu sampai ke hilir laman mewah di belakang rumah serba lengkap ini; itu yang mataku dihadiahkan. Hijaunya pemandangan pagi membuai hati.

Hujung rona hidung aku sedut angin pagi sepuas‐puasnya. Mata aku pejam sesaat; hirup nikmat
yang masih aku rasa sampai detik ini. Aku hembus dengan senyuman puas yang tak mampu aku jawab.

Aku bergetar sekejap waktu pinggang aku dihadiahi sentuhan; dua tangan merangkul tubuh aku
dari belakang. Sederhana tapi selesa.

“Selamat pagi, sayang…”


Bibir dia kucup sedikit hujung pipi aku.


“Selamat pagi…”


Aku senyum membalas; membiarkan sebelum kepalanya terlentok atas bahu aku. Empat mata
aku dan dia memandang pagi yang sempurna. Pelukan dia bergerak‐gerak ikut alun lagu yang termain. Lagu sayu tapi bukan sendu.

“I rindu you, Han…” bisik dia lagi berteman kucupan yang berkali; mesra dan teratur
pergerakkannya. Tangan yang merangkul pinggang, menyeluk baju shirt yang aku sarung; mengusap abdomen aku.

Aku biarkan kerana sungguh aku rindukan perlakuan itu.


“You tak rindukan I?” tanya dia.


“Ya.. rindu…” aku jawab perlahan tapi tegar.


Dia lepaskan dakapan sebelum pusingkan tubuhnya menghadap aku.
Dan mata kami jadi satu. Mata dia yang tersenyum memperkosa apa yang aku ada. Sebelah tangan kiri dia merayap di lima jari kanan aku; sepuluh kesemuanya tergenggam erat.


Sebelah
tangan kanan dia menyapu di pipi kiri aku. Tangan kiri aku yang kemudiannya pegang lengan dia bikin aku jadi sangat rindu biarpun semalaman tubuh kami melekat berdua.

“Kalaulah you tahu betapa seksanya I waktu you tak ada dengan I di Langkawi…” suara dia
berteman nafas yang segar, aku senyum mengerti.

“Bangun pagi teringat you, makan ingat muka you, in location ingat muka you, dinner muka
you, nak tidur muka you lagi…”

Kali ini aku terketawa tapi perlahan. Ada kerut di kening aku. bukanlah pelik cuma aku belum
pernah menyangka si dia akan mengingat aku sampai begitu.

“I tak tahu you sayang I sampai macam tu…” aku pura bertanya.


E’zham mengeluh sebelum dia rangkul tubuh aku lagi. Aku sandarkan kepala di bahu dia.


“Tanyalah I waktu bila I ingat dekat you…” E’zham menyuruh.


“Bila?” aku tanya.


“Everytime I breath, I take you in…”


Aku telan liur. Berdebar jantung aku dengar jawapan lelaki itu. Pelukkannya aku lepaskan.
E’zham senyum lihat mata aku yang berlari‐lari. Segan dengan ayat dia, sebetulnya.

“Jom sarapan…” aku mengajak.


“Any surprise for me?” soalan E’zham waktu kami sedang berjalan ke dapur buatkan senyum
aku terus lebar.

“Tak adalah… I bukan pandai masak macam you cuma I ada bakar roti tadi…”


“Macam mana nak jadi wife I…”


Pecah tawa aku terteman gelengan kepala.


“Merepek…”


E’zham pimpin tangan tuju ke ruang dapur.
Aku betulkan punggung selepas ia aku letakkan atas kerusi. E’zham berdiri tapi tangannya sudah menyapu roti bakar. Aku tuangkan kopi panas dalam dua cawan.

“Kak Yong kirim salam…” aku berbasa basi.


“Kak Yong mana?” E’zham tanya.


“Assist Puan Sharifah…”


“I tak kenal dia…”


“Like you said, satu kampus kenal you…” aku usik.


“For you…”


“Thank you…” aku ambil roti yang dia sapu tadi. Mata aku melilau ke sekitar ruang makan
kotemporari yang jarang‐jarang aku singgah akhir ini. Aku hirup sekejap kopi panas menyegarkan rona tekak dan aku suap lagi baki roti yang ada.

“I nak bersiap…” aku tukar topik.


“Ke mana?”


“I ada class pukul 10 nanti…”


“Han… I baru balik semalam…”


“Habis tu?”


“Tak kan hari ni nak pergi kampus juga. Temankan I…”


“You tak ada class?”


“Cuti I ada lagi satu hari…”


“Rilex di rumah lah…”


“Sebab tu I suruh you temankan I…”


“Macam tak biasa stay seorang…” aku mengusik.


E’zham cebik bibir bikin aku tersenyum.


“Im kiddin… tapi I dah janji dengan classmate…”


“Tak kan tak boleh tangguh esok lusa…”


Aku diam, alihkan anak mata. Memikirkan jawapan sebagai alasan tapi roti yang ada dalam
mulut terusan dimakan. Tapi kemudian pandang balik raut lelaki itu yang tampak mujuk aku.

“Nak ke mana?” aku soal.


“Mana‐mana. Bond Martini Bar tonight, might be. I miss the deserts there…”



Aku mengingat nama itu. Tempat kegemaran E’zham kalau mahu mengajak Ana makan malam.
Mungkin mengajak sesiapa pun kerana dia pernah di jemput ke pelancaran kasut Nike yang baru, di tempat sama tengah bulan lalu. Cuma aku yang belum ada kesempatan ke sana walaupun entah sudah kali ke berapa di ajak E’zham. Mahu juga rasa apa yang indah belaka di sana. Ana.

Kepala otak aku teringat dia. Ana yang aku temui lagi petang semalam waktu dia menghantar
E’zham ke depan pintu rumah dari lapangan terbang. Ana patut tercalon untuk Festival Filem Malaysia untuk ketegori Pelakon Wanita Terbaik. Peranan dia yang pegang watak perempuan tukang goda aku, lebih berjaya kalau mahu dibandingkan dengan Diane Lane untuk filem L’Amore Infedele.

Aku jadi kaget sebetulnya waktu temu empat mata dengan perempuan sempurna itu selepas
apa yang sudah aku dan Ana lakukan malam sehari sebelumnya.

“Kali ni jangan kasi alasan tak nak pergi…”


Aku senyum.


“Tapi I tak nak escape class…”


E’zham diam sekejap memandang di kejauhan seperti memikir sesuatu tentang perancangan
dia; hujung bibirnya menghirup kopi dengan wajah berkerut.

“I hantar you, after class kita hang out?” cadang dia.


“My class till two or three…”


“Petang?”


Aku angguk kepala.


“Petang tak payah pergi lah. Till lunch ja…”


“Sejak bila you mengajar I ponteng kelas?” aku tanya dalam senyuman yang mengerling.


“I pengetua kelab ponteng sedunia…” E’zham gelak. Sekejap dia hirup kopi yang terhidang tapi
kemudian dia bangun dari kerusi lalu mencapai tangan aku.

“Come, I have something for you dari Langkawi…” hujung matanya megerling ada usikkan yang
aku faham. Apalah lagi kejutan yang dia mahu beri. Aku tak bantah. Makin membiarkan E’zham rangkul tangan aku membawa ke tingkat atas; terus ke bilik dia.

Wednesday, December 10, 2008

pernikahan sulit [ part 14 ]


Dua mata aku masih tak lari dari skrin bimbit tapi seluruh pemikiran aku hanya berputar antara mahu atau tidak untuk menjawab panggilan E’zham.

“Siapa?”

“E’zham…”

“So?”

Aku pandang Fahri.

“Answer him…” suruh lelaki yang lima jari sebelah tangan dia masih pegang hujung jari aku yang jatuh diam di atas peha; tak dilepas dia. Aku telan liur air dan betulkan suara sebelum butang di bimbit itu aku tekan.

‐ Hey Zham.

‐ Han, lambat jawab.

‐ Tak dengar tadi.

‐ Dekat mana?

‐ Putarajaya.

‐ Buat apa?

‐ Lepak‐lepak. Boring arh kalau terus balik rumah…

‐ I suruh you ikut ke sini, you tak nak…

‐ Bukan tak nak, I banyak assignment la, pening kepala…

‐ Dengan siapa?

‐ Budak course I

‐ Siapa?

‐ Ah! You bukan kenal…

‐ Satu college kenal I
‐ Dia orang yang kenal you, bukan you kenal dia orang.


Aku mengerli kejap lihat Fahri yang tersenyum‐senyum; mengusik. Aku lepaskan pegangan hujung jari dia; betulkan dudukkan dan selesakan sandaran sebelum laut fikiran aku alihkan sepenuhnya pada E’zham yang aku dengar suara dia; bikin aku jadi rindu.


‐ Bila nak balik sini?

‐ Miss me?

‐ Tak, Ana miss you…

‐ You?
‐ Much.

Aku dengar E’zham ketawa kecil di hujung telinga.


‐ I dah habis shot, flight esok pukul 2.40 petang, around six I will be at home…

‐ Sounds good…
‐ Ya, I penat, nanti you ade tugas berat when I back to home…
‐ Apa dia?
‐ Be my personal masseur…

‐ More than a pleasure…



Aku senyum dikit; terngerling Fahri yang duduknya sudah dibetulkan.



‐ Pukul berapa nak balik?

‐ Dah nak balik. Lepas kelas tadi dah terus ke sini.

‐ Ok, jangan nakal‐nakal…



Aku diam.



‐ I will text you later

‐ Ok

‐ Take care Han

‐ Thank you…



Aku genggam bimbit dengan tangan longgar, sebelum menyandarkan kepala di
kerusi dengan mata yang terbuka. Sekejap aku terhela nafas tapi kecil saja.


“Sorry…” suara aku perlahan; sebetulnya aku tak menghadap Fahri tapi bila aku lihat dia tak
menjawab agak beberapa saat kemudian, aku paling muka lihat jejaka kacak sebelah aku, pandangan dia tegak ke depan tapi sebentar itu dia senyum; tapi tak mesra, mungkin tahu aku sedang tunggu jawapan dia. Senyum kelat.


"kenapa?"


Perlahan muka Fahri paling pada aku.



“Ke rumah I?” dia tanya dengan suara perlahan; mengajak dan sepertinya merayu. Aku perhati
anak mata dia yang tergerak perlahan‐lahan. Kemudian jatuh pada hujung bibir manis yang sudah aku rasa tadi; tak lama.


“I nak balik…” aku jawab sederhana.



“Balik rumah I…”



“Rumah E’zham…”



“Zham dah balik?”



“Tak, belum…”



“Habis?”



“I need to do my last touch up for my assignment..”



“Buat di rumah I…”



“Tak selesa la Ari…”



“Don’t worry. I pun stay seorang…”



Aku alihkan anak mata.
Fahri keluh kecil lepas lihat aku diam tak menjawab. Dan aku tahu untuk apa dia mengeluh. Bukan aku tak mahu kerana aku tak suka cuma aku belum betul berani untuk lakukan sesuatu yang lebih dari ini.


Lelaki itu tak cakap banyak, dua tiga jari kanan dia tak lambat‐lambat hidupkan enjin kereta
yang kemudian perlahan‐lahan bergerak tinggalkan tempat yang aku dan dia habiskan masa sejak sejam tadi.


Mata aku terlempar jauh‐jauh ke pemandangan yang serba asing. Pokok‐pokok yang berlari‐lari
ke belakang terkadang buatkan aku jadi pening. Sekejap aku pejam mata. Hujung letinga aku tak dihadiahkan dengan lagu apa pun. Diam.


Sekejap aku pandang sana, sekejap aku pandang sini. Sekejap aku lihat awan yang sudah mula
tenggelam. Sebelah sana aku nampak langit gelap tapi bukan mahu malam; ada air jatuh berderai dari langit, belum sampai ke sini. Tapi ada dua tiga lagu perlahan sedang asyik bermain dalam seluruh kepala.


Aku duduk diam dengan rasa berbeza. Jadi batu. Entah kenapa Fahri jadi tak banyak cakap. Jadi
diam. Padahal tadi dia yang paling nakal. Dan aku memang tak mahu pecahkan sunyi yang sedang enak petang itu.


Aku sandarkan badan seselesanya selepas aku nampak air jatuh titik‐titik dari langit atas kaca
yang ada di depan; gerimis. Hujan yang makin lama makin melebat temankan aku pulang sampai kereta Fahri betul‐betul berhenti di depan rumah E’zham tepat jam 7.35 petang tapi pemikiran aku jadi bergaul dengan rasa hairan.


“Terima kasih…”



“Erm?”



“Hantar I sampai depan rumah…”



“Tak kan I nak biarkan you. You nak balik naik apa? Jin hantar guna karpet terbang?” aku
senyum dengar Fahri mengusik.


“I should thank to you sebab nak teman I lepak petang tadi…”



Aku senyum melirik waktu safety belt yang mengikat aku sepanjang jalan tadi; aku buka. Aku
singgah ke belakang, ambil beg sandang dan fail sketch aku lantas duduk semula; sekejap.


“I tak tahu you tahu rumah Zham…” tanya aku sedikit pelik. Bukanlah apa cuma pelik kerana
aku tak tunjukkan arah rumah E’zham ke sini.


“Erm?” lambat‐lambat anak mata Fahri teralih dari pandang muka aku.



“Pernah datang sini?”



“Arh.. erm.. a’ah… ada sekali dua ikut kawan I, dia kawan Zham…”



Aku anggukkan kepala. Ya soalnya masih berbaki cuma aku tak tahu apa yang harus aku tanya
justeru aku percaya bulat‐bulat.


“Zham balik bila?”



“Esok petang baru dia sampai sini…”



“Anything messege me..” Fahri pesan.



“Jumpa esok…” aku ucap saat baru‐baru nak keluar dari kereta.



“Nak I datang ambil?”



“Huh?”



“Ke kampus esok. Kalau nak, I boleh datang sini ambil you…”



Aku telan air liur dengar pelawaan Fahri. Anak mata aku tak duduk diam.



“Tak payahlah. Rumah you bukan dekat. Tak apa, I boleh naik cab…”



“Tak jauh…”



“Ari, I boleh naik cab…” aku senyum.



Kali ini Fahri tak sambung ayat. Dia senyum tapi kelat. Dua bahunya terangkat bersama kening
dan mengeluh dikit keras. Mengalah agaknya bila lihat aku degil menolak pelawaan dia. Aku berdiri di depan pintu pagar besar waktu Fahri sudah mula beredar. Belum sampai lima minit aku masuk ke dalam, bimbit aku bergetar. Aku ambil dan aku baca isinya;


‐ Kalau sunyi, msg I. Will call you; Ari.



Aku senyum sendiri sebelum pintu kayu mewah aku buka tapi tak sempat aku tutup semula,
aku terpasak pada sebuah pacuan empat roda yang memberhentikan keretanya di luar pintu pagar. Aku perhati. Dan aku kenal siapa empunya.


Senyum singgah di bibir tapi dada aku membantai ombak tsunami.



“Han!”



“Ana…” aku membalas waktu langkah ke pintu pagar.



“Dari mana?” aku sambung; bertanya.



“Dari SEGi, cari you tadi tapi Zizi kata you ikut Ari…” Ana jawab waktu dia masih terdiri di luar;
di sisi kereta.


“Ah ya, ke Cyberjaya tadi…”



“Buat apa?”



“Lepak‐lepak. Bosan la terus balik ke rumah. Zham bukan ada…”



“Yea…”



“Susah nak nampak you sekarang?” aku tanya berbasa basi.



“Ah! You dah jadi most eligible bachelor… sibuk dengan peminat‐peminat you”



“Kenapa cari I…?” aku gelak sedikit sebelum tukar topik.



“Rindu…” Ana menjawab dengan nada sinis.



Pecah ketawa kecil aku berserta gelengan kepala. Berdebar tapi antara ya dan tidak. Aku
pandang lagi muka dia.


“Lapar… dinner?” tanya Ana yang sebetulnya suatu pelawaan.



Aku diam sekejap dengan mata berkerut memandang sana sini. Keroncong yang berdendang
dalam perut; memang buatkan aku tak mahu tolak tawaran Ana.


“Masuk dululah. Badan dah melekit, nak mandi than we out for dinner, ya...”



“Perfect!” Ana senyum lebar waktu aku membuka pintu pagar. Suka agaknya bila aku terima
ajakkan dia makan malam sama. Ya bagus juga luangkan masa makan malam apalagi berteman si jelita. Bosan juga kalau teringat sudah dua tiga hari belakangan ini aku jamu seorang di rumah.


Senyum Ana tak hilang; membontoti aku dari belakang tuju ke dalam rumah.


* * *


Aku menangkup muka kemudian menyapu dua mata yang sudah mula rasa
ngantuk. Tapi aku tak mahu benarkan. Justeru aku picit‐picitkan sedikit tengkuk dan hujung jemari aku patah‐patahkan.


Sedetik mata aku terlintas pada jam kecil yang terada di sisi meja. Hampir sejam setengah
sebelum menjelang tengah malam. Aku menghela nafas letih.


Sedetik dua selepas aku perhatikan lakaran lukisan 3d yang sudah hampir siap, dada aku
bergetar waktu kulit aku yang tak tersarung apa‐apa, merasa hujung sepuluh jari‐jemari lembut gemalai; terusun di dua bahu kiri dan kanan. Alunnya sederhana tapi sungguh dayu.


Eksotik.



“Comfort..?” tanya dia membisik.



“Ermh…” suara aku keluarkan ayat itu seraya tersandar di kerusi yang sedang aku duduk dengan
mata yang terpejam tapi bibir terukir senyum penuh kenikmatan. Senang sekali bila ada yang melakukan ini pada waktu‐waktu terdesak. Waktu aku sedang menginginkan seseorang meluangkan masa membelai aku yang kesuraman menghabiskan masa seharian menghadap kerja yang sudah bermula sejak berhari lalu.


Jari‐jari itu aku terasa melingkar pula di bahagian atas dada.
Aku telan liur. Seluruh laut kepala aku melayar mengingatkan permintaan gadis itu jurus selepas makan malam di restoran tersohor tengah kota yang kali ketiga aku jejakkan kaki.


Waktu itu dia sudah
mematikan enjin dalam kereta dan aku sudah mahu‐mahu beredar keluar.


“Han…” cepat‐cepat lima jari dia pegang tangan kanan aku; yang kemudiannya tertoleh lihat
matanya sebelum jatuh pada jemari dia yang terlekat; menghalang aku.


“Ermh?” aku tanya pura‐pura tenang.



“Tak nak jemput I singgah…?”



Aku kemam bibir.



“Ermh… dah dekat pukul sembilan, kesian you…”



“Malam belum tua…”



Aku tersenyum sedikit. Kekok dengar ayat itu.



“Please… I bosan balik terus ke rumah…”



“Tapi I ada kerja…”



“I tak suruh you entertain I. I duduk diam‐diam, you buat kerja…” Ah! Nakal ayat gadis cantik
yang serasanya sedang memujuk. Manja suara dia bikin hati aku bergelojak rasa panas yang melahar.


Mata aku tersinggah keluar dari kereta. Lihat keadaan keliling kawasan rumah elit ini. sunyi
bukan sepi. Penghuninya yang rata‐rata golongan kelas atasan semua tak kenal erti hidup berjiran.


Sekejap aku pandang lampu neon yang tegak terdiri di sebelah sana; limpahkan
cahaya.


“Please…”



Mata aku berpaling lihat anak mata dia. Keningnya terangkat sedikit. Pandangannya beruprayuan supaya aku membenarkan dia singgah sekejap. aku jadi debaran. Bukanlah tak mahu Cuma sangat kekok apatah lagi di rumah E’zham.


“E’zham tak akan tahu…”



Ah! Aku senyum lagi. Pandai dia meneka tapi aku tak menjawab. Perlahan aku alihkan
pegangan tangan dia sebelum pintu kereta aku buka dan keluar tinggalkan dia yang masih di tempat duduk pemandu.


Sekejap aku mengerling lihat Ana yang pandang bingung sebelum pintu pagar aku buka lebarlebar;



“Masuklah…” kata aku.



Ana senyum.
Aku senyum antara suka dan terpaksa.


“Mahu lagi?” lamunan aku tersentak waktu bibir dia mengena telinga aku.



“Ermhh… ya…” aku jawab lambat‐lambat tapi jelas.



Empat lima kali selepas itu, urutannya terhenti sekejap. Aku buka mata tapi tak bergerak.
Perhatikan tubuhnya yang bergerak menghadap aku. Dua punggung cantiknya sengaja dia labuhkan atas peha aku yang berbulu; atasnya aku sarung brief sederhana yang menutup sebahagian antara bawah pusat dan sebahagian peha.


Aku senyum lihat dia yang juga mengukir perkara yang serupa. Rambut tebal dia jatuh
mengurai kemas. Melirik mata aku pandang raut wajah manis yang bersih. Pandai tuannya menjaga. Kemudian jatuh ke tengkuk licin yang mengiurkan. Bersih mata aku tercuci apalagi Ana yang hanya menyarung baju nipis warna coklat. Terteman pula bau harum yang dia sembur mewangikan tubuh.


Ufhh! Sungguh mengghairahkan.



Sebelah tangan aku usap lembut lengan Ana yang jatuh.



“Kenapa?” soal Ana bila lihat mata aku tak lari dari memandang dia.



“Apa lagi yang lebih indah untuk I pandang selain you…”


Ana senyum, manis. Terlalu manis. Mata dia merenung aku.



“Mata you membunuh…” aku mengusik buatkan dia ketawa kecil; tambah ngiur.



“Tak nak tidur?” Ana lari topik.



“Belum ngantuk…”



“Belum ngantuk atau nak suruh I tidurkan…”



Ana memang pandai memancing aku dengan ayat dia.
Lambat aku senyum sebelum menjawab;


“Kerja I belum siap lagi…”



“Han…” Ana memanggil sayu.



“Ya…” sengaja aku jawab mendatar tapi menarik hujung ayat.



“Do you want to play some fresh games?” hujung jari jari Ana bermain di abdomen aku yang
tergerak‐gerak. Sedikit geli tapi aku biarkan. Dua anak mata aku terpasak pada mata Ana yang berlari‐lari lihat aku, sekejap turun pada tubuh yang dia sentuh.


Jari itu kemudian jatuh sikit‐sikit di hujung brief.
Aku telan liur. Ah! Ana… lagi‐lagi bikin suhu aku naik mendadak. Aku kemam bibir;


“Game apa you nak main…?”



“Adult game…” melirik senyuman nakal dia waktu dia dekatkan bibir di pipi. Dia kucup bermula
di hujung telinga. Keras dengusan aku sebelum perlahan dan perlahan bibir itu singgah ke pipi dan turun bermain di tengkuk.


Aku pejam mata; tahan panah asmaraloka.



Tangan Ana makin nakal; menyeluk sesuatu kepunyaan aku. Buatkan aku yang sedang dalam
keasyikan jadi tersentak. Ana sudah lebih jauh dari aku.


“Jangan nakal sangat…” aku bisik; mengingatkan perempuan itu dengan senyuman dan ada
sedikit tawa. Ana tak hiraukan, dia malah makin melingkar pada hak milik aku.


Aku tak tunggu lama untuk rangkul tubuh Ana, menarik tangan dia; sederhana ke kamar
beradu. Ana tolak aku perlahan, rebah ke atas tilam sebelum tubuh dia menindih atas aku.


“Its too early, Ana…” bisik aku perlahan.



“Please… I want to hold you…” pinta Ana manja.



“And?” soal aku menduga, sengaja sebenarnya.



“And touch you...”



“And?” nada aku mula tak tentu arah.



“And taste you…”



“Ermhhh…” terangkat punggung aku.



“Biar lelah tidur you dipeluk I…”



Ana terlalu bijak. Lebih tegar dari E’zham malah lebih dari apa yang aku sangka. Aku tak pernah
memikirkan akan ada didalam pelukan gadis serba indah ini. Gayanya mempesona. Tubuh dia yang menindih terasa begitu mendamaikan. Rambut mengurai dia yang jatuh berteman harum bau wanginya betul‐betul naikkan hawa aku untuk melakukan lebih dari ini.


Aku paling tak keruan kalau bibir dia menyentuh setiap inci kulit aku. Ana buatkan aku seperti
seorang lelaki yang terlalu di impikan dia. Aku jadi sangat kekok dan ada waktu rasa terpinga bila Ana menjamah apa yang aku ada dengan semahunya.


Aku terbuai dalam rasa yang tak pernah aku impikan. Benar aku terlelah dalam permainan yang
sudah dirancang Ana bila E’zham tidak ada di rumah. Dan aku tak mahu jadi lelaki bodoh kalau menolak tawaran serba mewah yang ditatang Ana.


Malam itu jadi saksi Ana bukan lagi suci...

Friday, December 05, 2008

pernikahan sulit [ part 13 ]


Aku jeling muka Fahri sekejap. Ada air liur tertelan di hujung tekak kering aku. Bikin seluruh pandangan aku jadi tak tentu. Benar seluruh laut fikiran aku gelora. Tak senang dengan usikkan Fahri. Risau kalau‐kalau dia tahu hubungan sulit aku dengan E’zham. Sekejap itu dia tersengih.

“Nanti kita boleh cerita tentang tu…” dia bisik lagi. Menggoncangkan isi hati aku.


“Ok! We end our class today here. Esok jangan lupa, I nak tengok hasil kerja interface anda and
make sure semuanya perfect. Kalau tak, I bunuh you semua…” suara garau Sir Wong yang ada usikkan di akhir ayat dia kejutkan mereka, kejutkan aku yang terpaku dengan ayat sinis Fahri.

Aku menangkup muka dengan telapak tangan. Tak tahu mana satu yang mahu aku fikirkan.
Fikirkan tentang interface aku yang belum siap atau tentang Fahri yang masih di sebelah aku. Arh!

“Kita nak ke mana?” Fahri tanya buat kepala aku putar balik tentang keinginan mahu liburkan
diri selepas ini.

“Ermh…” aku hilang ayat.


Fahri pandang tegak semula ke depan. Aku mengerling sekejap tapi kemudian kemaskan apa
yang ada di depan mata. Letakkan pensil kayu, pembaris, pemadam dalam bekasnya. Tutup sketch book aku; masukkan dalam beg.

“Bawa balik?” Fahri tanya.


“Apa?”


“Kerja you…”


“Yeah. I kene buat last touch up kat rumah…” aku jawab tapi nadanya agak lambat. Penat
agaknya perah otak sedari pagi. Mujur hampir 80% siap. Bakinya aku fikir mahu siapkan malam nanti. Sekejap aku lihat semuanya sudah keluar dari pintu kelas.

“No idealah Ari…” aku jawab soalan dia yang pertama tadi.
Aku dah sangkutkankan beg di bahu, menolak daun pintu. Fahri ikut di sebelah.

“I know…” Fahri bersuara waktu kami sedang tuju ke lif.


“Apa?”


“I know where the place to go…”


“Mana?”


“Secret…” hujung mata dia dikecilkan. Pandang nakal pada aku.


“You jangan bawa I pergi tempat merapu…” aku pesan tapi dengan nada gurau.
Fahri tergelak tapi kecil.

Mata aku terpasak pada angka di depan lif tapi seluruh isi pemikiran aku berputar memikirkan
ke mana mahu dibawa lelaki ini.

* * *


Aku pejam mata serapatnya. Aku depa tangan selebarnya dan aku sedut udara sepuasnya.
Kemudian rambut yang aku simpan sejak berbulan lalu; yang belum terpotong, aku seka dan terbiar pegang belakang kepala.

Sekejap aku pejam mata. Gelapkan pandangan. Kosongkan pemikiran. Sesaat lepas itu aku
buka, meliar pada langit yang belum bercampur warna kuning, jingga dan biru sebelum aku lemparkan jauh‐jauh pada mentari yang sedang sembunyi. Subjek utama yang indahkan pemandangan petang.

Mendengus lagi aku.


“Ini port biasa I…” Fahri kejutkan aku dengan suaranya yang aku dengar ada di belakang tapi
aku tak menjawab. Mulanya aku memang tak ada idea ke mana lelaki ini mahu hangkut aku petang‐petang begini.

Hampir setengah jam duduk dalam kereta, aku diam sahaja. Jalan yang dilalui Fahri untuk
sampai ke sini memang sangat asing. Bukan jalan yang biasa diguna E’zham yang selalunye ke tempat‐tempat besar dan menjadi tumpuan budak‐budak muda.

Fahri bawa aku ke tempat yang sebenarnya ikut jiwa aku.
Agak terkejut waktu dia hentikan kereta di tempat yang sunyi. Tempatnya paling hujung dan dia biarkan kereta di luar jalan sebelum aku dibawanya ke tengah padang luas yang penuh dengan rerumput tinggi; terbiar entah berapa lama sampai tumbuh jadi lalang. Ada pokok besar tertanam asli di sana sini jadi penyejuk mata.

Kalau dongak ke langit, mata tertawan pada awan tebal. Hujung telinga dihadiahkan dengan
suara kicau burung yang nyanyikan lagu petang. Aku terpesona biarpun tempatnya bukanlah sempurna tapi nyaman dan suasana yang jauh dari hiruk kota benar buat aku terharu. Fahri pandai pilih tempat.

“Selalu lepak dengan siapa?” aku tanya.


“Seorang…”


“Tipu…” aku tuduh.


Fahri tak senyum tapi matanya lihat aku, lama.


“You orang pertama yang I bawa lepak dengan I, di sini…” luah dia yang ayatnya aku dengar
jujur.

“Kenapa?”


“Seems like you je yang nak lepak dengan I di tempat yang macam ni…”


Aku terdiam kemudian menoleh badan tengok Fahri. Orangnya tinggi dikit dari aku. Kulit sawo.
Mukanya bersih. Matanya persis lelaki jepun. Ada kumis terhias di atas bibirnya yang merah sederhana. Lengannya terisi cantik biarpun bukan sasa. Dadanya nampak bidang apalagi tersarung singlet yang ikut betuk tubuh.

Sebelah tangannya menyeluk saku jeans. Sekilas aku lihat kacamata Amergildo Zegna dia yang
tersangkut di kolar baju. Sempurnakan penampilan.

“You yang tak tanya dia orang, mana dia orang nak ikut…” terang aku yang sebetulnya butuh
penjelesan. Fahri lirik senyuman seraya alihkan matanya lihat arah lain. Anak tekaknya bergerak; menelan liur.

“Ya, but I don’t have clue, who should I bring kecuali you…” Fahri sebut lagi tentang aku.


“Pandai…”


“Apa?” dia tanya.


“You bawa orang yang betul…”


"I tahu... Pilihan I selalu betul..." senyuman Fahri yang mengusik menemankan ayat dia. Manis
liriknya. Aku tergoda tapi bukan jatuh cinta.

“Dulu ini bukan tempat untuk I. Seseorang yang kenalkan I dengan suasana macam ni. Sampai I
jadi melekat. Kalau I tak tahu mana nak pergi, I ke sini…”

“Siapa?” aku tanya kerana aku paling tertarik pada orang yang kenalkan tempat ini.


“My ex‐couple. My dead ex‐couple…” Fahri gelak besar lepas nadanya menekan pada ayat yang
ke dua sebelum dia sambung sedikit;


“Cerita lama…”


Aku terdiam. Fahri menguis dagu yang ada janggut sejemput. Aku faham maksud dia cuma aku
tak tanya. Takut juga mood petang dia yang baik, terosak.

“I tak tahu you suka tempat macam ni…”


“Kenapa?”


“Ingatkan lelaki yang macam you lebih suka tempat high class, macam…”


“Macam E’zham?” Fahri potong ayat aku yang tak habis. Aku kerutkan kening sebelum beri
gelengan kecil dan tersenyum. Tapi aku habis ayat waktu dia timbulkan nama E’zham.

“Dah lama?” dia tanya.


“Apanya?”


“Dengan E’zham…”


“Kenapa dengan E’zham?” aku saja tanya biarpun aku tahu apa yang dia mahu tahu. Fahri
senyum nakal.

“Dah lama kenal E’zham?”


“Dia orang pertama yang I kenal since I datang ke sini…” aku terus terang.


“No wonder…”


“What?”


“Kalaulah I yang jadi orang pertama, mesti I dapat peluang ajak you stay at my home…” ayat
Fahri buat aku terkedu.

“Sort of…” aku berbasa basi. Tak mahu terus rasa janggal dengan usikkan Fahri.


“But he such a nice guy. Dia banyak tolong I. At least ada orang yang boleh I harapkan…” aku
sambung buat seluruh mata aku terbayang wajah E’zham. Aku jadi rindu.

“Sayang you dekat dia…” Fajri usik aku lagi.


“Stop teasing me…” aku gelak dalam suruhan.


“Betullah.. tengok u too closed dengan Zham, Dah macam couple…”


Aku tak beliakkan mata tapi seluruh jantung dan isi dalam aku bergoncang.


“Couple? Gila? Dia kan dah ada Ana…”


“Ah! Ana tu untuk cover line…”


“Ish! You mean what?”


Fahri jeling dengan mata nakal. Aku terima jelingan itu dengan rasa tak senang biarpun aku
ngerti maknanya.

“No comment… Zham ada alasan dia sediri kenapa dia macam tu. Tapi since I kenal dia berdua,
they do nice to me…” aku puji lagi kali ini untuk Ana juga. Fahri senyum. Aku diam sekejap.

“Jom lepak kat kereta…”


Aku tak banyak cakap. Memang aku mahu keluar dari lalang‐lalang yang melingkar. Mujur Fahri
yang timbulkan niat itu. Aku membontoti Fahri dari belakang keluar dari situ tuju ke kereta yang tersadai di bibir jalan raya.

Aku ikut dia bersandar di badan kereta. Tak tahu dia pandang ke mana tapi aku sedang
perhatikan semula padang lalang yang terhampar di depan aku. Sebelah sana ada tasik kecil.

Pemandangan kiri kanan di sekitar Cyberjaya yang pertama kali aku jejakkan kaki ini bukanlah
mengkagumkan cuma kerana ia sesuatu yang baru untuk aku jadi aku mahu nikmatinya. Dan sewaktu laluan kami di Putajaya tadi, mata aku kekenyangan jamu selera dengan pemandangan bangunan di sana. Binaannya indah.


Bikin aku yang memang kejakunan ini
terdetik; siapalah yang pandai sangat mahu perah otak untuk cipta reka bangunan seperti ini di Malaysia.

“Erhan…” Fahri memanggil. Sedap suara dia.


“Herm?” aku pusing muka lihat Fahri yang tegak ke depan.


“Jadi ikut I ke Johor?”


Aku layarkan fikiran aku pada ajakkan dia suatu hari dulu.


“Bila?”


“Minggu depan…”


“Berapa hari?”


“Competition hari Ahad. By Friday boleh gerak sebab I nak kene buat registration before hari
pertandingan. Malam, kita balik sini…”

“Boleh juga, nanti singgah sekali ke rumah I, kita tidur sana…” cadang aku teringatkan kawasan
Pasir Gudang yang jauhnya tak seberapa dari kawasan rumah.

“Tak jauh ke?”


“Half and hour dari rumah ke Pasir Gudang…”


“Cool…”


“Tapi you tidur luar…” aku mengusik buat Fahri tergelak.


Dia pandang aku selepas tawanya reda. Sengaja aku tak alihkan dua anak mata hitam aku
membalas apa yang dia lihat. Cuma mahu uji tajam mana pandangan itu dan jauh mana kekuatan aku.

Bibir dia tergerak sedikit. Aku nampak anak tekak dia telan air liur lagi. Mata dia berkerlip sekali
dua sebelum mula bertukar cara. Fahri pandang dengan mata menggoda. Hujung bibir dia ada senyuman. Melirik sangat nakal.

“Kenapa?” suara aku tersekat serentak dengan sebelah kening terangkat.


“Nothing…”


“Then?”


“Suka tengok you…”


Pecah tawa kecil aku.


“Part mana you suka tengok?”


“Setakat ni untuk part yang dibenarkan ja…”


Ahh.. pandai Fahri mengayat buat aku sengih lagi.


“Tak tahan…” suara dia perlahan. Bukan berbisik tapi seksi.


“Jangan pandang I macam tu…” aku suruh bila lihat mata dia asyik menjamah muka aku.
Bukanlah muka saja tapi sekejap‐sekejap mata dia turun naik. Aku gerun kalau diperhati lama.

“Kenapa?” kali ini dia tanya.


“Is it just me or is it getting realy hot in here…” aku cakap sinis.


“So, what should i do to calm u down?” cantik soalan dia bikin aku terkedu.


“Blow me…”


“Jom, masuk…” Fahri ajak waktu dia seraya masuk ke dalam kereta. Aku jadi terpanggil dengan
ajakkan.

Hujung pintu kereta Subaru Impreza warna hitam metalik itu aku buka sebelum masuk ke
dalam. Aku baru‐baru mahu dudukkan diri atas kerusi, Fahri jalarkan tangan mengambil tengkuk aku.

Bibir dia singgah sekejap di bibir aku.


“You lebih berani dari E’zham…” aku cakap membisik sewaktu lepaskan sentuhan bibir dia yang
aku rasa untuk kali pertama. Sebelah tangan dia yang lagi satu sudah merangkul pinggang aku yang tersenget menghadap Fahri.

“More than ever you thought…” dia menyambung sempurnakan apa yang terlintas di fikiran
aku. Helahan nafas dia aku dengar perlahan. Dia kucup lagi, kali ini singgah ke pipi dan sampai di hujung telinga dia bisik;

“Ke rumah I…” dia mengajak.


Aku diam dan aku serba salah tapi siapalah yang mampu menolak kalau ajakkannya datang dari
Fahri biarpun aku pasti akan berlaku lebih dari ini kalau aku ikut dia pulang ke rumah. Sedang laut fikiran aku berputar mahu beri jawapan, aku dikejutkan dengan bunyi bimbit yang berlagu. Fahri lepaskan rangkulan. Aku ambil beg sandang yang terlantar di kerusi belakang sebelum tangan meliar mengambil bimbit yang masih bergegar.

Mata aku lihat nama yang terpapar.
E’zham Ah! Potong betullah!Justify Full

Thursday, December 04, 2008

pernikahan sulit [ part 12 ]


Sebelah tangan aku betulkan earphone yang sengaja aku pasang sejak sejam tadi. Terkadang bosan juga rasanya siapkan kerja‐kerja yang baru bermula semalam. Pelajar seperti aku kalau tak menyibukan diri dengan assignment, bukanlah pelajar namanya.

Justeru ipod nano yang diberi pinjam E’zham tiga hari lepas jadi peneman aku ke mana pun sejak dia tak ada. Ah memang kekampungan sungguh aku bila memasuki dunia E’zham. Ipod, MP3, komputer riba, PDA screen touch; semuanya bikin aku serasa seperti kambing masuk ke bandar.


Nasib
baik aku jenis yang cepat tangkap kalau di ajar. Jadi tak lah nampak terlalu bodoh gunakan benda ini. Aku tukar lagu Fertile Ground ke Amy Winehouse. Im No Good memang membuaikan aku. Tak pasti apa genrenya tapi musiknya benar rilex. Buatkan idea bertandang tak putus‐putus di hujung kepala.

Aku bukan tak pernah tahu E’zham miliki citarasa yang hampir serupa dengan aku cuma
semenjak dua ini, obvious juga jadinya. Aku sukakan lagu padang pasir, dia pun. Aku dengar lagu Ziana Zain, dia pun. Dia sukakan lagu akustik gitar, blues, jazz; aku pun serupa. Kadang‐kadang dia pasang tekno dan disco house, aku melayan. Seronok tengok dia yang pandai shuffle. Enak juga miliki teman yang senafsu, tak banyak cerewetnya.

Aku lirik senyuman; sedikit dan keseorangan tapi tangan aku masih lincah lakarkan rekaan
interface yang merupakan tugasan baru aku. Sekejap aku termenung. Wajah E’zham menampar laut fikiran aku. Aku jadi rindu. Entah sedang apa dia sekarang. Tak fakir panjang, aku capai bimbit aku yang belum terusik sejak tadi di dalam poket beg sandang.

‘Zham, buat apa?’


Aku letak semula. Sekejap aku tersandar di kerusi. Aku izinkan isi kepala aku berputar tentang
E’zham. Tentang dua tiga hari ini yang aku lalui tanpa lelaki itu. Pergi dan balik dari kolej dengan teksi. Agak memenatkan dan sedikit celaru barangkali apalagi aku memang tak pernah membiasakan diri untuk pulang sendiri.


Tapi ah! Aku bukan budak kecil lagi.
Lepak seorang di dalam rumah sebesar itu buatkan aku terfikir; bagaimana E’zham dahulu tanpa aku di rumah. Tanpa sesiapa yang menemankan dia. Memang benar sunyi E’zham dulu kalau tidak ada aku. Celik mata seorang, makan petang seorang, malam terbaring sendiri di atas sofa juga seorang. Ah E’zham memang dah buat aku angau.

Kemudian tentang kolej, tentang pembelajaran, tentang itu, tentang ini. Satu satu wajah masuk
tak segan silu sapa benak akal aku. Linda, Azizi, Ibu Ngah, Ana. Ana? Aku lucu kalau teringat dia waktu dia bawa aku ke Pavilion yang baru aku jejaki beberapa kali, petang selepas kami lepaskan E’zham di lapangan terbang hari tu. Lucu temankan gadis itu membeli belah di sana. Sebetulnya aku lucu lihat gadis mewah seperti dia menghabiskan duit.

Teringat aku waktu dia sedang cuba‐cuba sesuatu di Evita Peroni. Untuk sebuah shark batu
delima yang harganya 399.90 ringgit, sepasang cucuk sanggul sudah menjangkau 199.90 ringgit. Cekak baldu ungu yang berharga 299.90 ringgit dan sepasang anting‐anting kecil jenama Taratata; 569.90 ringgit. Di butik itu sahaja dia sudah sedekah lebih satu ribu ringgit.

Aduh! Terbeliak mata aku waktu Ana bayar semuanya dengan kad kredit. Platinum. Itu belum
lagi waktu dia singgah ke Goldheart untuk sebentuk cincin emas, Burberry dan akhir sekali ke Juice Couture. Penghujungnya, ada seorang lelaki di salah sebuah butik mewah itu sapa aku dengan usikkan maha pedas;

“Banyak girlfriend abang shopping? Duit abang ke duit dia?”


Aku telan air liur memandang. Aku memang tak senang di usik begitu tapi aku tak jawab. Hanya
tahu lirik senyum kelat. Aku tak tahu apa warna muka aku waktu itu tap benar aku agak terkejut dengan ayat berani budak itu.

Mahu dimaki pun, aku bukannya reti, justeru aku diam.
Memang itu dunia yang aku baru jumpa biarpun sudah lebih setengah tahun aku dudukkan punggung aku di Kuala Lumpur. Asing kalau di ajak bermesra dengan barang mewah. Apalagi Ana hari itu memaksa aku untuk memilih sepatu mana yang aku suka di Ferragamo. Ah!


Lantas
dengan rasa sedikit kurang selesa aku tarik tangan Ana untuk keluar dari butik semewah itu. Bukan menolak tuah cuma aku tak mahu terlalu makan budi. Mungkin bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti, waktu aku benar‐benar sudah bersedia untuk ditaja. Haha! Aku gelak dalam hati.

Bunyi bimbit aku kejutkan lamunan. Aku ambil dan tekan butang tengah.


‘Selamat petang sayang, I dekat Hoya café tengah lepak dengan krew. Hows there?’
E’zham akhirkan mesej dengan pertanyaan.

‘Still in class. Bored. I miss you’
- Kirim.

Aku menongkat dagu. Mata pandang tegak ke depan. Ke dinding putih. Sekejap mengengsot ke
papan putih yang tergantung. Sekejap mengerling ke bawah. Pokoknya ke mana sahaja yang boleh tersinggah di depan mata. Biarkan pemikiran aku berombak lagi. Tapi bukan pada Ana.

Mikir ke mana aku nak tuju petang ini. Macam malas mahu terus pulang ke rumah sendirian.


“Rindu siapa?”


Ah! Aku terkejut disergah. Menoleh lihat Fahri terjengul di sebelah.


“Nothings up…” aku jawab sambil sebelah tangan aku menyeka rambut. Macam tahu‐tahu je
mamat ni yang aku sedang rindukan E’zham. Earphone yang terlekat di telinga, aku tanggalkan.

“Dari pagi tadi I tengok you tak habis‐habis buat kerja…” Fahri tegur lagi.


“Malas nak siapkan dekat rumah. Habiskan terus dekat sini. You dari mana?” aku tanya Fahri
yang sudah duduk. Tangan aku pegang semula pensil Stabilo Micro 288 yang jadi teman istimewa aku sejak pagi tadi.

“I dari library cari bahan untuk design I…”


“You buat apa?”


“Levi’s store…”


Aku diam. Mata tertumpu pada kertas depan. Lakarannya jadi teroleng sedikit. Aku cari
pemadam membetulkan semula. Bimbit aku bergetar lagi.

'Cant wait to fill my night with you...'


Ah! E'zham dah mula menggatal. Yang ini aku tak membalas. Nanti dia makin menggada. Jadi
aku letak semula dalam poket seluar.

“Boring buat kerja ni…” aku dengar Fahri mengeluh.


“Huh?” tanya aku buat‐buat tak dengar.


“Im thingking to change my course…”


“Huh” aku toleh lihat dia. Kali ini aku tanya kerana sedikit terkejut. Fahri tak lihat aku tapi
matanya kuyu. Tangannya memeluk beg sandang warna putih yang selalu dia usung ke sana sini.

“I plan nak tukar B.A Architecture…”


“Kenapa?” kali ini aku pusing betul‐betul pada Fahri.


“Entah… I just not comfortable studying this. Macam tak in dengan kepala I lah…” Fahri luahkan
dengan suara perlahan. Membisik. Mungkin tak mahu didengar yang masih terada di belakang.

Sekejap mata aku mengerling pada Linda, Intan, Nadia kemudian pada Vince, Amir, Azizi dan
sekejap itu pada Sir Wong yang entah sedang ajarkan apa pada Hanafi. Mungkin Fahri tak mahu mereka tahu.

“Tapikan dah nearly half a year, tak kan baru sekarang you nak tukar. Seems like you bazirkan
masa…” aku beri pendapat.

Fahri diam.


“I minat design tapi I tak tahu yang I tak boleh handle this subject…”


“You mean what?” aku tanya, jadi tukang sibuk.


“This is to0 simple lah. I need more than this. Yang betul‐betul boleh mencabar otak I. kalau
setakat creat design than learn how to make it dalam pc, baik I study sendiri dekat rumah...”

Tertelan air liur aku. Tersandar pula aku pada kerusi bila dengar jawapan lelaki ini yang pada
hemat aku kedengaran agak bongkak tapi mungkin betul juga. Aku lihat Fahir dari segi yang beza. Aku memang tahu dia boleh buat lebih dari apa yang dia ada sekarang. Idea dia sangat hebat. Cara dia berfikir begitu kompleks.

“Kalau you rasa boleh handle more than this, you should go ahead. At least you tak
membazirkan lagi dua tahun setengah kalau you terus study multimedia tapi you tak minat…” aku berikan pendapat aku lagi. Macam konfiden aje aku. Haha!

“Yeah, I think so…” Fahri mengeluh sekejap. dua keningnya terangkat.


Aku tak senyum tapi mahu tukar topik.


“Petang ni ke mana?” aku tanya.


“No plan…” dia jawab.


“Im planning to go somewhere nearby…” aku ajukan idea.


“Where?”


“Any cool idea?”


Fahri pandang aku dengan mata kecil, seperti memikirkan sesuatu.


“Curve?” dia kasi jawapan.


“Jauhlah… I tak ada transport nak balik. Zham tak ada…”


“Dia ke mana?”


“Langkawi; shooting…”


“Kenapa tak ikut?”


“Huh?”


“Dia tak takut tinggalkan lover dia seorang?” Fahri bisik sebelah telinga aku.


Berderau jantung dengar ayat dia. Muka aku jadi merah tiba‐tiba. Anak mata berlari‐lari tapi
masih melingkar di muka Fahri yang bibirnya ada senyuman mengusik; penuh sinis. Buatkan aku jadi terdiam.

“But don’t worry. Kalau Zham tak ada, I boleh hantarkan. Sampai dalam bilik pun, it will be my
pleasure…”

Fahri?
Ah sudah!

bila muzik mula berbunyi mengalunkan lagu~